Tahun 2011 dah nak habis!
December 29, 2011 | nukilan EmirulEmimSiot pada 11:27 PM 2 comments
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Merdeka ke 54!

August 30, 2011 | nukilan EmirulEmimSiot pada 10:45 AM 0 comments
Kamus Bahasa dan Loghat Negeri Pahang Barat (Raub,Lipis,Batu Talam,Benta,Jerantut)
Assalamulaikum wbt...

Kebanyakan dari kita tak tahu bahasa negeri Pahang yang mana negeri ini sebenarnya mempunyai bahasa dan loghat yang tersendiri dimana ia berbeza mengikut daerah dan mukim. Bahasa Pahang telah dikenalpasti berkait dengan bahasa negeri lain seperti Kelantan, Terengganu, Perak dan beberapa negeri lain. Bahasa Pahang ini semakin pupus ditelan zaman dimana anak-anak muda semakin kurang bercakap menggunakan bahasa Pahang dan semakin lama bahasa ini semakin kurang diguna pakai. Disini adalah beberapa contoh bahasa dan loghat Pahang bahagian barat seperti di daerah Raub, Kuala Lipis, Benta, Batu Talam, Jerantut dan beberapa mukim kecil lain.
"The Lost Words of West Pahang Teritory"

aok : awak
kas : aku
komeh : saya/kami
hokmeh : korang
demeh : mereka
acer : cuba
pedo'oh : pedaah,bohong,kelentong
bobok : tipu,bohong
bela : repair/baiki
keropeh : mengeledah
hapok : busuk
melahaa : bau yg busuk
habat : pengotor
maru : buang tebiat,kpale btol "mat aok ni maru pe ke?"(ape kau ni buang tebiat ke?)
terjereluh : termasuk kdlm lubang
sokmo : selalu
meling-meling : pantang lepa
kerayan : Cuak,berdebar
terkerenyi : tersengeh
pereng : leper,pepeh
selut : lumpur
lecoh : kawasan tnah dipenuhi air mcm berlumpur,becak
lemping : lempang
Se'eh : Kenyang yg teramat sgt. "Se'ehnya perot kas ni rase"
jeling jerelok : jelingan yg tajam
cheduk : muke yg masam
mencilar : terang/menyala
kabo : beritahu
koyuh : selekeh/tidak kemas
seria : takut/naik bulu roma
merentoh : buat sepah/buat terabur barang2
semok : berterabur/bersepah
gelar : beritahu. "kas dh gelar aok xcye"
cemuih : bosan
terkereji : kurus sangat/kurus kering
tersempei : terselit. "mat keh aok dudok tersempei ctuh"
mengeretak : cntik/kemas
molek : elok
terjerekoh/tercokoh : dudok tercongok
menyelongkor : mengeledah
melepek : terlantar/tak larat
terjelepok : terjatuh
selabok : selonggok
melolong : menjerit
merentuh : memberontak/merajuk
tepek : tampal
selempik : setompok melekat."selempik taik kne ke kome" "selempik jatuh"
roncus : jolok
kone? : kemana?
panas melengit : panas sgt
berdelor : perlahan, cth aksi bwk knderaan plahan
chebek : aksi bawa bnda yg bergantung, cth: "ace cebek kek jabir teh" (cube "cebek" plastik tu)
berjengus : rambut yang agak panjang dan tak terurus
kanyo : malu,muka kantoi
meleweh : keadaan lemah longlai
merepar : melalui belukar,bjalan dlm belukar/hutan
ke boh : ke bawah
melayaa : merayau
kekot : berbaring badan mcm udang/bengkok
deras : cepat
mencilaa : mcm terang amat, cth : amboi,mencilaa lampu kete aok yeh
merelik : ala,mcm pompuan yg berhias,ade bnda yg bkilauan.
mboh : boleh
pepalih : melampau,beria benar
yas! : lah!
blewat : melampaui batas cth : "eyy,blewat ngat dah aok ni,mlm2 pon mandi sungei"
kekaa : mencakar
bergumpal : bergadoh dgn cara berpeluk antara satu sama lain
jas : ade 2 mksud :
1)basah benar(biase gune utk peluh)
2)rosak
remeh : leceh
terhiling-hiling : aksi tak tentu hala,macam tengah dengar lagu rock hehe
rebeh : senget,sesuatu yg jadi senget
hantu semerepang : ha ni hantu yg terkenal di kampung Budu hehe
mat : sangat,amat
ngat : sangat,amat
matnye? : kenapa?
