Kasih Sayang Allah pada hamba-hambaNya amatlah luas
Pejam celik pejam celik, sudah 3 bulan blog ini
tidak dapat di’update’.
Bukan tidak ada
yang ingin dikongsikan di sini, tetapi selalunya hajat untuk berkongsi terpaksa
dipendamkan dan dipadamkan sahaja, demi mengelakkan hati kecewa.
Sungguh dunia kerjaya sebagai seorang ibu dan
surirumah sepenuh masa yang kini saya berkecimpung di dalamnya amat menuntut ‘mujahadah’
yang tinggi setiap masa dan ketika. Celik mata fikir nak masakkan apa untuk
zauji habeebi, nak kemas rumah, nak uruskan hal baju-bajuan, dan yang paling
penting nak melayan, menyusu dan mendidik si kecil ‘Aliyah Mukhlisah kami. Terkadang
jasad berasa amat letih, tetapi hati berbahagia saat melihat kekasih-kekasih di
sisi, zauji dan ‘ameerati tersenyum ceria bahagia. Alhamdulillah.
Semua itu membuatkan diri semakin menyelami
hikmah sabda baginda terkait amal-amal afdhal seorang wanita, seperti sabda yang
mafhumnya;
‘Sebaik-baik tempat solat untuk seorang wanita
ialah di rumahnya.’
Dahulu, semasa saya seorang ‘bujang senang’,
tanpa suami dan tanpa anak saya amat gemar ke masjid atau surau untuk solat di
sana atau mengikut program2 islami. Kemudian, setelah berkahwin dan belum
dikurniakan anak, saya masih tetap suka mengikuti suami ke masjid atau ke mana
sahaja program islami yang dia hadiri. Semua itu membuat saya berasa semakin
dekat dengan Rabb saya. Suasana rumah ALLAH yang menenangkan sering menjadi
motivasi untuk saya luangkan masa untuk ke sana.
Namun, kini kehidupan saya telah berubah.
Semenjak hadirnya ‘Aliyah Mukhlisah dalam hidup saya, pergerakan saya menjadi semakin
terbatas. Saya tidak dapat lagi keluar ke mana-mana semudah dahulu. Perlu saya
fikirkan banyak hal terutama sama ada tempat tersebut sesuai menerima kehadiran
‘Aliyah Mukhlisah atau tidak. Saat itu, barulah saya teringat-ingat hadith baginda di
atas. Rupa-rupanya hadith itu tanda betapa Allah dan Rasul mengasihi dan
mengasihani seorang wanita.
Pada saya, seolah-olah, melalui sabda Rasul, Allah Yang Maha Baik seperti
berkata begini kepada kaum wanita, terutama ibu seperti saya, ‘usah gusar
hai ibu, tempat yang paling baik untuk kamu ialah di rumah. Walaupun kamu tidak
mampu keluar untuk menyertai mereka di masjid sana, kamu tetap beroleh pahala yang
besar walaupun kamu hanya tinggal di rumah ini.’
Mengalir air mata saya saat teringatkan hadith
tersebut. Maha Suci Allah yang Maha Baik kepada setiap hamba-hamba-Nya. Betapa
sebenarnya Allah memberi ruang pada seorang wanita yang kebanyakannya memikul ‘tugas’
yang berat di rumah masing-masing untuk terus membuat sesuatu yang ‘AFDHAL’ di
sisi Allah, walaupun mereka tidak mampu untuk keluar dari rumah mereka.
Demikianlah sedikit perkongsian saya saat ini.
Semoga saya dan kamu beroleh manfaat daripadanya. Mohon doakan saya agar terus
menjadi hamba Allah yang Ikhlas, sabar dan syukur dalam melalui fasa hidup
sebagai seorang isteri dan ibu. Benarlah kata orang, semakin kita melangkah
jauh dalam hidup ini, semakin kita terasa diri ini kerdil. Maha Suci Allah yang
Maha Hebat. Pengetahuan Allah, Kasih Sayang Allah dan Rahmah Allah sungguh
melampaui pengetahuan, kasih sayang dah rahmah sesiapapun di dunia fana ini.
“Oh, orang Syria pun suka lesung pipit ke?” getus hati saya.
**********
“Ya banaat, ya banaat!” panggil seorang pakcik.
