09 November 2014

untuk aku,
zaman marahkan tuhan,
merajuk, bila tidak diberi yang mahunya aku
sudah lama berakhir.
bukan lagi waktu untuk meratib hiba cinta berbalas benci.
bukan lagi harus sembunyi wajah, palingkan bahu bila hati pecah seribu.

cerita.
di hadapan tuhan.
dan tuhan tidaklah tuli.
maka dialah yang paling tahu bisik hati kita.

dengar.
dan dalam diam malam
dia berbicara
lewat surat mukzijat.
maka dialah yang paling memegang jiwa kita.

tidak ada surutnya ombak pasang dalam hidup ini.
mungkin bezanya pada letak pasrah.
tawakkal.
redha.
menerima.
- melepaskan.

biarkan aku rebahan di pangkuan tuhan
kerana jauhnya hati sudah berlabuh pulang.

dan tuhan itu tidaklah tuli.