Friday, December 19, 2014
Tuesday, December 16, 2014
Thursday, December 4, 2014
Thursday, November 20, 2014
Wednesday, November 19, 2014
Wednesday, November 5, 2014
Tuesday, November 4, 2014
Monday, November 3, 2014
Thursday, October 16, 2014
Tentang Zaen
Sempena meraikan ulangtahun Zaen Kasturi yang ke-50 hari ini, pengikut-pengikut setia beliau mewujudkan laman web untuk Zaen. Saya dijemput untuk menyertai mereka. Saya menyokong apa saja yang baik.. Puisi saya, juga ada di sini. Meski agak lebih awal tercipta sempena meraikan Zaen sewaktu menerima SEA Write Award beberapa tahun lalu. Boleh jenguk singgah kepada siapa yang berminat...
http://www.zaenkasturi.com/apa-kata-mereka-tentang-zaen-kasturi/
Sunday, October 12, 2014
Sunday, September 7, 2014
Pelancaran Buku ITBM-PENA
Sabtu malam lalu, selesai pelancaran buku saya bersama Sri Diah dan Aminhad di Rumah PENA. Buku lama bila dilancar kembali jadi baru. Teringat kata editor buku saya, tiada buku yang terlambat untuk dilancarkan. Maka untuk itu, terima kasih untuk PENA & ITBM. Beberapa waktu kebelakangan ini, saban bulan PENA-ITBM meraikan penulis dengan majlis pelancaran kecil-kecilan buku yang diterbitkan oleh ITBM dalam acara baca puisi bulanan. Kecil, tapi bermakna. Hampir setiap bulan juga sepanjang acara baca puisi dan pelancaran itu, saya hadir, kecuali beberapa kali yang berhalangan. Ada waktu ketika majlis yang hampir tak ada orang pun, saya ada. Sabtu lalu Rumah PENA penuh. Ramai juga kawan penulis turut hadir beri sokongan. Hanya terima kasih saya rakamkan untuk semua yang hadir tanda sokongan. Saya gembira buku dilancarkan, tapi saya lebih gembira dan terharu dengan kehadiran teman-teman.
Friday, September 5, 2014
Thursday, September 4, 2014
Monday, September 1, 2014
Alhamdulillah, Negeri Kunang-kunang termasuk dalam senarai 20 penulis yang bukunya dibeli oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Tak ada kata-kata terbaik, selain memanjatkan rasa syukur. Terima kasih paling dalam untuk ITBM dan PENA yang memungkinkan buku kecil saya diterbitkan dan menemui khalayak pembaca. Tahniah
dan terima kasih atas perhatian dan usaha keras kerabat ITBM. Juga kepada
PENA tempat kami penulis menumpang kasih. Sekalung budi jua kepada PNM yang sudi membeli buku kami.
Semoga ini memberi suntikan inspirasi kepada semua penulis untuk terus
menyayangi sastera kita.
Friday, August 29, 2014
Monday, August 25, 2014
Biring Sikunani
Tahniah kepada ITBM yang menganjurkan Peraduan Ulasan Buku sempena PBAKL yang lalu. Saya tak berhajat nak menang pun masuk peraduan ulasan buku ini. Saja-saja menulis ulasan "Membaca Biring Sikunani Rahimidin Zahari." Tersangkut saguhati, Alhamdulillah. Dari senarai semua peserta yang masuk peraduan, dan dari sepuluh pemenang hadiah ulasan buku ini, hanya saya seorang memilih untuk mengulas buku kanak-kanak.
Saya hanya mahu Rahimidin terus menulis untuk kanak-kanak. Meskipun semua orang tahu kekuatan Rahimidin di mana. Tak ada salah pun andai menulis untuk kanak-kanak, ketimbang menulis sebuah puisi paling indah. Kalau ada orang cakap apalah menulis buku kanak-kanak walhal namanya membesar dalam genre lain, maknanya sastera kita belum besar. Atau orang itu belum membesar.
Dari sisi lain, saya hanya mahu melihat 'kebesaran' Rahimidin dalam dunia cipta sastera kita.
