Showing posts with label M22. Show all posts
Showing posts with label M22. Show all posts

Sunday, November 28, 2021

MENOKTAHKAN PERJALANAN.



 Menoktahkan sebuah perjalanan yang dipilih!💗

----------------------------------------------------------------
Harini, semua ‘dendam’ pada diri sendiri dah terlerai.
Setelah 5 tahun 4 bulan dan 9 Hari.
Semua dah dilepaskan dan aku pasti, aku akan rindu perjalanan ini!
Dibawah ini hanya cebisan kisah dari kisah-kisah yang panjang untuk diingati dan dikenang di status fb.
(tolong jangan baca!)


17 Feb 2015 (UPSI)
Dewan besar jadi saksi kaki melangkah untuk mendaftar untuk kembali ke pangkuan ‘ibu kandung suluh budiman’. Masa ni berharap untuk GOT (grade on time). Masa ni juga kurang lebih, sebulan sebelum aku menikah. Sepanjang sem satu, pergi kelas naik motor. Balik kelas kadang jam11.30 malam dari Proton City ke Ulu Bernam. Ni memang pengalaman yang paling tak akan dilupakan.
.
.
29 Julai 2015 (Pitas , Sabah)
Cuti semester. Aku ke Sabah, sempatlah jadi surirumah sepenuh masa sebulan. Tiba-tiba dapat result posting. Masa ni, hancur hati! Mohon untuk ke Sabah. Tapi Allah tetapkan, Pahang (paling tepat, daerah kelahiran suami) juga yang menjadi pilihan
terbaik
. Ya, penuh hikmah walaupun setelah itu pahit untuk ditelan!
.
.
September 2015 (Pahang)
Semester 2 bermula. Masa ni lesen kereta tak ada lagi, kereta pun tak tahu bawa. Sadisnya! Setiap hari Jumaat lepas balik sekolah, ayah dan ibu (in law) kena hantar aku naik bas. Paling lewat pun boleh ambil bas jam2 petang. Pahang – Pekeliling – Pudu Sentral – Tanjung malim – Kampus Baru. Sampai tanjung malim solat magrib dekat rumah zati (thanks wan nor! 😭) sekali pakej tumpang ke kampus baru. Kelas jam8 malam sampai 11.00 malam. Kadang lajak 11.30 malam. Huhuhuhu… Esok pagi kelas lagi sampai petang. Hahaha. Heaven betul!
.
.
Disember 2015 (Pahang)
Harini, aku ada final exam di UPSI. Suami dah bercuti sekolah hujung tahun. Pagi tu, sebelum ke UPSI aku terpaksa uruskan program LADAP sekolah. Masa ni kereta tak ada. Jam9 pagi lebih, aku bertolak ke UPSI naik motor dengan hujan lebat. Sedih betul. Tapi sampai dekat bentong, singgah rumah aki pinjam kereta aki. Sadis betul!
Sebenarnya bila ada suami, selalu je ulang alik tanjung malim naik motor. Motor SYM. Ringan dan terhuyung hayang dekat highway. Paling sadis minyak motor habis tengah highway! HAHAHA. Adeh. Tapi Alhamdulillah, miraclenya masa tu sebab Allah makbulkan doa aku. Hantarkan seorang perempuan untuk tolong kitaorang. Walaupun pada fikiran aku, mustahilnya ada seorang perempuan bawa motor tengah highway ni. Tapi tak mustahil pun pada Allah! Baiknya dia. Baiknya Allah sebab tolong kitaorang.
.
.
Hujung disember 2015 dan Awal 2016
Yeah! Aku dah ada lesen. Disebabkan terdesak aku jadi cepat belajar. Nak tak nak kena belajar and yeah cepat dapat lesen. Tak payah dah nak ulang alik naik bas. Dan aku memang berani je nak bawa kereta ke mana2. Ibarat baru dapat kaki untuk berjalan. Nak drive sorang pergi KLIA pun tak jadi masalah even kali pertama. Semua berpunca sebab ‘terdesak!’.
‘TERDESAK!’ memang banyak ubah kehidupan aku.
Big why yang berpunca dari desakan.
.
.
September 2016 (Semester 4)
Aku mula hilang arah dan fokus. Sebenarnya start dari semester 2 masa aku baru posting lagi aku dah hilang semua azam. Satu ayat keramat yang paling menusuk jiwa raga aku ‘awak kena ingat, awak sambung belajar tanpa kebenaran JPN!’. Kata-kata keramat yang menyakitkan. Walapun tak pernah sekali aku jadikan alasan 'belajar,' untuk elak buat kerja hakiki dan aku tetap utamakan kerja hakiki sebelum 'belajar'.
Aku lost! Lost sebab terlalu banyak benda yang nak dicapai dalam satu masa. Aku mati akal. Tapi setiap kali ke UPSI hujung minggu, aku dapat semangat baru dari ‘D’ classmate and ‘journey mate’: Dila. (Thanks D! nak nangis rasa.. sobs sobs s.. hang banyak tolong aku 😭).
Sem ni langsung aku tak buat apa. Yang aku fikir, aku nak berhenti!
Penghunjung semester, Dr. B tanya khabar.
Aku tiba2 macam sedar dari mimpi!
.
.
.
Februari 2017 (Semester 5)
Atas nasihat seorang lecture, aku ambil subjek Praktikum walaupun aku tak wajib ambil. Aku ambil juga sebab aku nak belajar buat sesi dengan baik. Aku kembali pada matlamat kenapa aku nak jadi Kaunselor. Dalam kelas ni, aku dapat semangat baru untuk teruskan apa yang aku dah mula. Terima kasih Dr. Nani!
.
.
September 2017 (Semester 6)
Aku batalkan hasrat untuk buat internship masa bulan September ni. Sebabnya aku kalut dengan kerja. Aku lost sekali lagi. Tapi Dr.B selalu tanya khabar dan minta aku untuk teruskan proposal. Bayangkan, semester 6 baru terkial-kial proposal nak oiiii!
.
.
.
Feb 2018 (Semester 7)
