Posts

Showing posts with the label kuih-muih

Crunchy Caramel Almond

Image
Last time masa makan malam kat restoran Upin Ipin tu kak M lalu sebuah kedai jual bahan bahan buat kek. Sekali ada oula tepung karamel ni. Namanya Gold Florentina memang ada jual di kebanyakan kedai jual bahan kek. Harganya agak mahal rm19. Tapi boleh dapat banyak keping juga. Kak ni buat sikit jer sebb nak cuba kan. Bahan kekacang Tu boleh campurkan almond flake, kuaci dan bijan hitam or apa apa yang kalian suka lah..macadamia pun boleh. Bahan bahan kekacang tu kena sangai dulu lebih kurang 5 minit macam tu. Jangan sampai hangus pula yer. Pahit nanti.hehe. Kemudia sejukkan seketika dan campurkan  dengan tepung karamel tadi dan gaul biar bercampur semuanya.  Bila dah semuanya bercampur boleh masukkan dalam dulang pembakar dah bakar dengan suhu 200 celcius selama 8 minit. Nak bakar ni pun kena ikut ragam oven masing masing yer. Kalau oven buruk kak M ni lebih kurang 15 minit juga. Agak agak macam tepung tu mencair terus keluarkan dari ovenm kalau lama ...

Cucur Bilis buat sarapan keluarga

Image
Wa....sedap jer bunyi entri pagi ni....man of the house just arrived from London.. masih jetlag...orang dan bangun dia masih tidor..orang dan tidur dia baru nak bangun..heee begitulah kesannya bila lama berada di tempat orang. Banyak cendera hati incik hubby bawakan dari tanaj jajah itu. Terkenang suatu masa dulu kami pernah berumah tangga di sana. Masih teringat suasana harmoni bersama rakyat Malaysia di luar negara. Entah bila akan ke sana lagi. Incik Hubby cakap In Syaa Allah ada rezeki kita akan sekeluarga bercuti ke sana. Ahaaa.. dah sarapan? Pagi ni kak-M bangun awal juga. Memang setiap pagi kena pikirkan apa lah yang nak dihidangkan buat sarapan keluarga pagi ini. Akhirnya cucur bilis menjadi pilihan. Incik Hubby memang suka cucur bilis begitu juga anak-anak. Kak-M sediakan juga nasi goreng untuk Abang Danish dan seteko teh tarik. Macam-macam cubaan juga sebelum ni kak-m buat untuk mendapatkan cucr udang yang lembut, enak dan kembung. Heeee, biasanya cucur k...

Barang yang buruk jangan di buang

Image
"Mummy, pisang ni dah busuk lah! Semuanya dah jadi hitam, Buang jer lah yek. Dah tak boleh makan" "Eh! Jangan sayang, masih boleh dimakan tu?" "Eiiiiiii! Tak selera ler Nuha nak makan, dah lebam-lebam hitam semuanya" "Tak per, nanti mummy nak guna untuk buat kek pisang" " Eh! Boleh ke?" "Boleh lah" dan.................. Akhirnya pisang lebam itu  menjadi cekodok pisang...heeee. Nuha tanya lagi kemana pegi kek pisang tu? Heee, banyak hal juga nak membuat kek, telur lah, butter lah kan? Jadi Mummy dah tukar jadi cekodok pisang. Ok juga kan? Jadi barang yang buruk, busuk itu tak semestinya tak berguna. Sebelum buang pikir dulu kerana ia boleh dijadikan sesuatu yang lain. Menu sarapan kami pagi ini ialah cekodok pisang yang garing. Teringat kak-M pada arwah Nenda yang pergi meninggalkan kami pada Ramadhan lepas. Al-Fatihah buat Nenda. Semoga aman di sana. Nenda kak-M memang pakar dalam sega...

Qasidah Mak Tok

Image
Pernah tak makan kuih ini. Ini adalah kuih tradisi orang utara. Mak saya suka sangat kuih ni. Dulu masa kat kampung, masa bulan puasa almost ada jer kuih ini hari-hari. Mengingtkan zaman itu hari ini kak-M terpanggil untuk buat Qasidah dan kak-M namakan ia sebagai Qasidah mak tok sempena ianya kuih kegemaran mak ka-M. Anak-anak tanay kuih apa ni mummy. Inilah Kuih Qasidah, mak tok suka sangat kuih ni.  Nak membuatnya pun senang sangat hanya menggunakan barang asas yang semestinya ada jer kat rumah. Sukatan yang kak-M buat ini dapat lah satu bekas. Sedang elok lah untuk juadah satu famili. Jom layan resepi nya dulu ya Bahan-Bahan:   2  cawan tepung gandung 4.5 cawan air kosong 2 cawan gula 5 ulas bawang merah digoreng keperangan dalam minyak sapi atau minyak biasa Cara-caranya: Campurkan tepung, gula dan air dalam satu bekas, gaulkan hingga semuanya sebati. Massak di dalam kuali/periuk, kacau sentiasa sehingga pekat dan likat. Sama seperti me...