Foto: ITBM
Monday, August 4, 2014
Petang 3 Syawal
ketika matahari telah benar jatuh
dan condong ke barat
aku dan ayah melewati ribuan nesan
untuk ziarah dua nesan tanpa nama
dua nesan berwarna coklat
yang diwarna paman, adik ayah
moga mudah untuk anak cucu
mengenal empunya nesan
ketika kunjung ziarah
Assalamualaikum nenda Hussain
20 tahun genap keberangkatan
seperti semalam masih tersenyum
Assalamualaikum nenda Maryam
11 tahun berpulang
tiada tapi serasa selalu ada
tak ada kata-kata terpilih
untuk merapi sekian kenangan
hanya doa dan ingatan
selalu ada
meski jauh kita terpisah
antara dua sempadan
yang membezakan kita.
~ Makam Kg. Tualang, 3 Syawal
ketika matahari telah benar jatuh
dan condong ke barat
aku dan ayah melewati ribuan nesan
untuk ziarah dua nesan tanpa nama
dua nesan berwarna coklat
yang diwarna paman, adik ayah
moga mudah untuk anak cucu
mengenal empunya nesan
ketika kunjung ziarah
Assalamualaikum nenda Hussain
20 tahun genap keberangkatan
seperti semalam masih tersenyum
Assalamualaikum nenda Maryam
11 tahun berpulang
tiada tapi serasa selalu ada
tak ada kata-kata terpilih
untuk merapi sekian kenangan
hanya doa dan ingatan
selalu ada
meski jauh kita terpisah
antara dua sempadan
yang membezakan kita.
~ Makam Kg. Tualang, 3 Syawal
Kembali ke rumah lama tinggalan almarhum
sekadar merapi kenangan
pohon bunga yang ditanam
berdekad-dekad lalu
begitu panjang usianya
ia tetap masih berbunga merah
seperti dulu jua
tangan sejuk nendalah
yang menggemburnya dulu penuh kasih
hanya kembang hayatnya melangkaui usia nenda
tapi seperti nenda yang telah berpulang
menemui Pencipta
pohon kesayangan nenda ini
juga akan mereput dimakan waktu
Setiap kali pulang
hatiku gemetaran
menatap kembang
kesayangan almarhum.
~ Alor Senibong, 2 Syawal
sekadar merapi kenangan
pohon bunga yang ditanam
berdekad-dekad lalu
begitu panjang usianya
ia tetap masih berbunga merah
seperti dulu jua
tangan sejuk nendalah
yang menggemburnya dulu penuh kasih
hanya kembang hayatnya melangkaui usia nenda
tapi seperti nenda yang telah berpulang
menemui Pencipta
pohon kesayangan nenda ini
juga akan mereput dimakan waktu
Setiap kali pulang
hatiku gemetaran
menatap kembang
kesayangan almarhum.
~ Alor Senibong, 2 Syawal
Thursday, June 26, 2014
Kenangan

Sahabat sekerja saya, mengirimkan gambar lama di fb saya. Beberapa tahun lalu. Ketika kami bersama keluarga masing-masing berkunjung raya ke rumah rehat Anuar Nor Arai di Sungai Pelek.Kalau arwah mahu berehat dari kerja, di sinilah dia akan
datang. Majlis kecil itu hanya dibuat untuk kami sahaja, kawan-kawan
rapat teman sekerja di ASWARA. Anuar sudah pergi, semoga dia tenang di
sana. Al-Fatihah untuknya. Dan teman kami seorang lagi itu entah di mana kini menghilangkan
diri. Walau di mana dia berada, kami doakan dia berbahagia selalu...

Thursday, June 19, 2014
PeTA 2014
Minggu lalu, selesai Seminar Penilaian Tahun Akhir (PeTA) 2014 untuk Fakulti Penulisan Kreatif. Inilah satu-satunya keunikan ASWARA yang tak ada di tempat lain. Sesi sepeti "viva" ini melibatkan sebelas pelajar Ijazah dan sembilan pelajar Diploma dengan pengkhususan masing-masing, modul penulisan kreatif serta penulisan lakon layar. Untuk diploma, ada dua pelajar yang memilih novel, dua drama pentas, tiga cereka tv, seorang biografi dan seorang juga drama bersiri. Untuk pelajar Ijazah pula, tiga mengkhusus dalam naskhah drama pentas, selebihnya memilih untuk naskhah lakon layar.
Seperti yang kami simpulkan saban tahun, perjuangan mereka sebenarnya
tidak tamat di sini. Perjuangan mereka baru saja bermula
selepas tamatnya sesi PeTA ini. Selamat maju jaya semuanya. Keluarlah dari akuarium, dan berenanglah
di laut luas.
