aku terjaga agak awal hari ini.maksud aku,lebih awal,berbanding hari biasa-biasa.tapi seperti ada seketul batu berat di atas dada,aku malas nak bangun.aku bungkuskan diri dalam gebar,dan timbunkan badan aku dengan bantal dan patung beruang berbulu,sampai aku rasa sesak nak bernafas.
aku tak mahu bangkit.
aku tak mahu nyalakan lampu dalam bilik ini.
aku tak nak ada cahaya matahari masuk ikut beranda.
aku tak nak ada angin dari luar menerobos masuk.
aku tak nak dengar suara teman-teman serumah panggil nama aku,tanya nak makan ke tak.
dan ya..memang aku tak lapar.aku tak perlu makan,tak perlu mandi,aku bosan online,aku tak berminat nak menonton movie dan siri-siri drama..aku malas nak baca buku-buku yang dulunya aku sangat mahu baca...aku tak mahu melakukan apa-apa aktiviti pun sekarang.
kalau boleh aku tak nak bernafas sekalipun.
tolong lah,seseorang atau sesuatu..tolong lah faham aku penat hipokrit.hell yes,sekarang memang aku kena jadi badut yang terpaksa pakai baju berwarna warni,hidung bulat merah,make up putih-putih,dan gincu merah melebar...ya.gincu merah melebar,tanda aku gembira.gembira my ass.untuk apa gembira pun aku tak pasti.aku tak reti hidup gembira,ok.so jangan paksa,jangan pujuk,jangan tenangkan aku.biar aku bleed sampai aku reput,sebab jadi hipokrit tu lagi celaka.
see,sekarang aku rasa sangat mahu marah dan maki hamun semua orang.ya tuhan.tapi aku rasa aku lebih benci diri aku sendiri.it's like...ada sesuatu dalam diri aku,yang perlu aku bunuh.aku dah tak mahu dia wujud dalam diri aku,dalam pemikiran aku.dalam emosi aku..dia dah tak sepatutnya duduk kat situ.dia patut bebaskan roh aku.dia patut lepaskan semua hal.atau dia patut pergi mati saja.boleh tak...boleh tak pergi mati ?
haih.
aku sebetulnya mahu bergulung-gulung lagi dalam gebar.sumpah,aku tak rasa langsung aku perlu hidup untuk hari ini.aku dah tak peduli pasal exam jumaat nanti..atau assignment yang perlu hantar selasa depan.yang aku tahu,aku sakit.my head,my hands,my back,my heart..semua macam minta cerai dengan nyawa.setan.
ini adalah satu ruang yang paling gelap,dan sejuk pernah kurung dan siksa aku.
i need something.or someone.
maybe drug,or my bestfriend.
atau maybe tuhan.
i dont know.
aku cuma tahu,aku sakit.
dan aku fikir,menulis dapat bebaskan aku,atau jadi pain killer sementara.yang akan hanyutkan aku dalam dunia yang aku sendiri reka.but heck.akhirnya aku stuck dengan entry sesampah ini.
i'm sorry.
i'm sorry.
aku just tak tahan.
aku tak boleh menangis.
aku tak boleh merungut depan siapa-siapa.
aku tak boleh mengeluh.
aku tak boleh marah.
aku tak boleh maki.
aku hanya perlu senyum.kononnya.
ceh.
persetankan aku.
just now,kawan aku mesej,'send me your report before 7 pm'
heck.
aku tengok jam,dah 3 petang rupanya.aku bazirkan separuh hari di atas katil semata.feels like,aku sedang menuju kehancuran yang amat.
and that's why aku menulis semua ini.dengan harapan,dapat mematikan emosi aku,lalu aku dapat siapkan kerja kerja tergendala dan kembali menjadi robot yang bernama manusia.