Cucur Jagung

Image
Kalau minum petang dapat cucur jagung, atau cekodok bilis pun sedap kan. Kena pula dengan teh o pulak tuh.. Iskkk puasa-puasa ni asik teringat makanan jer.  Ini cerita menu berbuka juga kiranya. Kak-M kan puasa seseorang. Jadi bila masak untuk berbuka mesti kena buat juga sesuatu untuk anak-anak. Jadi petang semalam kak-M buat cucur jagung untuk Nuha dan Darwish.. Abang Danish makan nasi dengan kak-M Sebenarnya tak susah pun kan nak sedikan menu serba ringkas ni kan. Hanya menggunakan bahan-bahan biasa, tepung, telur, air, garam, gula dan jagung. Kak-M guna Jagung yang dalam tintu. Bukan yang cream tau yang biasa punya. Alhamdulillah suka bebudak ni makan cucur jagung

Tart Nenas yang Sangat Sedap

Image
Lama dah kak-M nak konsi satu perkara ni. Kisah Tart Nenas kegemaran kak-M. Kak-M percara masih ramai diluar sana nun yang sukan akan kuih yang evergreen ni. Kalau dulu kak-M memang akan buat kuih tart nenas ni setiap kali hari raya Sehinggalah kini sahabat karib kak-M yang tinggal di London tu masih dok tanya samada kak-M still buat tart nenas ni. Katanya tart nenas kak-M memang terbaik, iyo ler tu..hehhehe. Tapi apa yang kak-M nak cerita hari ni bukalah tentang tart nenas buatan kak-M. Tart nenas kali ni kak-M beli, tapi memang sedap. Tatau ler kalau hanya sedap di tekak kak-M tapi memang kak-M dok ulang beli tart nenas ni lama dah. Sampaikan tokeh kedai pun cam cam minah ni asik dtg beli barang yang sama, ngeh ngeh ngeh. Harganya pada kak-M sedikit mahal lah, Satu bekas ni RM12.00. Tapi sebabkan rasanya yang enak, memanglah berbaloi-baloi. Suaminya kak-M yang juga peminat setia kuih tart nenas pun suka akan keluaran ini. Kak-M beli di Petronas Seksyen 7 Shah Alam, Just ...

Roti Kirai

Image
Masih lagi dengan berita korban, korban sana sini, terkini empat terkorban dalam nahas jalan raya di Kulim Kedah. Sesungguhnya tragedi ini sangat menyayat hati. Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang telah kembali kerahmatulah. Tahun ini alhamdulillah buat pertama kalinya kak-M turut serta dalam ibadah korban ini. Kak-M amik setumpuk dan dikorbankan di Masjid Al-Aqla di Jitra Kedah, Masjid di mana kak-M dan suami diijabqabulkan. Alhamdulillah pagi tu 8 ekor lembu telah dikorbankan dan lembu kak-M adalah yang ke-7, jadi agak lama juga dok menunggu sementara daging dilapah dan dibahagikan sama rata. Anak2 pun suka melihat bagaimana ibadah ini dilaksanakan dan hingga kini kak-M masih hutang satu cerita dengan abang Danish, cerita sejarahnya Korban ini. InsyaAllah, suatu hari mummy akan ceritakan. Daging yang setumpuk tu kak-M bawa pulang ke Shah Alam sebab ada rancangan untuk buat jamu sahabat-sahabat. Alhamdulillah terlepas juga hajat hati. Tapi sebelum tu kak-M gul...

Puding Roti

Image
  Minggu ni tak balik kampung mertua, mertua pun outstation jadi kita lepak2 saja rumah sendiri. yeah! home sweet home! Petang-petang gini kak-M terasa tekak nak makan puding roti ala-ala hotel gitu. Maka kak-M terus juga buat dan bahan-bahan pun semuanya lengkap. Tak susah pun puding roti ni dan sesuai untuk semua golongan termasuklah si kenit Ahmad Darwish itu. Bahan-bahan dan cara-caranya 1 buku roti gardenia di potong dua setiap satunya dan disusun agar bahagian tepi roti ke atas.2  sudu butter dicairkan dan 3 biji telur diblend bersama 2 cawan susu segar,1 cawan susu cair carnation. dan 2 sudu besar gula. Bancuhan ni akhirnya dituangkan kedalam bekas susunan roti tadi. Biarkan selama 20 minit ada bancuhan tadi meresap ke dalam roti. Taburkan gula di atasnya serta kismi jika mahu dan bakarla selama 30 minit pada suhu 180darjah Untuk creame nya pula, kak-M gunakan dua cawan susu segar di blend bersama 2 sudu kecil tepung kastard dan 2 sudu besar gula. Panas dan kacau s...

Serimuka Durian

Image
Dah enam hari kita berpuasa, alhamdulillah, syukur kepadanya kita dapat meraikan ramadhan kali ini dengan penuh keberkatan dariNya, Semoga semua antara kita dapat memanfaatkan bulan ini sepenuhnya. Alkisah petang tadi kak-M mencuba buat Serimuka Durian. Durian ni jauh datangnya, seminggu sebelum puasa, mak jang n pakjang kak-M datang dari Kedah nak melawat anak manja depa kat Shah Alam. Dek not ni budak pandai SPM dapat straight A jadi dapat lah offer buat medic di Cairo. Sebelum tu dia kena buat persediaan selama 3 bulan di Intec UiTM. Sementara di sini mak ayah dia tiap2 hujung bulan datang jenguk, almaklum tak pernah berjauhan. Minggu lepas diorang singgah rumah kak-M sebab kak-M dah pesan awal-awal kalau datng Shah Alam singgah lah rumah buruk kak-M ni. Sekali mak ai! segala jenis buah dusun depa bawa dari sana, durian, rambutan, manggis, dokong dan langsat. Dah macam berkelah dalam dusun waktu tu. Ada sebiji durian ni tak begitu masak lagi maka kena lah peram. Semalam kak-M tengo...