“Ya, kenapa?” tanya kami kepadanya.
“Mari ambil barang dalam kedai pakcik. Ambillah banyak mana yang kamu
perlu. Hari ini hari saya bersedekah.” Kata-katanya yang mengejutkan saya.
************
Masih terbayang-bayang kenangan berkelana selama 1 bulan di bumi D-masq,
Syam penuh barakah itu. Lorong-lorongnya yang agak sempit, rumah-rumahnya yang
bertingkat-tingkat dan agak berserakan, masjid-masjidnya yang sangat
berdekatan, orang-orangnya yang pemurah dan peramah serta suasana ilmunya yang
indah.
Subhanallah. Kenangan itu kini menjadi sangat mahal.
Kerana selepas ini, mereka yang ke
bumi itu mungkin tidak lagi bertemu mereka yang saya temui. Lantaran tidak
pasti, bagaimana keadaan mereka saat ini? Apakah mereka yang menyantuni saya
dahulu masih hidup, atau telah syahid dibunuh oleh Rejim Assad yang kejam. Sungguh,
mengenangkan itu hati menjadi haru-biru. Semoga Allah melindungi mereka
daripada kekejaman Toghut di bumi itu.
Bumi itu kembali berdarah
Sebelum saya pergi ke bumi Syam, saya mencari sedikit sebanyak maklumat
tentang bumi itu. Ketika itu, baru saya tahu, tanah itu sering disirami darah
umat Islam. Bermula daripada zaman bani Umaiyah dan Abasiyah, sehinggalah zaman
penjajahan Perancis. Dan, hari ini, bumi anbiya’ itu kembali berdarah lagi.
Kali ini bukan kerana kuasa luar, tetapi dek kerana kekejaman mereka pihak
pemerintah dan tentera Syria sendiri. Mereka yang berwajah manusia arab suria,
tetapi berhati lebih zalim daripada binatang. Mereka yang mengaku ‘Muslim’
tetapi lebih kejam daripada orang-orang yang mengisytihar diri Kaafir.
ZALIM tak kira kepada yang tua, yang muda, wanita, kanak-kanak
- semua dibunuh degan KEJAM
Anak berusia 6 bulan ini dipenggal kepalanya oleh tentera rejim Assad.
"AKU ADALAH ANAK YATIM..HAFEZ (AL-ASAD) TELAH BUNUH DATUK AKU,BASYAR TELAH BUNUH AYAH AKU"
Sungguh ZALIM.
KeZALIMan mereka sungguh-sungguh Luar Biasa.
Seperti lebih ZALIM daripada kisah-kisah derita palestina yang saya dengar
dan ikuti.
‘Pak Long’ mereka
“Maryam tengok tempat tu.” Kata kak Ida sambil menunjukkan pada beberapa
tentera yang sedang berkawal.
“Kenapa kak?”
“Bawah mereka tu, ada penjara bawah tanah bertingkat-tingkat. Tempat
mereka siksa orang-orang yang menentang Pak Long.”
“Pak Long?”
“Oh, sini panggil pak long kepada pemimpin tertinggi mereka…”
“Kenapa?”
“Sebab mereka ni macam disuruh mempertuhankan pemimpin mereka. Tak boleh
kritik lansung. Apa sahaja yang Pak Long mereka buat, semua mesti kata BAIK dan
BETUL. Kalau kritik, terus masuk penjara. Kalau dah masuk penjara tu.. jangan
harap la nak boleh keluar dah.. bertahun-tahun dok merengkok bawah tanah tu.
Kalau tak pun, innalillahi wa inna ilaihi raaajiuuun.”
“Masya-allah. Zalimnya. Kalah kezaliman di Negara barat.”
“Akak berani kata, sebab akak pernah teman seorang akhowat Malaysia pergi
ambil suaminya yang disumbat dalam penjara bawah tanah tadi tu tanpa diusul
periksa.”
“Ha? Orang Malaysia? Apa kesalahannya?”
“Ntah… ada salah faham tentang jual beli apa tah.. tapi, tak de
perbicaraan apa, terus polis tangkap masuk dalam penjara tu. Alhamdulillah la
orang tu warganegara Malaysia, mereka tak berani nak buat apa sangat. Itu pun,
setelah 3 bulan baru boleh lepas.”
