Sunday, December 25, 2011

A Sad Month

My friend Noria passed away at 12.45am 25th December 2011. She had complication while giving birth which led to postpartum hemorrhage. A major blood loss and her heart was said stopped beating for 20 minutes and was successfully resuscitated before going into the operation room. Her uterus was removed to stop the bleeding, and part of her colon too, due to gangrene. Her baby boy, for the moment is still at the NICU.


May her soul rest in peace and be granted martyrdom. It is indeed a sad month because I lost my grandma and my friend who are dearly to me.

In Loving Memory
Noria binti Idris
1 September 1982 - 25 December 2011

Tuesday, December 13, 2011

Duitttt

Memandangkan due date semakin hampir, maka perkiraan untuk membeli barang-barang telah disenaraikan. Dan, perbelanjaan bulanan juga dikawal ketat oleh diri sendiri (ahem, selama ni duit suka hati je nak beli apa, tapi sejak kawin ni duit banyak susut huhu). Si Suami sibuk membuat perkiraan barangan yang bakal menelan belanja RM5,000. Saya ada jugakla kan rasa tak puas hati sebab kebanyakan barang-barang yang disenaraikan tu macam tak penting sangat buat masa sekarang.

Rumah saya sekarang dah ada :

  1. Sofa set
  2. Dining table for 6
  3. King size bed
  4. TV + meja TV
  5. Kipas (ye, rumah tamu kuarters takde kipas, harap B*PH bertindak pantas memang jawabnya tahun depan baru dapat, tu pun belum tentu)
  6. Oven kecik
  7. Toaster
  8. Induction cooker
  9. Peti ais
Suami saya berpendapat, perlu menambah barang-barang berikut (I agree with some) estimated arounf RM5,000.
  1. Washing machine (yang ni memang crucial dan saya setuju sangattttt)
  2. Ampaian (owh ini juga sangat pentinggggg)
  3. Katil queen size + mattress untuk bilik tetamu
  4. Almari dapur untuk memasak pakai gas (hadiah kawin haritu dapat dapur gas 2 burners hehe)
  5. Perabot ruang tamu
  6. Baby's bassinet
  7. Baby's stroller
  8. Water heater
  9. Langsir (lagi)
  10. Carpet
  11. Air-conditioner
  12. Some other stuffs
Things that I really need right now estimated almost RM3,500, including things during confinement period, clothes, etc.


Pendapat korang? Apa yang perlu ada dalam rumah for the mean time? Memangla rumah awal-awal ni serba tak cukup tapi husband berkeras nak penuhkan rumah supaya lengkap. Malu katanya orang datang rumah serba takde. Nanti segan orang nak datang rumah. Amboi. Pantang tengok kedai perabot or kedai karpet, mula la kaki dia terpanggil-panggil nak pergi. Korang boleh try to convince my husband and I about what must-haves at home tak? Especially those who confront the same budgeting matters at this stage of life.

Eh, sape-sape dah sign option SB*A ke? Heheh...

Monday, December 12, 2011

Sakit Kaki

Sakitnya kaki hari ni. Semalam tak boleh tidur. Asyik terjaga je. Sebab kaki lenguh sangat. Esok kena start counting baby's movements, starting from 9 am to 9 pm. Nak kerja pun macam tak larat dah hari ni. Tadi check up, berat dah naik 3.7 kg in a month. Huhuhuhu~ 36 weeks kena refer dengan specialist. Nak scan balik, to check if the baby is too big. Nurse ada cakap kemungkinan induced-birth. Dari pagi tunggu pukul 11 lebih baru settle. Tak larat nak tunggu dah.

Maybe esok ada semangat sikit. Tengah fikir alangkah bestnya kalau dapat rendam kaki dalam air suam. Balik karang nak rendam kaki lah. Sambil mintak husband picitkan heheheheheheh~ Mungkin juga akan pulang awal sekiranya kesihatan tidak mengizinkan.