gone gaye : macam mana
keknya : tetapi
pepoh : pukul dgn sesuatu
terkancus : terperanjat
handal : hebat
meleket : ketawa yg berdekah2
kerang : menangis yg amat sgt/ketawa smpai keluar air mata
sececeh : sikit
sambal hitam : sambal belimbing ikan bilis (mknan feveret ni hehe)
sedebab : jatuh sesuatu yg besar,sekali harung
buntat : nama panggilan org yg manja dlm keluarga
busuk lantong : busuk sgt
telek : intai
menjerebi : rambut yg kusut masai
menjalar : bergerak di atas jalan cth : "tgk kete BMW 2,kemain lg menjalar je atas jln"
tak lalu : tak selera
lepe : cuai
berambi : berhati2
tak daya : tak larat
mengotek : menjulur kaki dan goyang2kan/relax
daye : larat
teknok : taknak,tak mahu
toknye endok : dia tak hendak
merawei : tangan tak duduk diam,aksi tangan yg meraba2 sesuatu
bah : sepah
lewing : baling
selalu : terus,sekarang juga
halus : kecik
keding : kurus sgt
montuk : gemuk/montel
terbanus : org gemuk,atau aksi org yg badan besar sedang berbaring dngn santai
terkinja2 : perbuantan entah apa2 mcm melompat2
selak : jakun,excited
sajak : sesuai
lempap : letak secara suka hati dan malas
gitu gaye : begitu
punah : kerjakan/belasah
kekaa : gigit org
rodok : jolok
aok te : awak tu
kreba : kerbau
besika : basikal
birah : gatal
berecir : berterabur
hogek : tak stabil
tua hogeng : tua yang teramat sangat
Tawor Hebe : Tawar Sesangat (Air)
Tohor : cetek , cth ayat: "lor..mek nya tohor ngat air sungei nie"
Tertomos : jatuh tersembam, tersungkur
Senyour : kebas kaki
Rabet : koyak
Ralit : kusyuk
podok : sumbat
pentan : masa "bukanye pentan aok nk g mancing mala-mala neh" (bknnye mase kau nk g mancing mlm2 ni)
melukah : kain yang dipakai terbuka/terselak
berdaung : tinggi,besar
Mengkone : kemana-mana
Meraban : tak tentu hala
Lejut : basah teruk(lencun)
lantak aok : suka hati awak
lat : tenggang/jarak masa
Keri : ketawa teramat sangat,gelak guling-guling
Gonyoh : Sental kuat2
Getik : geli,meluat
Gamoknye : agaknya
dan : sempat
Cakner : ambil peduli, kisah
beralus : perangai yang sopan santun,berbudi bahasa
Berambi : berhati-hati, berwaspada
Buas : lasak
Berlengging : tak pakai baju, pakai suar jer
Berlemin : berminyak
Babir : degil
amende : apa benda
anggu : kesepian /sunyi
pana : perasaan kosong
homeh : banyak cakap
Garas : Perihal mencuci dengan menggunakan berus
mereloh : tido
linyar : permukaan yang licin
bemimbar : jalan bersama2
beremba-remba : berpusu2
entak : stabil,tak bergerak
dedor : suam
birah : gatal (perangai)
endi : mengada-ngada
*bahasa ini ada yang sama dan ada yang berbeza di daerah lain seperti di Temerloh, Kuantan dan Pekan. Banyak lagi sebenarnya,tapi ini sahaja yang dapat ingat setakat ini.
August 8, 2011 | nukilan EmirulEmimSiot pada 6:07 PM 9 comments
Tips Mengorat Terkini Untuk Jejaka
July 24, 2011 | nukilan EmirulEmimSiot pada 8:28 PM 3 comments
Nor Ayuni - Teratai Layu Di Tasik Berbulu
Assalamualaikum wbt...
Pagi ahad yang dingin, hujan di luar masih lebat ibarat kanak-kanak yang meraung ingin disusukan. Beberapa kali aku tersentak dengan dentuman guruh dan kilauan cahaya kilat sabung-menyabung, “lahaulawalaa….” Bisik ku.