“Kesian tau suami akhowat tu. Jadi kurus kering sangat… badanpun bongkok
sikit.. and dia tak boleh tengok cahaya... sebabnya terlalu lama duduk dalam
penjara bawah tanah… Hish.. bayangkan orang yang bertahun-tahun duduk dalam tu.
Ngeri.”
“Subhanallah…. Kesiannya….”
“Kalau nak diceritakan..banyak lagi kezaliman Pak Long mereka dan
kuncu-kuncunya… balik nanti, maryam cuba cari tentang tragedi berdarah di Hama.
Sebak sangat kalau tahu…”
Itulah antara dialog saya dengan kakanda yang banyak membantu saya
sepanjang saya merantau di bumi Damsyik itu. Sungguh, hari ini, terbukti secara nyata akan kezaliman pemerintah Syria itu, Bashar Assad, mewaris kezaliman ayahnya Hafez Assad.
Kezaliman mereka
Tak terungkap saya akan apa yang sedang berlaku di bumi Syam kini. Lantas, saya sertakan video 14 minit ini untuk menjadi 'Summary' kepada situasi berdarah itu.
Selain itu, saya sertakan Khutbah Jumaat oleh Sheikh Muhammad Al-Arifi, seorang professor di King Saud University setelah beliau pulang daripada melawat kem pelarian rakyat Syria di sempadan.
Tak mampu untuk menulis dengan lebih detail, saya petik juga sedikit maklumat
tentang situasi di bumi Syam yang diringkaskan di blog http://qaniahmawaddah.blogspot.com
Apa yang perlu kita tahu berkenaan isu
yang berlaku di Syria, antaranya ialah :
1) Siapakah Bashar Asad yang sebenarnya?
Basyar Assad merupakan anak kepada Hafez Assad yang sangat dikenali dengan
kejam sejak rejim ini memerintah Syria. Sejak kecil Basyar Assad diajar oleh
ayahnya membunuh bayi. Pada tahun 1982, peristiwa yang berlaku di HAMA hampir
40,000 rakyat Syria mati dibunuh oleh regim Assad. Selepas itu mereka
berterusan melakukan kekejaman terhadap rakyat Syria.
2) Apa hubungan Rejim Syria dengan Iran?
Rejim Syria dan Syiah Iran menjadi sekutu yang kuat sejak sekian lamanya. Hal
ini kerana bagi menjamin Syiah terus berkembang. Ia juga diketahui umum setelah
Khamainie Iran membuat kenyataan terbuka menyokong Assad. Beberapa insiden
ketika rakyat Syria melarikan diri ke Lubnan, Hizbullah menghalang dan menembak
mereka. Tentera Iran pula ditempatkan di bumbung-bumbung rumah sebagai penembak
tepat.
3) Apa hubungan Rusia dan China dengan Assad sehingga mereka menggunakanVETOmenghalang usul bagi memberi
tekanan kepada rejim?
Sebenarnya mereka merupakan sekutu lama yang saling memberi sokongan
terutamanya dalam kebijakan faham sosialis dan komunis mereka (tidak sama tapi
hampir serupa terutama dalam menzalimi rakyat). Di samping itu juga, Rusia
adalah pembekal senjata paling banyak ke Syria.
4. Apa pula hubunganRejim Syria dengan Israel?
Secara zahirnya kita akan melihat mereka bertindak sebagai anti israel, US,
Barat dan memberi ruang dan kesempatan kepada Hamas menentang Israel. Dakwaan
ini meleset ketika ditemukan fakta yang menyatakan bahawa Assad telah melakukan
kesepakatan sulit dengan Israel dalam isu yang berkaitan dengan Bukit Golan dan
lain-lain.
Assad mendapat imbalan yang besar dari pakatan sulit ini dan dibantu oleh US.
Apakah logik bagi sebuah kerajaan yang punya kekuatan tentera dan berada
bersempadanan dengan Israel termasuk Iran duduk diam terhadap kekejaman Israel
tehadap saudara mereka di Gaza. Manakala menyerahkan Bukit Golan kepada Israel
tanpa ada sebab yang munasabah.