Friday, December 9, 2011

Tok

Nama penuh Tok atau ibu kepada Ayah ialah Aminah binti Awang Mohd. Lahir di Singapura. Dalam IC dinyatakan Che Aminah binti Awang Mohd dan tahun kelahiran ialah 1920. Hakikatnya mengikut bapa saudara yang merupakan anak sulung, Tok lahir lagi awal dari tahun tu. Maklumlah, lahir di Singapura. Dulu-dulu pakai surat beranak kertas yang besar, sampai kena lipat-lipat. Mana ada laminating machine, apatah lagi MyKid. Suat beranak tu pula ditulis oleh pendaftar kelahiran ialaitu anggota polis. Sah-sahla dalam tulisan jawi. Lagi haru time tu pakcik polis selalu salah eja bila tulis nama. Heheheh~

Tok ada 10 orang anak hasil perkahwinan dengan Tok Ki saya, Wan Ismail bin Wan Embong, seorang askar Melayu. Ayah cerita, ibu kepada Wan Ismail ni namanya Wan Mandak. Dulu duduk dalam kepungan istana. Wan Embong Keluar dari istana dan menikah dengan orang kebanyakan. Itu kita cerita lain hari :)

Saya masih teringat lagi, Ayah suka rakam suara kami adik beradik (masa tu baru ada seorang adik - Wan Taqiyyuddin Ahmad, saya berusia lebih kurang 3 tahun lebih) untuk dikirimkan ke kampung. Sampai sekarang Mak Ani (kakak Ayah) masih simpan kaset tersebut. Antara petikan ayat saya ialah "Nihayah nak sukakan hati dia (Tok) dengan dia (the cassette - yeah, BM memang hancus haha). Nihayah suka mengkaler-kalerkan kerrrtas!". We laughed out loud every time we heard that :P. Tu tak masuk lagi perasan bagus, siap nyanyi lagu nasyid kanak-kanak, siap marahkan adik sebab overshadow kakak dia yang gila glemer haha.

Sebab saya ada dua orang Tok, maka panggilan ibu kepada Ayah ini ialah Tok Minah. Ada yang panggil Tok Hiliran (sebab rumah kat Hiliran), ada yang panggil Tok Yang (sebab pelat Hiliran jadi yang hehe), ada yang panggil Tok Su. Tok ada beberapa orang adik beradik yang saya lupa jumlahnya. Yang saya kenal pun, Arwah Tok Chik, adik perempuan tiri beliau yang meninggal hampir 10 tahun yang lalu. 

Dulu masa saya sekolah menengah, saya tinggal di rumah Tok sehinggalah Ayah mendaftarkan saya untuk masuk ke asrama. Masa tu saya form 3. Alkisahnya Tok ni kalau simpan barang memang tak jumpa. Lagi-lagi kunci. Kak Ti (sepupu) pernah cerita "Sape jupe kuci, Tok upoh 10 riya" (Siapa terjumpa kunci, Tok upah 10 ringgit). Barang-barang saya banyak kali hilang. Lepas tu mesti terjumpa Tok simpan dalam almari. Owh, sebab nama tok Aminah Awang Mohd, jadi initialnya ialah AAM. Tok suka jahitkan initial pada barang-barangnya seperti kain batik, seluar dalam, baju kurung, pendek kata benda-benda berasaskan kain/fabrik, mesti ada jahitan initial glemer tu. Paling haru dia pernah jahit AAM tu pada towel saya. Katanya towel tu dia punya. 

Kebiasaan Tok ialah bangun pagi solat sunat around 4.30 in the morning. Paling annoying ialah jam loceng dia berbunyi "KRRRRIIIIIIIINNNNNGGGGGGGG~!!!" nonstop for almost 15 minutes sebab Tok tak berapa dengar. Jadi kita yang terdengar ni kalau rajin, pergi kejutkan Tok atau kalau malas sangat, tunggu jelah Tok bangun hehe. Biasanya lepas Tok padamkan bunyi loceng tu, dia akan switch on her handy radio. Nak dengar dah masuk subuh ke belum. Siaran yang mana tak ingat, tapi biasanya ada lagu dari Orkestra Suraya dari Indonesia tu. Yela, yang nyanyi lagu Selimut Putih tu la. Banyak lagi lagu yang saya tahu tapi tak tahu tajuklah pulak. Rumah Tok dekat dengan masjid dan surau. Jadi pagi-pagi akan kedengaran 3-4 azan serentak. Tok memang tak puas hati kalau kami bagitau dia dah masuk Subuh (sebab dia kurang pendengaran), mesti nak jugak on radio dia. Kadang-kadang dia duk sibuk pusing-pusing tombol radio tu sampai saluran Tamil pun akan termasuk jugak. Hehheheh~