Friday, June 13, 2014
Suara Zaen Kasturi: 7 Puisi Menyusur Musim
Petang semalam menerima kiriman dan tanda ingatan dari sahabat penyair Zaen Kasturi. DVD - videografi Suara Zaen Kasturi: 7 Puisi Menyusur Musim. Menerimanya seperti memanjangkan "Ingatan Kepada Kawan."
Dengan 7 Puisi Menyusur Musim ini, Zaen telah selangkah lagi ke hadapan.
Petang semalam menerima kiriman dan tanda ingatan dari sahabat penyair Zaen Kasturi. DVD - videografi Suara Zaen Kasturi: 7 Puisi Menyusur Musim. Menerimanya seperti memanjangkan "Ingatan Kepada Kawan."
Dengan 7 Puisi Menyusur Musim ini, Zaen telah selangkah lagi ke hadapan.
Monday, June 9, 2014
Atas Ingatan Semuanya, Terima Kasih
Saya pulangkan kebaikan semuanya dengan turut mendoakan limpahan kebaikan jua untuk saudara dan teman semua. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat-Nya. Amin.
Terima
kasih kepada ahli keluarga, saudara-saudara, karib dan teman-teman fb
yang berkirim salam, doa dan ingatan sempena ulangtahun kelahiran saya
di fb ini, di kotak mesej, di whatsApp, juga melalui kiriman sms. Terima
kasih banyak-banyak.
Di kotak emel ASWARA, teman-teman sepejabat dan Kelab Sukan dan Kebajikan ASWARA, juga menitipkan ucapan serupa. Cantik dan kreatif kad ucapannya. Terima kasih sedalamnya semua atas ingatan dan doa. Selamat ulangtahun juga kepada kawan-kawan ASWARA yang kebetulan turut meraikan ulangtahun kelahiran sepanjang bulan Jun ini.
Saya pulangkan kebaikan semuanya dengan turut mendoakan limpahan kebaikan jua untuk saudara dan teman semua. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat-Nya. Amin.
Thursday, May 29, 2014
Monday, May 26, 2014
MEMBACA BIRING
SIKUNANI RAHIMIDIN ZAHARI
Tajuk: Biring Sikunani
Penulis: Rahimidin Zahari
Penerbit: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)
Tahun Terbit: 2014
Penulis: Rahimidin Zahari
Penerbit: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)
Tahun Terbit: 2014
No. ISBN: 978-967-430-520-8
Harga: RM 15.00 (Semenanjung)/ RM 20.00 (Sabah/Sarawak)
Jumlah Halaman: 23
Nombor Resit: ITBM02000789
Harga: RM 15.00 (Semenanjung)/ RM 20.00 (Sabah/Sarawak)
Jumlah Halaman: 23
Nombor Resit: ITBM02000789
Pengulas: Mohd
Ridzuan Harun
DUNIA
kanak-kanak adalah dunia paling indah dan serba mungkin. Justeru kerana ketika
alam ini, fikiran kanak-kanak sangat bersih, jernih, mudah dibentuk, dan penuh
warna tentunya. Lantaran semuanya bersih, jernih, mudah dibentuk, dan penuh
warna, maka satu aspek yang dapat membantu membina keperibadian dan sahsiah
yang baik dalam kalangan kanak-kanak ialah melalui bahan pembacaan yang baik.
Dunia buku kanak-kanak amnya,
dan sastera kanak-kanak khususnya adalah alam lautan biru yang luas dan belum
dijelajahi sepenuhnya. Lebih dari itu, sastera kanak-kanak tidak sekadar lautan
biru, bahkan juga rimba raya yang subur menghijau; yang membentangkan cabaran
dan keseronokan yang belum diteroka secara meluas. Justeru, di tengah lautan
yang membiru dan rimba raya yang menghijau, ada ruang dan kelompongan yang
belum terisi dan minta untuk diisi dalam dunia buku kanak-kanak.
Buku
cerita kanak-kanak berbeza dengan buku sastera kanak-kanak walaupun fungsinya
untuk menyampaikan cerita kepada kanak-kanak. Buku cerita kanak-kanak
menyampaikan cerita yang menyebabkan kanak-kanak suka dan seronok apabila membacanya.
Buku sastera kanak-kanak pula tidak sekadar hanya menyampaikan cerita-cerita
yang mengagumkan indera kanak-kanak, tetapi juga membantu membentuk dan membina
makna-makna baru bagi kanak-kanak yang membacanya.
