Showing posts with label wiki. Show all posts
Showing posts with label wiki. Show all posts

Wednesday, June 1, 2011

Rumah Amal Ummul Qura (RAUQ)


Rumah Amal Ummul Qura (RAUQ) adalah Rumah Kebajikan & Pendidikan Untuk Anak-anak Yatim, terletak di lokasi No.1 Jalan Anggerik 2E/2, Prima Beruntung 48300 Bukit Beruntung, Selangor (lihat peta di atas @ klik WIKI). RAUQ mula beroperasi Januari 2010, menjaga 60 anak-anak yatim, fakir miskin, anak-anak yang parents berpisah.
.
Perbelanjaan bulanan RAUQ ialah sekitar RM30,000 merangkumi makan/minum, transport, sewa asrama, utiliti, medical, pendidikan & saguhati untuk petugas. . RAUQ juga menjalankan aktiviti bagi menampung belanja bulanannya seperti membeli sambil menderma dan juga bernasyid di tempat awam.
.
Sumbangan wangringgit/barang2 sangat dialau-alukan kepada RAUQ. Boleh hubungi Azhir Ismail (013-2059528) atau Hajjah Hasnita (013-6362308). Sumbangan ke Maybank atas nama Pusat Jagaan Ummul Qura (a/c. no: 562012005195)

---
Perbelanjaan bulanan terperinci:
a. Makan RM7 x 30 hari x 60 orang = RM12,600

b. Utiliti (purata) = RM1,000
c. Transport (petrol/tol/servis etc) RM50 x 30 hari = RM6,850

d. Sewa Asrama (1 & 2) = RM1,200

e. Bil. telefon/hp/fax = RM1,500
f. Elaun petugas & saguhati sukarelawan (Guru tuisyen/fardhu ain = 8 orang x RM400, Staff 2 orang x RM900, Pengurus Asrama = RM1,200, saguhati sukarelawan = RM450.)
TOTAL = RM29,200.

.
Keperluan/Barangan lain
:

a. Barang Mentah - beras, minyak, tepung, gula, rempah, bawang2, buahan, sayuran, sos, kicap etc (untuk 60 orang @ RM10,000/bulan).

b. Peralatan Dapur (yang masih tidak cukup) - periuk letrik besar 20kg, periuk besar, belanga besar, talam, pinggan/mangkuk.
c. Keperluan Ibadat - sejadah, karpet, kipas angin, rak kitab, aircond set, Al-Quran.
d. Keperluan Asrama - tikar getah, tilam, bantal, cadar, ampai, almari individu.

e. Kemudahan pembelajaran - komputer asas, whiteboard, LCD projector, buku & alatulis, buku2 yang baik untuk Library.
f. Kain/baju/pakaian untuk anak-anak RAUQ berumur 13 tahun ke atas, lelaki & perempuan.
===


Wednesday, July 8, 2009

mari belajar berbaik sangka...

Isu rumah bekas MB Selangor SINI

Pic from The Star

Tuesday July 7, 2009

Khir Toyo in bungalow row (By WANI MUTHIAH)

SHAH ALAM: Former Mentri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo is again embroiled in controversy, this time over his sprawling bungalow in Section 7 near here.

The still empty bungalow which was estimated to cost RM24mil, was said to have been built on two bungalow lots.

It was claimed that Dr Mohd Khir had bought the lots for RM2.9mil and RM900,000 respectively before building his bungalow.

He was also alleged to have spent about RM20mil on fixtures as well as furniture imported from Bali.


===
Tak tau kat mana rumah ni? Dah ada orang lain yang tolong blok/tunjukkan tempat di WIKI.

Bila baca hal ini kita kena belajar berbaik sangka, jangan sibuk tanya camana dapat duit, berapa lama jadi MB dan sebagainya, can MB afford this? --- untuk cuba berbaik sangka, sila lawat blog ini >>>
SINI.
===

Soalan:: Cuba teka, rumah banglo bawah ni pun seorang MB punya juga,siapakah MB itu???

Monday, June 15, 2009

...Menziarahi Janda Yang Baik...

Cuti sekolah.
Ada yang baik hati ajak/pelawa bercuti di Bukit Tinggi/Janda Baik (Wiki). Thanks Amy/Azie. Cuti yang ditaja heh heh...Janda Baik ialah satu kawasan orang kaya melabur beli tanah... lepas tu bikin rumah/wakaf, tanam pokok dusun. lepas tu upah orang kampung Janda Baik tolong jagakan/tengok-tengok...baik sungguh ek?

