Posts

Showing posts with the label Sayuran

Sayur campur telur sotong

Image
  Biarlah gambar berbicara...che wahhhh...ini cerita lama. Menu ni kak M masak minggu lepas. Baru hari ni ada masa nak update. Tak pernah pun makan telur sotong gini. Ada sorang kawan kak M ni jual pelbagai jenis frozen food termasuklah telur sotong. Kak M beli dengan harga RM25. agak banyak juga. Bila bali rumah dok terpikir nak masak apa yer dengan telur sotong ni..maka ini ler jadinya. Memang best juga rasanya. Telur tu kak M goreng kunyit dulu kemudia baru campur semua dengan sayuran lain dan goreng sekali lagi. Sayur tanpa kuah ni memang tak jemu makan..rangup sayurannya.  

Sayur campur

Image
Ini adalah sayuran yang paling suka kak-M masak dan ramai yang akan makan. Cuma bila di buat selalui akan datang rasa jemunya. Semalam hari minggu kami santai saja di rumah dan kak-M masak untuk seisi keluarga. Alahai masakan biasa-biasa sahaja. Kak-M nak kongsikan kobis goreng ni pun rasa macam kelakar juga. Apalah sangat kan. Cuma harapan kak-M ianya boleh menjadi idea kepada mereka yang tak tau nak masak apa hari ni.Heeeee.  Bagi kak-M penyediaan sayuran dalam masakannya perlulah kreatif sebab bukan senang nak menjadikan ianya tarikan kepada semua orang. Sayuran adalah suatu keperluan untuk kesihatan tubuh badan. Kaya dengan pelbagai vitamin dan serat. Jadi kak-M lebih gemar menggunakan sayuran pelbagai warna sebagai tarikan. Nampak cantik, segar dan sedap juga. Untuk hidangan ini kak-M menggunakakn kobis, lobak merah, cili merah dan kacang panjang. Jadi awa warna, oren, hijau, putih dan merah, hmmm meriah gitu warnanya. Hmmm, jadi apa hidangan sayuran kalian hari i...

Sayur Sawi Goreng

Image
Cuti sekolah ni, mula lah mak bapa peing pala kan? Nak pula kalau taska ditutup untuk hal-hal tertentu...huhu macam Kak-M ni, adoiiii, udah ler pagi Rabu ni ada appoitnment. Camno ni ha nak buek? Akhirnya kami sepakat untuk bergilir..kih kih kih.  Kak-M pepagi awal gelap gelita telah ke pejabat. Semenatra hubby tunggu jaga anak-anak di rumah. Pastu dalam jam 10 pagi kam -M balik dan hubby pula ke pejabat..hahahah. Begitu sekali you. Apa boleh buat bila suami isteri bekerjaya begini lah situasinya. Apapun setiap masalah ada penyelesaiannya. Bila dah dok kat rumah ni kena lah kak-M masak bagi anak-anak makan. Nanti menggelupor semua kelaparan. Masak yang mudah-mudah jer. Kak-M masak kari ikan susu, sambal sotong, ayam goreng dan sawi goreng. Menu yang pedas tu tu kak-M suami dan Abang Danish yang makan manakala sayur sawi  dan ayam goreng untuk Nuha dan Darwish..hihi settle untuk hari ini. Apapun petang nanti kak-M terpaksa hangkut semuanya ke office sebab ada a...

Sayur Peria Goreng

Image
Dalam setiap hidangan mesti kena ada sayuran. Jadi sayur pilihan kak-M hari ini ialah Peria Goreng. Actually ini adalah kesukaan kak-M kalau lunch di office pasti akak akan mencari sayur ini. Hari ni kak-M berjaya juga mengorengnya walaupun dalam keadaan sedikit kekalutan  mengejar masa. Nak maak ni pun senang jer. Asalnya akak nak goreng taocu tapi macam tak berani takut tak jadi hua huaaaa, jadi akak goreng biasa jer macam selalu buat tu. Ini pun kira separuh jer peria digunakan.Peria ni dibelah dua dah bahagian dalamnya di buangkan. Rendamkan dulu peria yang dipotong nipis menyerong di dalam air seketika. Dua ulas bawang putih di ketuk. sebiji cili hidup ditumbuk bersama sedikit udang kering dan sebiji bawang merah. TUmiskan bawang putih dan bahan-bahan tumbuk tadi tu hingga naik bau dan masukkan peria. Gaul biar sebati dan masukkan garam secukup rasa. masukkan sedikit air(2sudu besar cukup lah) dan pecahkan telur , Biarkan sehingga agak kering dan gaulkan. Hmmm siap. J...

Sayur Campur

Image
Setiap hidangan kita seharian mestilah lengkap dengan segala khasiat untuk membolehkan badan mendapat cukup nutrisi. Makan dengan itu kena pastikan, ada karbohidrat, ada protein, ada sayuran, ada serat dan vitamin juga..eeheh, sila maklum akak bukan pakar nutrisi yer tapi sekadar perkara-perkara asas ni memang kena khatam la kan. satu hal lagi nak meatih anak-anak untuk makan sayuran memang sesuatu yang sangat mencabar. Abang Danish masa di Manchester dulu memang suka sangat makan Carrot, ratah gitu jer. Tapi sekarang sehelai kobis yang kenit tu pun dia akan nampak dan kais ke tepi. Jadi Mak bapa ni kena  dok pikiaq macam mana nak bagi depa makan sayuran. Ada kaedah sorok di bawan timubunan nasi, tapi bila dia rasa benda tu sayur dia secara automatik akan keluarkan..Ha kan!, Ada juga kaedah potong kecik kecik supaya payah dia yang kelas-kelas, kalau gitu dia nampak ada sikit-sikit langsung lah dia tak jamah. Jadi kena pikirkan untuk menjadikan ianya suatu menu kegemaran mereka...