Bahkan, ada waktunya ia juga
mencabar indera dan akal orang dewasa yang turut membacanya. Fungsi yang
dimainkan oleh sastera kanak-kanak tidak serupa dengan buku cerita kanak-kanak.
Buku-buku cerita kanak-kanak berfungsi untuk menghibur sahaja atau memberi
maklumat; ataupun mungkin kedua-duanya sekali, tetapi tidak memberikan makna.
Fungsi memberi makna hanya dapat dilakukan oleh sastera. Perkembangan
kesusasteraan kanak-kanak dianggap selaras dengan proses tumbesaran kanak-kanak
kerana terdapatnya hubungan yang mesra dan sebati antara sastera dengan
kanak-kanak.
Rahimidin Zahari tidaklah
dikenal sebagai seorang penulis cerita kanak-kanak. Kilau dan sinarnya
menyerlah dalam ranah penciptaan puisi; seperti lazim yang disebut pembaca dan
pengkaji sastera. Sejauh ini yang dapat dikesan, Rahimidin hanya menerbitkan
sebuah buku cerita kanak-kanak, iaitu Wira
Sekolah yang diterbitkan pada tahun 1994 oleh Penerbit Yakin. Selain itu,
cerita kanak-kanaknya turut termuat dalam buku kanak-kanak berjudul Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia selenggaraan Othman Puteh dan Aripin
Said terbitan Utusan Publications & Distributors pada tahun 1995, yang
beberapa kali sudah diulangcetak. Sesekali, terkesan kehadiran tulisan cerita
kanak-kanaknya dalam majalah Dewan Pelajar terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Selebih daripada itu, Rahimidin terus hidup dengan puisinya; sesekali
menghadirkan naskhah dan esei tentang drama pentas.
2014
ini, Rahimidin hadir dengan sebuah lagi buku kanak-kanak, Biring Sikunani terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia
(ITBM). Biring Sikunani, sebuah
cerita yang diangkat dan dipermudah daripada tradisi sastera rakyat tempatan dengan
diberi sedikit suntikan baru oleh Rahimidin. Kenapa Rahimidin memilih dan
menyaring bahan daripada tradisi sastera rakyat Melayu yang luas itu? Perkembangan
awal kesusasteraan kanak-kanak dalam masyarakat Melayu seperti sastera
kanak-kanak untuk masyarakat lain juga, dapat dikesan daripada tradisi sastera
lisan. Sastera lisan atau lebih dikenal sebagai sastera rakyat walaupun lebih
khusus untuk golongan dewasa, namun telah tersebar luas dan turut diminati oleh
kanak-kanak. Masa dan perubahan corak hidup masyarakat telah menghakis tradisi
sastera lisan dalam masyarakat serta menukarkan bentuk dan sifat hubungan
antara sastera dengan kanak-kanak. Hari ini, tempat sastera lisan atau sastera
rakyat ini telah diambilalih oleh sastera tulisan, yang juga disebut sebagai
sastera persuratan.
Biring Sikunani diambil daripada galur cerita jenaka dalam tradisi
sastera rakyat. Ceritanya tentang Pak Kadok, yang mempunyai seekor ayam sabung
bernama Biring Sikunani. Suatu hari, Pak Kadok membawa Biring Sikunani ke
Istana Raja Alang untuk menyabung ayamnya dengan ayam Raja Alang, bernama Jalak
Putih Mata. Demi terpandangkan kehebatan Biring Sikunani, Raja Alang membuat
helah untuk menukar ayamnya dengan ayam Pak Kadok. Pak Kadok bersetuju. Tidak
cukup dengan pertukaran itu, Pak Kadok membuat perjanjian dengan raja, jika
ayamnya kalah sabung, tanah kampung dan rumahnya akan menjadi kepunyaan raja.
Di akhir perlawanan Jalak Putih Mata yang menjadi ayam Pak Kadok telah tewas
kepada Biring Sikunani. Kerana terlalu gembira Biring Sikunani menang, Pak Kadok
bersorak kesukaan hinggakan baju kertas yang dipakainya telah terkoyak. Apabila
disedarkan oleh Raja Alang, tahulah kini ayam Jalak Putih Mata yang menjadi miliknya
telah kalah. Setelah menyerahkan kampung dan rumahnya kepada raja seperti yang
dipertaruhkan, Pak Kadok dan isterinya berpindah ke hulu negeri. Di istana,
Biring Sikunani mengamuk hinggakan tidak dapat dijinakkan oleh seorang pun
penjaga ayam. Raja Alang kemudiannya menitahkan Pak Kadok dibawa ke istana.