Pokok Burma Crippers - betul ke?
One of the many streams in Janda Baik

Ala best nyer kalau ada satu kat rumah macam ni...jeles la..
500 kaki ke bawah tu ada jeram...private punya...


Hanis dengan gaya posing remaja sekarang...
Satu-satunya penjual cendol di Janda Baik. Saya pulak jenis tak boleh tengok cendol...mesti kayuh dua tiga mangkuk punya...cendol buat sendiri, guna daun pandan sendiri, kelapa petik belakang rumah, semua sendiri...
Brader jual cendol ni pun broker tanah ni...tapi jangan tanya harga...saper nak boleh bagi tau, no HP dia pun ada ni...
Saiful Bahri Bin Mohd Arop-gedung beli belah terbesar di Janda Baik (depan warong cendol)
Zoom to view kedai kawan-kawan Hanis SHAZ Corner (atas) & Kedai Jahit NURIN (bawah)

The only masjid @ Janda Baik, Masjid Sultan Abu Bakar, terletak di Kampung Janda Baik - kena gerak 15km untuk solat Jumaat
Cantik????

Berendam memang sedap ni...


Rafting cara Janda Baik...he he he
Ladang Agro Ventures Farm Sdn Bhd

Nasib baik coach tu tak panggil kawan untuk raft dengan dia...




Ingat Kak, Jangan Pandang Belakang Congkak...

Thank you la ye, next time boleh pi lagi...

Thursday, May 7, 2009

Negara Yang Tiada 3G - (gebu, gempal & gemuk)

---(nota: saya minta maaf banyak-banyak kerana membawa post ini terutama kepada mereka yang "sensitif" (kata Rahim Maarof) @ kalau dalam bahasa Indon - saya kena sebut "Ya-Ampun" info 3G ini dari email seorang rakan, kita ambil yang baik, orait...)

---
PUTRAJAYA: Lebih sejuta wanita berusia antara 25 hingga 64 tahun (18.8 peratus) di negara ini dikategorikan sebagai gemuk, sekali gus terdedah kepada risiko mengalami pelbagai penyakit kronik, termasuk serangan jantung, kencing manis dan strok.

Kajian Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan tahun lalu mendapati 20 peratus penduduk dewasa dan 21 peratus kanak-kanak di negara ini mengalami masalah 3G, iaitu gebu, gempal dan gemuk dengan wanita mencatatkan peratusan lebih tinggi berbanding lelaki.

--- >>>(moga Hanif tidak termasuk dalam 21% itu...)
---

Wanita mudah simpan lemak

Fisiologi tubuh wanita mudah menyimpan lemak berbanding tubuh lelaki menyebabkan mereka lebih mudah gemuk berbanding lelaki.

Pakar Bedah Am Hospital ColombiaAsia, Seremban, Dr. Abd. Hamid Mat Sain berkata, tubuh wanita secara semula jadi mempunyai lebih banyak lemak berbanding lelaki yang memiliki lebih banyak otot.

Selain itu, katanya, hormon estrogen dan progesteron wanita turut menyebabkan tubuh mereka ‘menyimpan air,’ sekali gus menambahkan lagi berat badan mereka.

‘‘Walaupun wanita lebih mudah gemuk, faktor utama kegemukan tetap berpunca daripada pengambilan makanan dengan lemak atau kalori tinggi.

“Tidak kira jika dimakan sedikit atau banyak, jumlah kalori makanan perlu bersesuaian dengan keperluan tenaga badan.

“Seseorang itu tetap gemuk walaupun makan sedikit tetapi langsung tidak bersenam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Abd. Hamid, penduduk bandar yang bekerja di pejabat tidak sepatutnya mengamalkan cara pemakanan masyarakat luar bandar yang tinggi karbohidrat terutama nasi.

Jelasnya, masyarakat luar bandar memerlukan makanan tinggi karbohidrat kerana mereka menggunakan tenaga yang banyak untuk bekerja di ladang dan sawah.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan satu juta wanita berusia antara 25 dan 64 tahun di negara ini gemuk berbanding 850,000 orang lelaki gemuk dalam lingkungan usia yang sama.
.
Ia merupakan hasil kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas 12,000 murid sekolah di Semenanjung Malaysia baru-baru ini.