Tok sangat rajin baca Al-Quran dan kebanyakan ayatnya dia dah boleh hafal. Sebenarnya Tok buta sebelah. Dia pernah kena angin ahmar, jadi based on ingatan dia akan baca jugak Al-Quran. Kadang-kadang Mak Ani akan tegur kalau bacaannya salah (Mak Ani memang pandai mengaji). Suka juga dengar Tok baca terjemahan dalam tulisan jawi. Tafsir Al-Quran Tok tebal, dah kuning-kuning kertasnya sebab terlalu lama. So, jangan tegur orang tua kalau bacaan 'wahyu' jadi 'wahi' sebab ejaan dalam jawi 'wau.ha.ya'.  Tu maknanya dia baca kitab lama. Jawi moden ni macam-macam penambahan ada. Sampai kadang-kadang saya tak reti baca :P

Dulu bilik Tok kat rumah atas. Bilik hujung. Katil classic kerangka kayu ada headboard. Gerobok Tok pun kayu. Alah, yang ada cermin kat depan tu. Mana nak dapat dah gerobok kayu macam tu. Kadang-kadang Tok akan panggil kami cucu-cucu ni dan tunjuk barang-barang dalam gerobok kayu dia tu. Bawah katil ada beg besar! Dalam tu ada surat-surat lama, buku-buku latihan, dan nota-nota lama. Tok belajar menulis sendiri dari abangnya. Dia boleh membaca jawi dan rumi. Walaupun Tok menulis rumi tak berapa lancar, dia suka hantar surat kepada anak-anaknya yang tinggal jauh. Owhhhhh... Tok ada mesin jahit yang pusing pakai tangan macam mesin perah tebu tu. Saya pernah guna masa Form 2 sebab cikgu ERT suruh jahit baju kurung Kedah. 8 kali tetas-jahit sebab kat bahagian ketiak tu tak sama. Asyik senget je, dan jahitan tak bertemu. Last-last give up, mintak tolong Teh jahitkan :P.

Tok dah start nampak benda bukan-bukan rasanya dah lama. Nampak budak-budak main api dalam rumah time Maghrib la, pastu dia marah-marah cakap "Kenapa anak Suraya (sepupu saya) main api dalam rumah ni? Jahat betul!". Kitorang pun tak boleh nak verify benda tu makhluk halus ataupun bayangan di mata dia je, tapi memang seram okeh. One more thing, Tok ni macam ada psychic power. Dia pernah cakap yang ada orang nak jumpa adik saya (Ana) kat tingkap. Dia marah-marah sebab katanya adik saya degil bercakap dengan orang lelaki kat tingkap. Rupa-rupanya tak lama lepas tu, betul ada kawan adik saya hantar barang kat tingkap. Wah. Coincidence sungguh!

Kesihatan Tok sangat teruk semenjak 5 tahun kebelakangan ini. Anak-anak semua dah tak kenal. Dulu yang tinggal di rumah Tok ada 3 orang, termasuk makcik (kakak-kakak Ayah) dua orang; Teh dan Mak Ani. Sebelum Teh meninggal, Teh lah yang menguruskan makan-pakai Tok. Tok akan kenal 3 orang je masa tu; Teh, Mak Ani dan Pa (abang sulung Ayah). Teh meninggal pasa 1 Mei 2008, masa tu saya DPA. Yang sebaknya, masa Teh mula-mula meninggal dulu, Tok selalu panggil nama "Tikahhh...Tikah... Mak nak air..." (Atikah ialah nama panggil kepada Teh, nama sebenar Teh ialah Wan Fatimah - Teh tu sebab dia putih la). Lepas beberapa bulan, Mak Ani yang jaga makan-pakai Tok, jadi Tok terbiasa panggil "Ani....Ani..." (Nama penuh Mak Ani ialah Wan Rohani). Sampailah Tok tak ingat apa-apa. Antara cerita paling kelakar, Tok cakap "Nama, Aminah binti Awang Mohd, Sallallahu 'Alaihi Wasallam". Dia tak ingat dah dia tengah cerita pasal diri sendiri, bila last ayat ialah Muhammad, jadi ada tambahan SAW tu. Kitorang bantai gelak tak hengat punya bila dengar cerita tu. Sama lah cerita masa Kak Ti potong kuku Tok "Sape ni? Makcik tak kenal sape yang potong kuku (nada marah)." Selang beberapa minit kemudian "Baiknya doktor tolong potong kuku makcik..." Padahal tengah cakap dengan orang yang sama, dari tadi duk potong kuku dia :)