Nun di pintu utama beberapa mat salleh sedang berlari anak dengan menggalas beg besar seperti mengejar sesuatu yang sangat penting bagi mereka. Disebelah depan Mac Donald ku lihat sebuah keluarga riang berpelukan dengan gembira,ada di antara mereka yang mengalirkan air mata. Pada mulanya aku berasa hairan dengan gelagat manusia disekeliling, tetapi setelah aku melurut janggut ku selama beberapa minit,baru aku sedar lantas berkata “laa..tak pelik la,kan aku kat airport sekarang”. Aku berasa malu dengan keadaan memori aku yang agak lembab dalam memproses data lalu aku mengeluarkan i-phone 4 yang masih berbau kedai dan ingin melihat waktu sekarang. Aplikasi jam digital itu menunjukkan waktu adalah jam 5:30a.m.
Kekasih Hati
Setelah lama aku berdiri, aku berasa lenguh lalu mencari-cari tempat duduk kosong tetapi gagal. Dengan tidak tahu malunya aku masuk kedalam Mac Donald dan duduk di meja kosong tanpa membuat sebarang pesanan makanan. Bukan aku tidak mahu memesan makanan,tetapi al maklum la mahasiswa seperti aku ni perlu berjimat hatta ingin makan chicken chop sebulan sekali pun belum tentu. Dalam suasana hening itu aku terkenang kisah indah lama yang memberi seribu erti kepada aku yang agak kurang kacak ini. Siti Nor Ayuni,ayu bukan nama itu? Itu lah nama kekasih hati ku yang ku kenal sejak darjah tiga di sekolah agama ABIM.
Dia dan Aku
Aku gelar dia Yuyun,nama yang comel sama seperti orangnya juga, lima kaki sepuluh inci dengan kulit putih gebu bak kapas yang mekar berputik di musim bunga. Yuyun juga ada memberi nama gelaran kepada aku, iaitu Mami. Bukan anak mami seperti filem arahan professor utara itu,tetapi ia adalah singkatan dari nama penuh ku, Luqman Hakimi. Rakan-rakan universiti ku memanggil aku dengan nama yang lebih stylo dan ganas iaitu Loco,atau di Facebook aku lebih dikenali sebagai Loque.
Hubungan aku dan Yuyun sangat rapat sejak kecil malah aku telah menyampaikan perasaan cintaku kepada Yuyun semasa di tingkatan 3,betul-betul sehari sebelum peperiksaan menengah rendah (PMR). Yuyun, pelajar cemerlang ketika itu menyambut cintaku dengan sepenuh hati walaupun aku tahu dia buat-buat gembira dalam keadaan stress menghadapai peperiksaan.
Sialan
PAAAANGGGGGG!!!!! Satu hentakan kuat menggegarku, terkejut lantas tersedar dari lamunan sebentar tadi. “Potong stim sungguh! Melaun mana yang membuat onar ni?!” aku bangun menghentak meja sambil membuat mimik muka Aaron Aziz dalam filem KL Gangster. Rupanya seorang kanak-kanak ribena telah tersadung kakinya di meja ku lalu menumpahkan air Coca-Cola dan terpecik ke baju ku. “Sialan punya bu….” Belum sempat aku menghabiskan kata-kata kesat, abangnya yang besaiz Bob Kuman datang menerkam dan memimpin kanak-kanak tersebut. Dengan muka gelabah aku berlakon dan berkata “eh adik tak apa-apa? Ada luka tak?”. Sungguh hipokrit diri ini hanya semata-mata ingin melepaskan leher ku dari dicekik oleh abang nya itu.
Lambungan Nafsu
Aku kembali duduk dan badan aku merasa sangat sejuk, sejuk sehingga mencucuk-cucuk ke tulang rusuk. Ah keadaan sejuk begini membuatkan aku gundah gulana, tidak tenteram dan teringatkan selimut dan kedaan bilik hostel ku yang suram. Di bilik,aku sering kali tinggal berseorangan kerana rakan sebilik ku sering keluar melepak bersama rakan-rakan clubbing nya. Dalam keadaan sunyi itu,aku berasa tidak keruan, jantung berdebar-debar seperti keretapi diatas landasan bergerak kencang. Dengan ketahanan jiwa yang lemah, aku tunduk dengan hawa nafsu untuk bermain..... burung!. Yaaa, aku bermain dengan asyiknya. Dengan melakukan aktiviti tersebut,aku leka, aku hanyut dalam dunia fantasi ku sendiri sehinggalah aku berasa benar-benar puas, penat dan tidak bermaya. Aku tidak tahu bagaimana aku boleh terjebak dengan anasir ini,tetapi sungguh aku kata kan aku telah ketagih! Semua ini bermula sejak setahun yang lalu,semenjak aku mengenal erti kedewasaan dengan gaya hidup moden KL. Pergaulan aku dengan rakan-rakan nakal membawa aku ke lembah durjana.