Kacang Panjang Goreng Dengan Udang

Image
Ini cerita lama sebenarnya. Kak-M terjumpa dalam folder masa dok proses pemutihan.Hehehe. Teringat menu ni kak-M sediakan untuk berbuka juga. SIkit jer pun akak masak sebab yer kan berbuka seseorang. Lagipun akak jer yang makan sayur bagai dalam rumah ini. Dan stok udang masih segar bugar maka jadilah menu sebegini. Menu ni simple sesangat. Kalau yang kenal kak-M memang tau dah konsep kak-M yang masak campak-campak ni. Huhu. Apapun masak ni kena ikhlas dan penuh kasih sayang barulah menjadi. Jangan sesekali masak kerana terpaksa. Memang lingkup lah.  Melihatkan pada gambar tu, dah nampak kan apa bahan yang kak-M guna. Semestinya udang. Lagi besar lagi best.hiuhihi. Kacang panjang tu potonglah seinci seinci macam tu, kak-M letak juga cili merah yang dipotong kecil kecil. Ketuk 3 biji bawang putih dan tumislah macam biasa. Udang tu masuk akhir sekali. Rasakan garam dan gulanya siap. Ha kan mudah jer. Boleh juga kalau digantikan udang tu dengan sotong. Sama jer  konsep...

Sambal tumis ikan bilis dan kacang hantu

Image
Salam siaran, lately kureng idea nak menulis. Malam tadi balik memang super express, letak jer segala beg terus masuk dapur. Si Abang kemain bsing, Lapar! Lapar. Macam biasa dia request Ayam Sambal Kicap. Tu la dia makanan kesukaannya. Ini menu malam kak-M, Biasa-biasa ajer. Untuk Sarah Nuha, ikan Selar Goreng. hmmm masing masing dengan selera yang berbeza. Ikan Selar kali ni agak besar juga lah. Masa beli tu kak-M dah suruh mamat kedai tu siang dan potong dua. Nuha ni senang jer samada sup ayam or sup ikan, dan ikan goreng atau telur rebus. Pastu buh kicap, makan lalalala. Cuma jangan ada sedikit cili pun dalam pinggan dia, memang dia tak makan sampai sudah. Sambal tumis bilis dan kacang hantu ni adalah percubaan pertama. Heee, kacang hantu atau kacang botol..errkkk hampa panggil kacang apa ?. Kak-M masak macam biasa, mula-mula buatkan sambal tumis ikan bilis tu, haruslah ikan bilis tu digoreng dulu kan. Bila dah jadi sambal baru masukkan bilis goreng dan kacang hantu t...

Daging goreng kicap dan kacang panjang

Image
Sayur-sayuran ni antara menu yang paling tak popular dalam keluarga kak-M. Antara sayur yang mendapat tempat disini ialah timun hahahahaha. Jadi kalau nak sediakan sayur suka benar kak-M buat timun masak potong..huhu. Disebabkan ketidak popularan makanan jenis ini, kenalah dok pelbagai hidangan supaya sekurang-kurangnya ada juga sayuran dalam setiap sajian kita. Sayuran kat amat baik untuk kesihatan. Jadi kak-M selalu saja campurkan juga lauk pauk dalam sayuran atau sebaliknya. Menu hari ini ialah kacang panjang dan daging goreng kicap. Sebenarnya nak buat daging goreng kicap, sebab nak ada sayur juga maka campakkan kacang hijau dalam daging tu. heeeeeeeeeee. Okeh senang pun nak buat menu ni. Daging lembu di potong nipis-nipis dan kecik2 kacang panjang di potong seperti di atas. bawang merah dan bawang putih Bawang besar halis 1/2 inci dititik minyak, gula dan garam secukupnya kicap dan sedikit sos tiram Tumiskan bawang putih dan merah dan masukkan daging. Kacau dan kacau ...

Kacang Panjang Goreng Sotong

Image
Petang semalam Abang ada latihan Taekwan-do di sekolah, maka Kak-M ada banyak masa sebelum pick-up abang jam 6 petang. Jadi kak-M buat keputusan untuk singgah sebentar di Giant Sek.13. Dok rayau -rayau di bahagian banhan mentah kak-M terpandang pula sotong-sotong yang sebesar lengan. Apalagi terhenti seketika kak-M kat situ tak payah banyak, 2 ekor pun cukup. hmmmsungguh segar rupanya, dalam kepala dok terpikir dah nak masak apa, lantas kak-M sambar sebungkus kacang panjang. then taraaa!!! jom layan menu kak-M petang semalam. Kacang Panjang Goreng Sotong Bahan-bahan Sotong Kacang Panjang cili kering bawang merah bawang putih ikan bilis garam Cara-cara: bawang merah, bawang putih dan ikan bilis dimesin sekali, jangan terlalu hancur la, nak masukkan sikit belacan pun ok. Then tumis hingga naik bau, masukkan sotong dan kacang panjang serta garam secukup rasa. Goreng seketika then siap!.. Senang kan!