Aku internship. Sadisnya internship ni sebab rasa macam ‘anak tiri’ sebab aku belajar tanpa kebenaran kan. Huhuhu… Biarlah apa yang dilalui sepanjang internship ni jadi kenangan pahit untuk disimpan sendiri! Yang penting, I did it! Thanks k.fizah sebab jadi kaunselor pembimbing yang sangat baik hati!
.
.
.
19 September hingga penghujung Oktober 2018 (Semester 8)
Tarikh 19 September 2018 (Rabu), aku hadiri mesyuarat pembentangan proposal. Selepas 2 tahun lebih buat proposal. HAHAHA! Alhamdulillah proposal dah diterima selepas dibentang dan dibaiki. Makanya, aku perlu proceed untuk collect data sebelum sekolah bercuti hujung tahun.
Masa ni, ujian datang lagi. Minggu nak collect data, minggu tu juga aku kena masuk wad. Lost sekejap. Tak tahu mana nak fokus. Tesis ke diri sendiri. Allah uji kandungan luar rahim dan aku lost dia yang dinanti. Tapi Allah bantu juga dengan hadirnya kaunselor2
hebat
yang bantu aku collect data student (maaf tambahkan kerja kalian yang sememangnya dah banyak kerja! ) dan terima kasih juga buat suami sebab tolong jadi runner hantar semua soal selidik ke sekolah-sekolah terpilih. Terima kasih juga pada diri sebab kuat! 
.
.
04 November 2019
Hari yang dinanti, iaitu VIVA. hahahaha.. sebelum nak sampai ke hari VIVA ni, berulang kali jumpa Dr.B. Kalau boleh rasa nak jumpa sebulan atleast nak jumpa sekali atau dua kali. Sebab risau memikirkan viva. Dr. B memang banyak sangat bantu. Especially nak analisis data. Overall memang Dr.B banyak sangat bantu! Aku sangat beruntung sebab duduk bawah Dr.B.. Alhamdulillah berjaya VIVA dengan pembetulan 3 bulan dan hanya perlu semakan penyelia utama sahaja iaitu Dr.B.
.
.
.
10 Januari 2020
“Hello.. emy, eh.. awak kat mana tu?”
Aku yang masa tu baru nak ke kelas relief dengan bahagianya jawab.
“Saya kat sekolah lah Dr. Kenapa Dr?”
Soal aku tanpa rasa bersalah.
“Eh.. awak tahu tak awak kena datang UPSI harini?” Dr.B tanya.
Aku dah cuak. Kenapa pula aku kena datang UPSI.
“Pukul 10 ni ada meting semakan abstrak. Awak tak baca email ke?.”
Aku tengok jam. 9.30 PAGI!
“Serious ke Dr?! Saya tak baca. Macam mana ni?”
Soal aku. Cuak! Sambil fikir macam mana nak terbang pergi UPSI sekarang juga!
“Haa.. tak apalah.. saya masuk. Saya ganti awak.” Kata Dr.B
I was like.
Boleh ke?! dan aku tak tahu pula lepas hantar pembetulan VIVA ada pula meting pembentangan abstrak!
Jam11.30 pagi Dr.B call sekali lagi.
“Nasib awak tak datang. Kalau awak datang, memang masak lah awak. Dia tanya banyak benda tadi. Tapi saya yang jawab. Student lain pandang tak puas hati sebab lec yang tolong jawab. Untung lah awak.”
Aku tak tahu nak gelak ke… nak nangis ke…
.
.
27 Feb 2020
Aku dapat email, minta untuk baiki lagi abstrak. Kalau ikutkan kisah pembetulan tesis ni, selama berapa tahun ni… entah berapa puluh kali aku betulkan macam-macam. Dengan Dr.B sahaja dah berpuluh kali aku ulang alik baiki sebelum bentang proposal. Dah bentang proposal kena baiki lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Masuk VIVA baiki lagi dan lagi dan lagi. Dah hantar abstrak, ada lagi baiki dan baiki dan baiki. Arghhh… ini lah proses yang ibaratnya macam walau kau dah ubah banyak benda still tak perfect dan kau kena terima setiap teguran untuk menjadi sempurna!
.
.
26 Jun 2020
Akhirnya setelah langkah yang aku mulakan5 tahun 4 bulan dan 9 hari yang lalu aku temui noktah hari ini. Tesis telah dihantar dengan jayanya dan mendapat surat tamat pengajian adalah ‘dendam’ yang terindah pada diri sendiri..
Banyak sangat ‘duri’ dan parut luka dari awal perjalanan, sampai menunggu hari tesis siap dijilid. Entah berapa kali aku jahit satu per satu semangat yang koyak supaya perjalanan tetap diteruskan. Jilidnya tesis ni umpama jilidnya kisah 5 tahun 4 bulan dan 9 hari yang aku lalui.
kalau sahaja dahulu aku pilih untuk berhenti, hari ni mungkin takkan ada untuk aku.
Terima kasih wahai diri. Terima kasih juga untuk semua yang membantu.
Orang selalu tanya, ‘bila nak habis belajar?’ tapi jarang orang nak tahu betapa susahnya untuk menoktahkan setelah memilih untuk belajar.
Aku tahu aku akan rindu untuk belajar lagi.
Ini hanya sekadar cebisan kisah untuk aku ingati lagi dan lagi.
Sarjana tidak ada apa ertinya jika hanya sebuah perjalanan biasa menuntut ilmu, tapi sangat bererti bila terlalu banyak yang dikorbankan dan dilalui dan aku pasti, semua orang melalui pahitnya itu.
Bila kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan.”
_Imam Syafie
Ini hanya kisah biasa-biasa dari orang biasa.
Selepas tamat belajar di ‘Ibu Kandung Suluh Budiman’
adakah status ‘anak kandung suluh budiman’ akan bertukar menjadi ‘anak tiri?’😅
Jom cari kerja!
Jom lari pergi Queensland.
(dalam angan. Kah!)