---
Nak tau negara mana yang ramai orang gemuk, the fattest dan juga yang takde orang gemuk?
Contoh, Negara Nauru (kat mana Nauru ni...? wiki HERE) dari 100 orang rakyatnya, 94 orang adalah obese.
Lanjut, klik SINI , SINI , SINI dan SINI

Sunday, April 12, 2009

...Kepala Tersangkut Di Lumut, Perak

Ni gambo lama. Siang tadi tercerita pasal Lumut, Perak maka teringat peristiwa sedih lagi ngeri, maka teringat gambo lama atas ni di Jeti Lumut (Lumut Jetty - Ferry Terminal) -- nak ke Pangkor wiki HERE, (lihat tengah-tengah adalah Jeti Lumut, di sebelah kanan boleh tengok Kuarters Kastam - dulu kami kerap ke sana tengok tempat lama, wife pernah duduk lama di sana, pak mertua dulu pegawai kastam di Lumut, la ni kuarters/pejabat kastam habis dah jadi hotel.....sebahagian dari Lumut Waterfronts..hu hu hu)
.
OK citer ngeri tu gini, Hanif nak tengok laut (ikan di bawah jeti) so dia bongkok masukkan kepala dia kan celah besi penghadang (celah besi di belakang Hanif --- gambo atas tu..)
Masuk boleh, nak keluar tak boleh! Tersangkut!
Semua orang kat jeti cuba tolong, tapi kepala Hanif tetap tak lepas. Orang ramai siap bagi mineral water kat Hanif dan cakap jangan panik! Orang Melayu, India & Cina yang nak ke Pangkor semua stop kejap. Simpati dan terkejut. Yang kita dah pikir nak panggil BOMBA je kasi potong besi tu...
.
Akhirnya, Hanif diselamatkan oleh mak sedaranya sendiri (adik saya), urut kepala tu perlahan-lahat dan tarik kepala/leher dia...Alhamdulillah...yang kelakar tu semua orang kat jeti tepuk tangan atas kejayaan Hanif keluarkan kepala dia dari celah besi tu...

Monday, April 6, 2009

Palestin Di Restoran Jejantas & BOIKOT

Pagi tadi memandu kereta dari Subang Jaya ke arah Utara guna NKVE, singgah sat di Restoran Jejantas PLUS Sungai Buloh, wiki HERE - nak top-up Touch N Go. Saya jalan kaki melintas jejantas yang di kiri kanan ada ruang-ruang KFC, Al-Ihsan Sports, Burger King, Kopitiam. Di sepanjang tiang-tiang lorong jejantas itu ada pameran kesengsaraan rakyat Palestin (gambar ketika di serang Israel baru-baru ini). Oleh kerana ianya pameran percuma, maka eloklah pembaca blog ini bawa keluarga anak bini pergi saksikan sendiri kesengsaraan Palestin & kekejaman Israel dari gambar-gambar yang dipamerkan.
Nak pi Palestin tak mampu/tak de upaya...

(yang lawak tu, saya bawa kamera, tapi oleh kerana terlalu asyik menelaah semua gambar-gambar, lupa langsung nak snap photo...)

MARI KITA TERUSKAN USAHA KITA UNTUK BOIKOT SEBARANG PRODUK DARI ISRAEL (kod produk bermula 729 - made in Israel) DAN JUGA PRODUK YANG BERKAITAN DENGAN ISRAEL/YAHUDI/ZIONIS

kalau tak boleh 100%, dapat 70% pun jadilah, tunjukkan komitmen/usaha kita membantu membasmi kekejaman Israel.

Sunday, March 15, 2009

Rafting lagi... @ Sungai Slim

Sekali lagi citer bab rafting. Just came back from Ulu Slim, Pos Bersih (Penempatan Orang Asli) --- wiki HERE (atas tengah). Pos Bersih terletak 45 minit ++ naik kereta dari Proton City, Tanjung Malim & Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN). Kali ini bersama dengan a group of SIRIM management and staffs.
.
Kali ini bawak budak-budak & famili (bior depa berkubang cuti sekolah ni...). Share sebahagian gambo...