Hiduplah Pak Kadok di istana sebagai penjaga ayam raja. Dan tidak lama
kemudiannya, raja menitahkan semua rakyat jelatanya berhenti daripada menyabung
ayam.
Pak Kadok, cerita jenaka yang
terkenal di dalam sastera rakyat. Cerita Pak Kadok ini mengandungi unsur humor
atau lucu. Hampir keseluruhan cerita jenaka menggambarkan “kebodohan” watak
utama. Sifat bodoh akibat daripada membuat sesuatu tafsiran yang salah
menyebabkan watak jenaka itu melakukan aksi-aksi yang menimbulkan kelucuan. Cerita
jenaka berkisar pada watak dalam kalangan rakyat bawahan. Nama watak
melambangkan sifat-sifat watak berkenaan, seperti watak Pak Kadok sendiri. Kelucuan
cerita jenaka dilahirkan dari sifat dan tindakan yang dilakukan oleh watak tersebut. Cerita jenaka pada dasarnya berfungsi
sebagai hiburan dan juga sebagai alat kritikan sosial.
Biring Sikunani menepati cita rasa
sebagai sebuah buku kanak-kanak dalam lingkungan usia sembilan tahun ke bawah.
Konsepnya membaca dan dibaca. Ia sesuai dibaca sendiri oleh kanak-kanak, dan
sesuai juga dibaca oleh orang dewasa atau ibu bapa kepada kanak-kanak. Plot
cerita ini bersifat sederhana, mudah, lurus, kronologi dan tidak
berbelit-belit. Cerita atau peristiwa lebih tertumpu kepada watak utama sahaja.
Dalam cerita jenaka ini Rahimidin menyelitkan episod-episod kecil untuk
menguatkan cerita. Binaan ayatnya mudah, selari dengan cerita yang hendak
disampaikan. Ada mesej yang baik cuba disampaikan Rahimidin kepada kanak-kanak
yang membacanya.
Sesuai dengan
sifat dan sikap seorang pengarang yang baik, Rahimidin dilihat dengan serius
cuba mengawal bahasa dan jalan ceritanya untuk tidak menampakkan tulisannya
menampilkan ayat-ayat yang terlalu menasihati, berleter, mengajar atau
“memperbodohkan” kanak-kanak. Semua itu dapat dihindar dengan baik oleh
Rahimidin sebagai seorang pengarang. Mesej atau pengajaran dalam cerita boleh
saja terhantar dalam pelbagai bentuk dan teknik. Rahimidin memilih untuk
menghantar dengan cara yang bersahaja dan tidak perlu untuk terlalu “mengemak-emak”
(di dalam pasaran kerap ditemui buku cerita kanak-kanak yang terlalu bersikap
“mengemak-emak” dalam menasihati kanak-kanak yang membacanya).
Memang secara psikologinya sebuah cerita
kanak-kanak memerlukan susunan plot yang kemas dan menarik, binaan plot yang
tidak statik serta mampu memberi pancingan kepada emosi anak-anak. Namun, tidak
salah jika cerita yang dipersembahkan plotnya tidak menggugah, tidak mencabar
emosi atau psikologi kanak-kanak. Ia tergantung kepada konteks dan sasaran
audiens pembacanya. Plot atau teknik yang agak kompleks mungkin lebih sesuai
untuk kanak-kanak pada peringkat umur yang sedikit tinggi, sembilan tahun ke
atas misalnya. Seperti usia orang dewasa yang pelbagai peringkat, tingkat dan tahap
umur kanak-kanak juga pasti menjadikan sebuah buku kanak-kanak berbeza sasaran
penulisannya. Justeru, Biring Sikunani
sesuai untuk bacaan kanak-kanak pada usia sembilan tahun ke bawah. Apatah lagi
dengan ilustrasi oleh Emila Yusof yang menarik akan lebih memudahkan mereka
memahami isi cerita yang hendak disampaikan. Ilustrasi yang cantik adalah suatu
bonus kepada sebuah buku kanak-kanak yang baik.
Cerita rakyat
kita kebanyakannya mengapungkan imej-imej negatif yang menunjukkan kebodohan,
ketololan dan nasib malang rakyat bawahan. Namun, Rahimidin berjaya memurnikan
kisah Pak Kadok menjadi sebuah cerita yang berimej baru. Rahimidin tidak menamatkan
ceritanya dengan “ayamnya menang kampung tergadai” seperti yang kerap kita
dengar dalam cerita-cerita lisan sejak zaman-berzaman. Rahimidin membawa Pak
Kadok kembali ke kampung halamannya dan menjadi penjaga ayam raja di istana.