.
.
.
01 November 2021
Pergi UPSI ambil jubah konvo! Alhamdulillah finally dapat juga sarung jubah walaupun dah lebih setahun sebab pandemik covid. Masa ambil ni, sedih tak tahu nak kata. Sebab sahabat yang sama2 memulakan langkah ni tak hadir sekali T.T nangis tiba2 lepas keluar dewan.

.
.
.
25 November 2021
Tarikh konvokesyen!
Terima kasih semua yang ada sepanjang perjalanan ni. Terima kasih mak dan en.heaven sebab temankan. Jumpa semula opie dan shirley! tqsm semua. Alhamdulillah terima kasih Allah :)



Catatan nur insan.
Teratak kasih A&E,
28/11/2021
with love :>
jom sambung kerja sekolah.


====================================================
~Sahabat takkan Pergi~
Sahabat, coba kita arungi
Lautan luas kita seb'rangi
Gunung yang tinggi 'kan kita daki
Tak merasa letih
Melangkah ku ke ujung samud'ra
Kar'na tanpa kamu, aku hampa
Sahabatku di setiap langkah
Kau selalu ada
Kamu begitu berarti
Dan istimewa di hati
Selamanya rasa ini
Sahabat takkan terganti
Dan ingatlah hari ini
Sampai kita tua nanti
Sahabat tidak pernah pergi
Selamanya di dalam hati
Kau sahabatku, takkan terganti
Sahabatku s'lalu di hati

_Betrand Peto  & Anneth_ 

Sunday, January 19, 2020

ZAMAN KERETA TERBANG!