(Nota : Maklumat ini diambil daripada penceritaan sendiri oleh rakyat Syria
yang diperolehi oleh seorang rakyat Malaysia yang ke Syria baru-baru ini)
Penutup
Sabda Rasulullah SAW mafhumnya bermaksud, "Barangsiapa yang berpagi tanpa mengambil tahu tentang umatku, dia bukan di kalanganku."
Sekian, semoga perkongsian sedikit ini membuka mata dan hati kita untuk terus mendoakan saudara-saudara Islam kita di bumi Syam sana.
Semoga Allah mengampuni kejahilan dan kelemahan kita.
Wallahua'lam. Wassalam wbt.
Sincere Servant
Kota Bharu, Kelantan
Sumber;
Facebook Rakyat Malaysia bersama Revolusi Syria Facebook Like for Syria Facebook Save Children of Syria Ikram.org.my
warna-warna cinta dan kasih sayang dalam rumah tangga kami.
“Sayang, sayang percaya tak sayang
dah jadi ibu sekarang?” tanya zauji mengusik.
Saya memandangnya sambil tersenyum.
Ya, memang sukar nak percaya.
Masih teringat-ingat keadaan diri
yang masuk ke bilik bersalin Hospital Kota Bharu tanpa sedikitpun ‘mindsetting’
untuk bersalin pada hari tersebut. Mana taknya, ketika itu saya belum berasa
sebarang sakit. Pagi itu, zauji diajak ke hospital kononnya hanya untuk
memastikan kandungan dalam keadaan baik setelah awal pagi tadi saya dapati diri
saya basah dengan cecair yang saya tak pernah lihat sebelum-sebelum ini.
Namun ketika dalam bilik bersalin,
tanpa diduga saya dapati kes saya kelihatan diberi perhatian sekali oleh
doktor-doktor di situ. Seorang demi seorang doktor, termasuk pakar datang
memeriksa keadaan saya. Hairan saya pada awalnya. Masih teringat diri bertanya
kepada salah seorang doktor;
“Maaf, doktor. Nak bertanya serius
ke keadaan saya ni? Kenapa ramai sangat doktor datang cek saya?”
Sambil tersenyum si doktor pun
menjawab,
“Erm.. nak kata serius tak la
sangat. Cuma sedikit pelik. Jarang jadi macam ni. Air ketuban memang dah habis,
tapi awak tak sakit dan ‘jalan’ memang tak buka.”
“Jadi?”
“Jadi saya perlu panggil
doktor-doktor lain termasuk pakar untuk buat keputusan.”
“Keputusannya apa ya doktor?”
“Biasanya macam ni, kita memang akan
segerakan pembedahan. Lagipun baby awak songsang dan ini kelahiran sulung awak.”
Saya mengangguk diam, tanda bersetuju.
Saya masih ingat, ntah kenapa,
tenang sekali perasaan saya ketika mendengar penerangan doktor itu.
Alhamdulillah. Segala puji bagi ALLAH. Nikmat sekali perasaan tenang itu. Bayangkan
kalau Allah tidak memberikan saya perasaan itu. Tentu saya jadi gemuruh dan
jadi tak menentu. Nau’zubillah.
Awalnya, saya dijadualkan akan masuk
ke bilik pembedahan pada pukul 3 petang. Namun, dengan izin ALLAH, kes
emergency datang tak berhenti-henti di bilik bedah, yang menyebabkan kes saya
dikebelakangkan sedikit. Subhanallah, ketika itu, sungguh hanya pada ALLAh saya
bergantung. Saya tidak risau akan diri saya, cuma saya kisahkan anak kami dalam
kandungan. Tetapi, apabila doktor itu berkata,
“Jantung baby awak masih kuat, maaf
sangat, kami terpaksa dahulukan mereka yang lebih kritikal.”
Alhamdulillah.. sekali lagi, ntah
kenapa, hati saya masih sangat tenang. Boleh aja hati ini ingin bergemuruh
ketika itu, tetapi.. Alhamdulillah.. Allah menyelamatkan saya. Hati terus
tenang. Saya banyakkan berzikir.
“Biarlah mereka dahulu ya baby.
Insya-allah, kalau kita utamakan orang lain yang lebih perlu, Allah akan
mudahkan urusan kita. Ummi tahu, anak ummi ni kuat, insya-allah.” Bisik saya
pada baby Mukhlisah (yang masih dalam kandungan).