Tok dah lama jadi pelupa. Dia duk bercerita zaman dia muda-muda dulu kat Singapura. Dia tak bercakap dalam loghat Terengganu dah. Dah pandai cakap luar hehehehe... Pernah sekali dia cerita kat seseorang (tak ingat siapa) yang dia tengah tunggu pengantin lelaki datang ambik dia di rumah. Adik-beradik Ayah bersetuju untuk hire maid jaga Tok. Sebab Mak Ani dan Pa dah tak larat nak angkat Tok. Yelah, masing-masing dah tua. Nak mandikan tu boleh je, bab nak angkat tu yang payah sikit. Dah beberapa kali Tok keluar masuk hospital, sampai katil Tok pun beli yang macam kat hospital tu. Senang nak gantung drip. Sebab badan Tok dah tak dapat menyerap zat, badan Tok makin mengecil. Kurus sangat sampai tinggal tulang. Makanan Tok awal-awal beliau bed-ridden ialah nasik dan nestum. Tapi lama-lama dia dah tak boleh nak kunyah jadi bagi nestum + susu + gula sikit (Tok demand tak nak minum kalau tak manis). 2-3 bulan ni Tok dah tak boleh minum ikut mulut. Masa balik Eidul Adha, Tok makan melalui tiub. Tok gembira kalau ada orang datang borak-borak. Dia akan cerita macam-macam, dari zaman mudanya. Kadang-kadang cerita tu rekaan. Dia setia di katilnya. Sayu juga tengok keadaan dia begitu. Lagi sedih bila lepas mandi, dia menangis sebab sakit bila dipakaikan lampin. Disebabkan bed-ridden, some parts of her body got blisters. Berair. Jadi rasanya part tu yang pedih. Nak tak nak, kena mandikan jugak sebab nanti naik melarat tempat blisters tu kalau tak letak ubat.

Keramaian di rumah Tok mesti meriah. Sebab adik beradik ayah, sepupu-sepupu saya semua akan berkumpul. Riuh habis macam dah lama tak jumpa. Padahal masing-masing duk area KL je. Eidul Adha haritu sempat singgah rumah Tok kejap je sebab beraya kat rumah mertua. Tahun ni paling banyak balik Terengganu. Budak-budak kecil suka berlari kat rumah atas. Lepastu selalu kena marah sebab lantai papan, sebab bising :P. Alaaa...kitorang kecik-kecik dulu pun suka jugak berlari kat atas tu. nanti Tok naik bising-bising baru kitorang berhenti berlari-lari :)

Kelmarin saya pulang bersama suami, Ayah, dan dua adik perempuan (Ana dan Kinah). Mak tak dapat balik sebab kursus cikgu cikgi 3 minggu. Mak asyik tanya je dah bertolak ke belum. Bimbang kot sebab sekarang kan musim hujan area Pantai Timur. Saya pulang ke kampung dengan berbaju t-shirt dan berkain batik. Tak pernah dibuat orang. Semua sepupu-sepupu pun balik kampung. Semua berkumpul di rumah Tok pagi tu. Dalam ramai-ramai tu, saya sorang je yang berkain batik. Terus masuk dapur tolong-tolong mana yang patut. Tak larat sangat, saya duduk kejap.

Pulang ke kampung kali ni solat jemaah. Rasanya jemaah paling ramai tahun ni. Saya pun join sekali. Tak muat pun takpe, rapat-rapat kasi muat. Ayah jadi imam. Hairan jugak sebab tak hujan langsung haritu. Kalau ikut laporan kaji cuaca, patutnya kawasan Pantai Timur hujan sampai malam semalam. Alhamdulillah... Kalau hujan mesti ramai yang sampai lambat. Ramai yang datang, bawak makanan. Saya tak lapar. Dahaga je.

Semalam sebelum pulang, seperti biasa saya menoleh ke katil Tok. Katil Tok kosong. Masih ada cadar biru. Tapi pastinya cadar tu takkan berganti. Dan katil itu kosong buat selama-lamanya.

Monday, December 5, 2011

Sakit Perut

Dah seminggu asyik melepek. Weekend memang takde aktiviti berfaedah langsung sampai husband tegur "Sayang ni weekend tergolek je. Bangun la jom pegi jalan-jalan". The prob is, how was I supposed to get up and walk around when the body refuses to do so? I've been having this stomachache the whole week. Asal makan je, sakit perut, kembung and sebu perut (which ends at the toilet). Sakit perut Allah je tahu. Tergolek-golek tahan sakit. Memang angin baekkkk punya sampai meremang bulu roma tahan sakit.