Alhamdulillah...macam tak percaya sekarang i'm here at 2020😂
zaman kereta terbang... wow!
dulu cikgu suruh bayangkan apa akan jadi tahun 2020...
tapi tak nampak pun ada kereta terbang😆


okaylah.. sebenarnya dah lama tak update blog..
ingat haritu last sebelum tutup 2019 nak update tentang resepi scone..hahaha
tapi tak berjaya nak update... tiba2 macam2 hal nak kena settle, last2 blog berhabuk dan bersawang lagi...
adehhh...


Di penghujung 2019 yang lalu...
banyak projek yang terpaksa dilepaskan..
antaranya projek AKU DIA DAN SEKOLAH 3😭
*nangis kat bucu katil*
gara-gara kejar submit tesis untuk masuk meeting IPS dan senat sebelum boleh jilid...
jadinya untuk tahun 2020 ni, harapnya adalah projek lain untu aku...
atleast dapat terbit 1 buku setahun pun okay dah... ameen
*pray for me pleaseee*


erm..
2 inggu lepas pulak, patutnya pergi meeting abstrak kat upsi..
U know what..
Aku langsung tak baca email Cik. Sumathi tentang meeting abstrak tu...
padahal minggu sebelum2 tu aku memang setiap hari buka email..peliknya langsung tak perasaan ada email dari fakulti...
ya Allahhh... stress aku...
jam 10 pagi saat semangat nak masuk kelas relief,
tiba2 dr.b call..
aku punya tahap blurrrrr masa tu tak tahu nak kata macam mana...

Last2 Dr.B jadi wakil aku defense abtsrak aku...
boleh bayangkan tak lecture yang defense abstrak kajian student!🙇
Aku tak tahu pula mood B ni mula2 kena bentang proposal.... lepas tu  VIVA... lepas tu ada pula defense abstrak..
allahu rabbi... macam2 laa.. adehhh...
finally, ada sikit lagi pembetulan pemilihan perkataan... dan Dr. B dah tolong aku untuk betulkan dan aku akan ke UPSI sekali lagi.... I have to write this one... supaya mengenang jasa DR.B yang tak tahu macam mana aku nak balas.

Bak kata Dr.B... "awak tahu tak emy... student lain jeles taw tengok lecture yang bentang untuk student.." hahahahaha...adeehhhhh.... *facepalm*

Jadi sekarang ni aku masih ada benda belum setle untuk submit thesis master aku...
doakan la... sikit lagi.. tapi renyahhh!


erm..
0kay next...
tahun ni aku nak berehat sepuas2nya...
i wanna feel freeeeee.. 😂
en.heaven nak sambung belajar.. aku doakan dia berjaya lah sebab sekolah dia dah makin stress je aku rasa sebab tukar pengetua baru.. its okay baby.. u can face it...hahaha *gelak jahat!*

aku pula, aim tahun 2020 memandangkan ni masuk umur 30 tahun...
jadi aku kena lebih matang gittewww...

target untuk diri sendiri tahun ni:
1. nak baca 1 buku 1 bulan... can i?
2. nak terbitkan buku atleast 1 buku tahun ni...
3. nak exercise 20 minit setiap sesi. 1 minggu 3x... haa...menarik ni...😆


sebenarnya entry kali ni just nak main tulis2 apa yang aku rasa nak tulis..
rasa macam jari ni dah lama tak menaip dan otak dah lama tak berfikir untuk menulis...
adehhh...!

so untuk tahun ni...
moga semuanya indah dan bahagia selalu....
U are awesome just the way you are 💋
next entry maybe update resepi scone😂



with love,
_nurinsan
teratak kasih A&E
3.13pm (19.01.20)

Sunday, June 24, 2018

FINALLY!

presentation case study.. alhamdulillah antara yang terbaik dan mendapat pujian ^_^

Alhamdulillah.. aku dah submit pun semua laporan akhir internship on 08 June 2018 hari tu..haha...
yeah!

Tak sangka akhirnya aku berjaya juga harungi internship yang memeritkan tu..haha..
hanya studen kaunseling yang faham macam mana struggle nya bila sebut tentang internship..

Tapi apapun.. aku dah lepas azab tu...haha :p
Boleh tarik nafas lega..
yeah!
I did it...

Tak kisahlah..janji lulus...
sekarang mood nak baiki proposal sebelum bentang..
tapi esok dah start sekolah  T_T

Tak nak sekolah!