~~Goyang-goyang, goyang kepala goyang…~~
Oh iphone ku berdering dengan ringtone hangat dari kumpulan Tamil Boyz, dan di screen terpapar nama Yuyun. Aku dengan tersenyum lebar dangan girangnya menjawab panggilan itu.
Mami “Assalamualaikum,hello awak. Awak dekat mana?lama dah saya tunggu ni”
Yuyun “Wassalam awak, saya baru sampai ni. Alah jangan risau, flight saya sejam lagi, sempat jumpa”
Mami “Ye je la,awak tu semenjak blaja kat Jordan,bukan nak balik sini”
Yuyun “haha,baru tiga tahun saya tak balik, bukan seploh tahun”
Mama “ye la,ni pun awak balik je terus gi holiday dengan family,baru sekarang nak jumpa saya”
Yuyun “ waaaa pakcik ni dah start bebel,tolong!tolong! hahahaha..”
Mami “ciss,kenakan saya ye. Saya kat McD ni tau”
Yuyun “OK, jumpa awak kt sana,tunggu tau” CLICK!
Mendengar sahaja suara Yuyun hati aku berbegar,tidak keruan dan jantung berdegup pantas. Wajahnya yang seakan-akan heroin Nora Elina itu sering aku bayangkan ketika bersendirian di bilik,di kala sunyi. Perpisahan selama tiga tahun ini terasa sangat panjang seperti seribu tahun lamanya. Aku nekad, bahawa aku akan menjerat Yuyun untuk terjebak dengan aktiviti lagha ku ini. Aku berasa tidak selesa jika hanya aku seorang yang merasa nikmatnya,Yuyun harus mengikut ku juga!
Dia Datang
Dari pintu utama,ku lihat Yuyun dengan wajah yang berseri-seri sedang mengangkat beg yang besar seperti boleh memuatkan sepuluh ekor ayam betina didalamnya. Aku dengan pantas mendapatkan Yuyun dan membantu mengangkat begnya ke meja yang kosong dan bersih. Mata Yuyun bersinar-sinar,sesekali aku perasan Yuyun merenung tepat kearah mata aku. Ah apakah ini? Aku bermonolog dalaman tanda malu yang amat.
Yuyun ku lihat sungguh sopan dan senyumannya membuatkan aku geram. Aku melepaskan geram ku dengan mengengam tepi kerusi sekuat hati.
Yuyun “ Kenapa diam je ni? Nampak hantu ke?”
Mami “ eh tak lah,mana ada apa-apa,saya cuma….”
Yuyun “Kenapa ni Mami? Yuyun dressing tak elok ke? Jubah ni Yuyun baru beli tau”
Mami “ eh bukan macam tu,Yuyun cantik sangat,saya suka Yuyun pakai macam ni, Nampak ayu je”
Aku meneruskan perbualan dengan menanyakan kehidupan Yuyun belajar di perantauan. Semakin lama topik kami semakin hangat. Sehingga menyentuh isu rumah tangga.
Yuyun “Yuyun bukan apa, kalau boleh Yuyun nak sambung master terus, nak capai cita-cita dulu”
Mami “tak boleh ke Yuyun sambung master kat sini je? Kita kawin dulu,then awk sambung je la master awak”
Yuyun “hmmm…”
Aku melihat raut wajah Yuyun sedikit berubah menjadi muram dan berkerut,tetapi masih mengekalkan keayuan nya, cuma kali ini wajahnya iras-iras Lisa Surihani sedang berkerut. Aku harus menggembirakan Yuyun semula. Otak ku yang bersaiz 32 megabyte dengan kelajuan Intel Celeron ini aku perah sedaya upaya untuk memikirkan topik bagi menceriakan Yuyun. Lantas aku mendapat idea bernas! Aku teringat kembali niat asal aku untuk mempengaruhi Yuyun ke lembah durja.
Mami “ Yuyun,emmm….awak pernah….emm….”
Yuyun “Kenapa ni Mami? Pernah apa?”
Mami “Pernah main tak?”
Yuyun “Hah?? Main apa?”
Mami “Saya dah lama tak jumpa awak, dalam masa yang ada ni,saya nak ajak awak main. Please....”
Yuyun “awak…”
Yuyun tersentak,matanya terbuntang sehingga menampakkan kesemua mata hitamnya. Aku cuba menggunakan bahasa yang halus dan selembut mungkin. Tangan aku semakin menggeletar dan Yuyun mula mengenggam tangan comelnya.