Cerita kelakar semalam.
Tengah hari my husband cooked for lunch Ayam Masak Kicap and Sup Sayur. Pergh. Dah pandai sekrang dia ni. Refer online recipes. Yela, usually on weekends I'll be the chef but as per lately sakit perut dah seminggu, terbaring jela tunggu orang siap masak :D. Saya makan sikit je sebab sakit perut. Tu pun kena paksa dengan husband suruh makan nasik banyak sikit. Sumbat saje. Dalam otak dah set, lepas ni mesti sakit perut balik. Tunggu punya tunggu kedatangan sakit perut tu, eh tak sakit perut la pulak. Around 4pm, badan rasa tak larat. Lethargic macam kurang gula. Terus mintak nasik lagi. Kali ni makan bertambah okehhhh... Lepak-lepak tengok TV tunggu Asar. Husband suruh siap-siap sebab lepas tu nak ajak pergi jalan-jalan. Boring dah duduk rumah 2 hari tak keluar.

Kami pun menuju ke destinasi yang belum ditentukan lagi. Dalam kereta, tiba-tiba saya sakit perut balik. Baru 100 meter keluar dari rumah. 

"Abang, nak kentut..." tak sempat habis cakap dah terkentut. Kentut baekkkk punya. Selang 2 saat...
"Erk...busuknyaaaa!!! Cepat bukak tingkap!!!" Satu kereta bau kentut busuk. Bukak aircond to the max and bukak tingkap luas-luas. Sambil gelak-gelak my husband said

"Abang tak pernah bau lagi kentut teruk macam ni. Try update kat facebook nak? 'Tadi kentut dalam kereta sampai kena bukak tingkap sebab busuk sangat'. Hahahhahaha..." Keji okeh my husband. Dia yang beria sangat ajak kita keluar. Elehhhhh... dia pun kentut busuk jugak. Takde kentut bau wangi okeh. But seriously, seingat saya, tak pernah lagi kentut busuk macam tu. Bau macam telur busuk. Sah-sah gas sulphur menguasai perut. Eheh. Sihat sekejap perut. Terus ajak husband pergi makan ABC kat Presint Diplomatik :P (plus makan chapatti tak sedap huhu). Ok, perangai memang tak senonoh semenjak mengandung ni: 
  1. Duduk/baring je (read : MALAS). 
  2. Suka bukak kipas laju-laju. Panas katanya. Sampai husband selsema. Hehe. Awal-awal pregnant toksah cakapla, mengamuk aje time panas. Sampai husband kena bawak jalan-jalan naik kereta sebab kereta ada aircond haha.
  3. Selamba kentut tak kira masa. (Ok, ni kat rumah je. Kat luar carik port dulu. Kang pengsan pulak orang lain).

Since keadaan hampir cirit-birit ni dah berlarutan selama seminggu, saya membuat bacaan. Banyak perkara yang boleh menyebabkan diarrhea. Owh, masuk bulan ke tujuh ni, selalu rasa tak selesa. Salah position tidur pun boleh rasa macam tak bernafas. Semalam tidur dalam posisi menyandar. Tak boleh nak baring mengiring sebab sakit pinggang. Funny thing is, sometimes obviously perut senget sebab baby gerak and dia suka terperuk kat satu corner. Bayangkan perut senget sebelah? Movements baby jugak menyebabkan bowel movement yang kerap or what we call changes in bowel movement. That's from what I read. But then, we never know until we ask the O&G.

Husband duk haruk-haruk nak makan Souffle. Ni gara-gara tengok Masterchef banyak sangat la ni. And he's addicted to Gordon Ramsay. He even searched on Youtube on how-to's. You know, how to dice onions, julienne things etc2. Dengan bersungguhnya dia cakap "I'm thinking of changing my career. Abang nak masuk Masterchef la next year". Perghhhh besarnya cita-cita. Takpelah. yang penting, dia asah skill memasak. He's good at keeping the house clean too. Saya takat do the dishes once in a while boleh la. Lama-lama tak larat nak berdiri. Sakit pinggang and sakit tumit. Kalau daun penuh sangat depan rumah, bolehla sapu sikit-sikit.

Saya tengah mempertimbangkan sama ada nak berpantang kat Putrajaya or rumah MIL. Bukan apa, my MIL is being concern sebab takde orang nak jaga saya, yela my mom is still working. Tengok keadaan dulu lah. Segan jugak duduk rumah MIL. Saya ni kan jenis mengada-ngada. Malam-malam nak orang picitkan kaki. Sakit perut nak pergi toilet selalu suruh husband teman (takut terjatuh konon). Hm. Ada lagi sebulan nak fikir ni. :D

Ok, sekian repekan kali ini.