Mukhlisah dalam dakapan Teita Pah pada hari kelima kelahirannya
Sampailah kesakitan itu mula datang
pada jam 8 malam, setelah zauj disuruh keluar daripada bilik wad.
“Subhanallah, patutlah orang kata
sakit nak bersalin ni.. sakit sungguh-sungguh sakit!” getus hati saya sambil
terus bermunajat dan berzikir pada-Nya.
Melihat keadaan saya, bergegas nurse
yang ada di situ memanggil doktor. Hal ini kerana kalau diikutkan, pembedahan
saya harus dilakukan sebelum saya berasa sakit – bimbang kelahiran songsang
yang akan membahayakan bayi. Namun, dengan izin Allah bilik pembedahan masih
belum kosong ketika itu.
Dalam kesakitan, saya terus menerus
bermunajat kepada-Nya agar dipermudahkan urusan. Hajat saya hanya satu, moga
bayi saya selamat dilahirkan walaubagaimanapun caranya.
Dengan izin ALLAh taala, tepat jam
10.15pm, saya dimaklumkan bahawa bilik OT (operation theater) telah kosong, dan
giliran saya untuk dibedah telah tiba. Alhamdulillah, Alhamdulillah,
Alhamdulillah. Segala puji bagi ALLAH yang memudahkan urusan.
Demikianlah. Detik-detik sebelum
saya bergelar ibu. Alhamdulillah, percaya atau tidak, semua itu sungguh pantas berlalu.
Tepat jam 11.13pm, sebulan yang lalu
(11 Januari 2012), lahirlah seorang bayi perempuan, ‘Aliyah Mukhlisah binti
‘Ali ‘Irfan yang telah merubah seluruh kehidupan saya dan zuaji. Kini, kami
bukan lagi berdua, tetapi bertiga. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Kehadirannya benar-benar menambahkan keindahan warna-warna cinta dan kasih
sayang dalam rumah tangga kami.
Mukhlisah manis bergaya dengan set serba pink daripada kholah Irmanya.
Terima kasih kholah!
Harapan saya, mudah-mudahan kami suami isteri dianugerahkan kemampuan untuk sabar dan bersungguh-sungguh dalam membesarkan dan mendidik puteri kami ini (dan anak2 seterusnya) seperti mana yang dikehendaki-Nya. Sungguh anak-anak itu adalah amanah daripada ALLAH buat kami. Mudah-mudahan dia akan membesar menjadi hamba ALLAH yang taat dan cintakan keimanan dan kebaikan. Paling penting, dia bakal menjadi saham yang menguntungkan akhirat kami suami isteri, ameen, insya-allah.
Akhir kalam, ingin saya ucapkan
terima kasih yang tak terhingga buat;
·Bonda tercinta – yang
dahulunya bersusah payah melahirkan, menyusukan, membesarkan saya empat beradik
dengan penuh kasih sayang; yang tak pernah henti-henti menghulurkan doa yang
tulus buat kami anak-anaknya; yang sabar menjaga saya ketika 20 hari pertama
berpantang.
·Zauji
– yang sentiasa menghulurkan cinta dan kasih sayang buat saya; yang menemani
saya setiap kali saya memerlukannya; yang sabar dalam menghadapi karenah saya
sepanjang mengandung, ketika saat melahirkan dan ketika berpantang.
·Mak, Abah dan adik-adik –
yang sentiasa memberi sokongan dan dokongan buat kami; yang sudi menghulurkan
bantuan saat kami memerlukan; yang tak jemu mendoakan kami sekeluarga
·Doktor-doktor dan nurse di HKB – yang sabar dan masih boleh
tersenyum memeriksa dan membantu saya dalam kepenatan mereka bekerja seharian
·Sahabat dan teman –
yang sudi mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga; yang hadir membantu
saat kami memerlukan.
Hanya Allah yang boleh membalas
segala kebaikan-kebaikan kalian kepada diri ini dan keluarga. Moga Allah
mengasihi dan mengasihani kalian lebih daripada kasih sayang dan kasihan kalian
kepada kami.
p/s: saya amat mengalu-alukan perkongsian tips keibubapaan (parenting) dan tarbiyatul awlad daripada sesiapa sahaja yang sudi berkongsi. Ucapan Terima kasih tak terhingga saya dahulukan di sini.