Kemudian selepas dari itu, raja juga telah menitahkan aktiviti menyabung ayam
dalam kalangan rakyatnya dihentikan. Menyabung ayam menyiksa binatang,
sementara pertaruhan perlawanan adalah suatu bentuk perjudian. Rahimidin
memilih untuk tidak mengoceh memberitahu pembaca tindakan menyabung ayam dan
bertaruh itu adalah menjadi satu kesalahan. Imej negatif ini dipadamkan secara senyap
dan halus oleh pengarang.
Tidak ditemui
perkataan atau ayat yang berbau negatif, yang boleh mencemari kemurnian fikiran
dan emosi kanak-kanak. Bahkan ketika membacanya sebagai seorang pembaca dewasa,
kita mungkin akan terlupa dengan dendang Seloka Pak Kadok, yang melagukan nasib
malang Pak Kadok seperti di dalam cerita lisan. Kanak-kanak terdiri daripada
pelbagai peringkat kelompok usia. Maka itu, hanya hal-hal tertentu yang boleh
diceritakan kepada mereka. Ada sejumlah “pantangan” yang tidak boleh
diceritakan kepada mereka. Biasanya teras “pantangan” ini berkait dengan tema atau
gagasan cerita. Tidak semua tema yang sesuai untuk bacaan dewasa dapat
disajikan kepada kanak-kanak. Bagaimanapun, pertimbangan untuk menentukan tema
yang bagaimana sesuai untuk kanak-kanak dan yang mana pula menjadi “pantangan”
adalah berdasarkan kehalusan cita rasa dan pertimbangan akal budi penulisnya
sendiri. Dan Rahimidin memilih untuk memadamkan rasa dan tanggapan negatif
kepada Pak Kadok dengan memberikan pengakhiran yang positif, membina dan
menggembirakan.
Rahimidin
membina suatu pengalaman sastera kanak-kanak yang baru, dengan menyusupkan secara halus dan
perlahan soal psikologi dan rangsangan emosi yang jernih kepada kanak-kanak.
Terkesan adanya sedikit ciri teoretis, iaitu bagaimana cerita kanak-kanak dihasilkan
oleh orang dewasa berdasarkan pengamatan dan cita rasa yang difikirkan sesuai
untuk kanak-kanak. Pun begitu, ia tidaklah sampai menghilangkan fungsi utama
bacaan kanak-kanak, iaitu untuk memberi hiburan dan sekali gus menyenangkan
kanak-kanak. Membaca untuk hiburan dan keseronokan sesuai dengan sifat semula
jadi sebagai seorang kanak-kanak.
Penulis
yang berjaya menghasilkan karya untuk khalayak pembaca dewasa jarang dapat
menghasilkan cerita yang menarik bagi kanak-kanak. Pendekatannya berbeza kerana
khalayaknya juga berbeza. Biring Sikunani
di tangan Rahimidin Zahari berjaya menyuguhkan sebuah cerita yang sesuai dan
wajar bagi kanak-kanak pada peringkat umur bawahan. Biring Sikunani secara seluruhnya tidaklah berdiri sebagai sebuah
buku cerita kanak-kanak biasa, dan tidak secara seluruhnya juga menegak sebagai
sebuah buku sastera kanak-kanak. Biring
Sikunani seakan-akan berdiri di tengah-tengah antara buku cerita kanak-kanak
yang biasa dan buku cerita yang sarat dengan intipati sebuah buku sastera
kanak-kanak. Ia menawarkan pendekatan yang sederhana, dengan adunan kandungan
yang terkawal antara cerita dan nilai murni. Dalam pada masa yang sama, Biring Sikunani juga menganjurkan
keselarian antara didaktisisme dengan fungsi cerita sebagai sebuah hiburan melalui
plot dan bahasa yang mudah, ringan, menarik serta menepati sebagai sebuah karya
yang sesuai untuk bacaan kanak-kanak.
*~ Ulasan ini ditulis untuk menyertai Peraduan Ulas Buku ITBM di Facebook/Blog sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014
*~ Ulasan ini ditulis untuk menyertai Peraduan Ulas Buku ITBM di Facebook/Blog sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)





