Hanif & cousins tengah test walkie-talkie, makan di Kedai Mamak sebelah Kedai Yik Mun, Tanjung Malim.
Bro. cousins yang turut serta together with family.
Transfer from base camp ke kampung Orang Asli. Kereta & bas sehingga setakat ini sahaja, lepas tu kena naik lori cum bas ni @ 4-wheel drive (4WD) yang disediakan. Best naik ni, macam naik kuda...dalam 15 minit - 30 minit, kita akan tiba Pos Bersih atau tempat bermula rafting point.
Di base camp ada kolam air panas (104 degree celsius). Hottest in ASIA dan ke-3 panas di dunia. Setakat kolam air panas di Pedas @ Sg. Klah Hot Spring @ Hulu Langat - jauh sangat bezanya...
Keliling view/pemandangan/panorama, peh cantik...
Pak Rak yang sudi saya ambil gambo nya, yang lain-lain, malu-malu alah...hisap rokok jenama ASTRO (tak pernah dengo pun brand tu...). Bila saya tanya kat rumah ada ASTRO tak? Dia tak paham, baru saya ingat rumah dioarang mana ada elektrik...
.
Apa punya soalan la...

Iguana. Haiwan yang banyak di sekitar tempat khemah. Kalau nak, boleh kita borong dari Orang ASli tu, jual kat Kuala Lumpur kah kah kah...

Ini bukan pokok lada hitam/buah kopi... macam je...
Pokok pisang hutan pun banyak dan cantik-cantik
OK. Ini kolam renang Orang Asli dari KL/Subang Jaya (he he he). Ini sungai cabang. Sungai utama yang diguna untuk rafting ialah di sebelah atas. Ulu Slim tidak banyak batu besar tidak seperti di Kuala Kubu Baru, tetapi airnya deras. Kalau salah raft boleh terbalik/tenggelam.

Hanif (t-shirt putih and cousins)
Rating equipment helmet - sapa kepala keras macam batu sekalipun kena pakai jugak bila raft...kalau tak, tak dapek den nak nolong...

Life jackets
Pemerhati (observer) -- cuma tengok je...tak mengacau


Oars - pendayung. Sorang pilih satu, ikut warna yang anda suka...
Crew. Saya ada habaq dulu, Kebanyakan depa adalah Orang Asli Tempatan. Di Ulu Slim, crew terdiri dari Kaum Semai. Depa memang kuat, kuat betul...memang betul-betul kuat... Bos SIRIM yang pi pun kata macam tu... saya setuju... Satu lagi, diaorang ni humble, pemalu dan mendengar cakap. Bahasa orang Asli berbeza antara Semai, Senoi, Jakun, Sakai, Temiar bahkan depa pun tak paham antara satu sama lain, nak tau lanjut --- rajin-rajin dengar Radio Asyik. Posting lain nanti, kalau ada masa saya cerita pasal Orang Asli ni lebih lanjut...
Lia & Miza, join sekali mengikuti praktikal dari Kolej Komuniti Banting. So, kira lulus la...
Geng SIRIM yang terlibat dalam rafting, tengah pulun. Lapaq wooo lepas 3 jam dalam sungai...gambar ini di Khemah Makan Pos Bersih. Lauk pulak sedap, stail kampung habis...Team SIRIM ini juga menyampaikan sumbangan barang/mainan kepada Orang Asli & anak-anak mereka.
Anak-anak Orang Asli tunjuk skil terjun somersault. Yang baju putih kanan tu anak saya...


Birthday celebration @ the jungle... kira OK la tu...
Gambar di base camp, nampak deratan kereta yang kena tinggal kat situ.
Boleh masak telur. Bahkan air tu boleh buat teh tarik...Memang panas...Tapi heran, pasal ada spesis ikan haruan & ikan keli boleh hidup dalam tasik air panas tu...
.
OK la ye, harap Officer-in-charge Tarmizi dan semua pengurusan/kakitangan SIRIM (Shah Alam/Kulim) gembira/enjoy dengan sesi rafting ini. Jangan serik!!! Ada masa boleh pi Grik/Temenggor pulak...
.
(Harap maklum, gambar depa rafting - SIRIM Team-in-action - tidak ditunjuk di blog ini, kerana eksklusif untuk team itu)
.
Those interested to participate/join this outdoor activity ie rafting, please email us @ read HERE.