Dah masuk pertengahan Ramadhan ni, mood raya pun sudah mari. Semalam petang kak-M ronda-ronda dengan kawan cari tudung raya. Wah! Boleh tahan lah juga dari satu kedai ke kedai kedai yang lain. Marathon gitu. Akhirnya terpauh juga dengan Pearl Haya dan D'Haja. Heee, tak berdaya ahkak melawan nafsu sebab cantik sesangat tudung tu. Tak per lah buleh guna duit bonus tu kan. Bonus pun untuk reward diri sendiri juga. Dah penat penat kerja, mestilah kena bagi sesuatu untuk diri sendiri. Malam hari pula keluar dengan adik ipar dan adik angkat ke Hajra, Ada orang tu yang beli tudung untuk mak dan mak se nya..Haaaaa,, adui! Menagalahkan orang pompuanlagi. Kemain ko shopping dik nun. Ahkak juga yang dah terduduk tepi longkang, sakit kaki sudah selorong demi selorong tunggu ko memilih tudung. Tapi kan best juga kat Hajra ni, dalam setengah jam kami dalam tu tetiba dia buat announcement, Happy Hour ..wah,, sehelai cuma RM15 sahaja, per lagi menyerbu ler semua umat dalam gudang ...