Teratak kasih A&E
24.06.18 @6.45pm

Sunday, May 20, 2018

S.T.U.C.K

Image result for stuck



S.t.u.c.k

I'm just stuck.
Dont know what to do.
^^''
Sepatutnya aku siapkan bahan untuk submit report internship this coming friday...
tapi aku stuck.. tak boleh buat T_T
aku tak tahu pasai apa????


lastly aku habaq mai kat husben.. ce abg ruqyah sayang..hahaha
oh my Allah!
@_@


maybe aku tak tahu nak mula dari mana..
aku tak tahu apa yang aku kena buat dulu..
sebab banyak kot T_Y

Haaaaa... tolong laaa... susahnya... nak lawan diri sendiri..
tak tahu pasai apa..
maybe sebab dah boring dan memang tak suka intern..
ditambah dengan persekitaran sekolah yang tak membantu..
tengok tu!
salahkan orang lain -_-


entahlah......



btw for the first time in 2018.
wallaaaaaaaaaaaaa...
sebelum ni taip.. delete.. draft..
huhu...


nurinsan
teratak kasih A&E
20.05.18 (08.15pm)


Tuesday, May 5, 2015

Sem 1 (part 3)

alfatihah...

'Kerana semua adalah pinjaman dan sifatnya sementara.......'

Hari ahad (19.04.15), aku menghubungi Prof. Malek. Sebenarnya aku selalu memanggil prof dengan panggilan Dr. sebab dari semester satu degree dulu panggil Dr. jadi macam dah terlazim.. Hari tu aku menghubungi Dr. untuk mengatur perjumpaan bagi mengambil kuiz yang aku belum jawab sebab masuk hospital demam panas seminggu lepas kahwin ^^''... Alhamdulillah Prof. setuju untuk jumpa hari isnin (20.04.15).

Hari isnin tu aku pun pergi ke bilik prof. Prof nampak macam penat.. tapi Prof masih lagi senyum.
"Ha.. Nazira, kuiz yang mana kamu belum jawab hari tu?." 
Sememangnya setiap kali kelas, setiap kali tu kami perlu jawab kuiz.. huhu... bestkan! :p

"Psikoanalisis prof." aku jawab.
"Kamu demam ya hari tu.. urm.. ha.. yang ni.. dah sedia ke nak jawab?."
"InsyaAllah" aku mengambil kertas soalan yang dihulurkan. Pergh!! harap dapat jawab.. huahuahua.. 
"15 minit je ya."
"Ok prof." Maka aku pun duduk depan Prof dan menjawab. 

Lepas 15 minit

"Ok... dah ke Nazira?."
"Urmmm.. dah..."
Prof mengambil kertas jawapan tersebut.
"Ni.. nak saya tanda sekarang ke nanti?."
"Urmmm..."
dalam hati aku dah berkira-kira... ni kalau prof. tanda sekarang, dan ada kesalahan.. Habisssss larr aku.. huhu... tapi.. mulut hati macam kata.... urmm..
"Boleh lar prof.. tanda sekarang."
Opssss... dah terkeluar jawapan boleh!.
And... finally aku dan Prof berbincang setiap soalan dan jawapan...

"Nazira... nazira... urm.. macam mana ni...."
ngeeeee... aku hanya senyum bila memang aku tahu aku salah dan careless.. masa prof tanda barulah aku teringat balik semua yang prof ajar... nampaknya aku kena rakam suara2 prof ni... hati aku berbisik... but, seronok juga dapat belajar face to face dengan prof... macam tuisyen personal gitu..hehe.. :p
"Terima kasih prof."
aku ucapkan lepas semua perbincangan tamat.

****************************************************

Pada hari Khamis (23.04.2015) aku  menghadiri kelas seperti hari Khamis sebelumnya. Kelas bermula jam 3.00 petang. Aku datang awal sekitar jam 2.15 petang selepas menunaikan solat Zuhur.


           Aku mengambil tempat seperti biasa. Baris hadapan dan hujung sebelah kiri. Beberapa minit kemudian, aku terfikirkan sesuatu. Setelah hampir 9 minggu berkuliah, setiap minggu Prof. akan mengangkat meja dan kerusi kosong di sebelah aku untuk diletakkan di hadapan bagi kegunaannya sebelum memulakan kuliah. Aku sebenarnya rasa bersalah setiap kali melihat keadaan tu sebab meja dan kerusi tersebut benar-benar berada di sebelah aku, tapi aku malu nak bantu Prof. angkat meja dan kerusi tu... yelah... sebab Prof lelaki even dia Prof.. dan entahlah.. segan yang entah apa2 ^^''... Maka aku hanya memandang Prof. mengangkat meja dan kerusi tersebut...