Mami “Ya, selama ni saya hanya main sorang-sorang tapi kali ni saya nak awak main dengan saya, saya nak awak main burung saya!”
Aku tak tahu dari mana aku dapat kekuatan untuk melontarkan ayat itu tetapi ia telah pun aku katakana pada Yuyun. Wajah Yuyun bertukar merah, Yuyun tunduk diam seribu bahasa.
Dengan lembut aku bersuara, “awak jangan malu,saya dah biasa dengan benda ni. Kita kan dah besar, sampai bila kita nak berfikiran kolot, betul tak?” Yuyun kaku membisu,tidak bergerak walau seinci.
Dalam hati ku berkata “ Yessss!!” aku seperti telah berjaya menanam hasutan kedalam benak fikiran Yuyun. Jiwa ku melonjak-lonjak kegembiraan seperti pelari pecut yang baru sahaja memecahkan rekod dunia. Aku seperti sudah hilang pedoman sebagai insan yang suci.
Aku beranikan diri melabuhkan punggung disebelah Yuyun lalu membisikkan ketelinganya,
“Yuyun, dah lama saya tunggu saat ni, jom awak, mari main burung sa….”
PAAAAAAANNNGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!
Satu lempangan padu menerjah muka kacakku membuatkan aku terpelanting ke meja sebelah! Aku merasakan dunia ni berpusing dengan lajunya dan tiba-tiba ia ibarat terhenti. Darah merah pekat meleleh keluar dari hidung dan semua mata memandang tepat kearah aku.
”aduhh....OMG!!” kataku perlahan.
Yuyun dengan tangkas mencapai beg lalu bertempik “JANTAN SIALAN!!!!!”
Dalam samar-samar aku lihat susuk tubuh Yuyun berlari pantas menuju ke pintu pelepasan yang hanya sepuluh meter dari aku. Dalam sekelip mata, Yuyun hilang dari pandangan ke dalam lautan manusia itu.
Aku terdiam,terpinga dan terkedu.
Apakah neraka yang berlaku ini?
Sambil merangkak bangun aku teringatkan kata-kata aku kepada Yuyun sebentar tadi.
Dengan gelabah aku berteriak,
“A cilake!!!! Yuyun,saya bukan maksudkan main burung itu! Maksud saya main game Angry Birds!!!!!!”
“Yuyuuuuuuunnnnnnnnnn…………….”
Air mata mengalir deras, aku teresak-esak mengenangkan bertapa BANGANGnya aku kerana tidak menjelaskan dari awal kepada Yuyun bahawa aku nak ajak dia main game Angry Birds Rio iaitu versi baru yang aku sedang sangat ketagih bermain ketika ini.
Dengan tahap bebal dan bengap yang sebegini rupa,aku rasakan hubungan aku dengan Yuyun telah berakhir dan berlalu dengan sia-sia hanya kerana burung durjana,yaaa Angry Birds!
Semenjak itu,tiada khabar berita darinya lagi, malah dia telah remove aku dari friend list di Facebook. Kekacakkan aku seumpama Aaron Aziz musnah begitu sahaja dalam sekelip mata. Aku berasa sangat hina, lalu melepaskan kemarahan dengan menjahanamkan beruk-beruk durjana di dalam Angry Birds Rio tanpa belas kasihan.
hayati lah :
Kerana Pulut Santan Binasa,
Kerana Molot, Badan Binasa.
-TAMMAT-
*kisah ini tiada kena-mengena dengan yang hidup atau yang sudah ke alam barzakh. Segala penggunaan kata-kata nista dan kesat harap dimaafkan. Sekadar hiburan keluarga.
June 28, 2011 | nukilan EmirulEmimSiot pada 10:48 PM 5 comments
Caffeine Addict!


June 21, 2011 | nukilan EmirulEmimSiot pada 4:52 PM 2 comments
siotjekauni by Emirul Adzwan



the name is Emirul Adzwan bin Yahya. birth in 1988,22nd Dec. currently studying at UTM Skudai,JB. My passions are Psychology, science, philosophy, Islam, history, cultural, family, literature, arts(theater, drawing,singing,drumming,music,film). Purely from Pahang, Raub+Temerloh. Some call me Emirul, the band call me Emim, and those college friends call me Siot.. (bajet gile speaking omputih!)
About Me
- EmirulEmimSiot
- teruna,sepet,kurang tinggi,jerawat,manis senyuman,UTM Skudai