            Hari itu, aku tekad. Aku sendiri akan mengalihkan kerusi dan meja kosong tersebut dan meletakkannya seperti kebiasaan yang Prof. lakukan sebelum kelas bermula. Aku juga tanamkan azam untuk terus melakukannya hingga kuliah semester ini selesai.


            Jam 2.45 petang, Prof. melangkah masuk ke dewan kuliah. Awal 15 minit. Prof. terkejut dengan meja dan kerusi yang berada di depan. Namun bersungguh aku tidak mahu mengaku bahawa aku yang meletakkan kerusi dan meja tersebut.


            Selepas menamatkan kuliah, aku mengucapkan terima kasih dalam keadaan tergesa-gesa kerana ingin segera pulang. Kebiasaannya saya akan menunggu sehingga Prof. siap berkemas untuk keluar kelas. Tapi tidak hari itu. aku keluar sebelum Prof. keluar dari kelas.



***********************************************

Sabtu (25.04.2015) . Jam 9.00 malam... Malam ni ada annual grand meeting cocap. Lepas kami solat maghrib, agendanya adalah slot pengisian sebelum solat isya' dan meeting... Beberapa tajuk dibincangkan..hinggalah tajuk yang terakhir... ketika itu hadek2 ni ada minta aku kongsi pengalaman selepas sudah 'berbaitul muslim'.. entah kenapa, aku teringat pada Prof... aku pun kongsikan dengan mereka... prof selalu menceritakan kerisauannya tentang anaknya yang masih belum mahu berkahwin... kata prof..
"Kamu yang perempuan ni.... janganlah ada fikiran untuk tidak mahu berkahwin..." 
dan kelas hari khamis hari tu.. Prof ada mention nama aku even dah berulang kali bagitahu aku dan berkahwin ^^'''....


Jam 10.30 malam..ketika meeting sedang berlangsung... aku terbuka wassup...ada noti dari group kelas dr.bazlan... aku pun buka dan baca... berulang kali aku baca message dari dr.bazlan... aku masih belum mampu mencerna message tersebut dengan baik... Allahu rabbi...

"Prof. Malek baru saja meninggal dunia."
Aku diam... akhirnya beberapa minit kemudian aku tak dapat juga nak tahan air mata ni dari jatuh... Ya Allah....

Semuanya macam mimpi... macam terdengar2 je suara Prof panggil nama aku... dan hanya Prof je lecture yang panggil aku Nazira....


            Aku ingat lagi pesan Prof. ‘Andai kita mudahkan urusan orang lain, nanti urusan kita akan dipermudahkan’. Ya, urusan Prof. telah pun dimudahkan Allah. Prof. pergi dalam keadaan yang cukup mudah. Prof. telah pun memulakan kehidupan baru di sana, dan kita perlu memperbaharui hidup di sini

And pengajaran buat aku... jangan bertanggung buat baik... see alhamdulillah aku sempat angkat meja dan kerusi tu walaupun hanya untuk sekali... Moga tiada lagi penyesalan akibat bertangguh buat baik dan tiada lagi tangisan kerana tidak menghargai...

Semester satu master kali ni...buat aku teringat masa semester satu degree dulu.. ayah pergi saat aku mula rasa stabil di universiti... dan prof.. pergi bila aku mula rasa stabil dan seronok untuk ke kelas.. dan sememangnya hanya kelas prof yang dinanti setiap minggu... jam 3-6 petang... dan entry semester 1 semuanya cerita tentang kelas prof... teori kaunseling...

masa pengebumian prof... aku sempat hadir dari awal hingga siap kebumi... akhirnya  aku dapat juga berjumpa dengan isteri prof. walaupun aku tak pernah terfikir pertemuan aku dengan isteri prof adalah disaat prof dah tak ada... 

Dalam kelas.. prof selalu cerita tentang isterinya.. cerita tentang nak beli periuk baru..huhu T_T.. cerita tentang penyakit kanser isterinya... cerita tentang nak ke sabah bersama isterinya.. cerita tentang prof takut isterinya merajuk.. cerita tentang bertapa dia sayang isterinya...And... banyaknya cerita tentang isterinya hingga buat aku rasa teringin nak jumpa since degree dulu... malah masa degree dulu aku pernah rasa cemburu bila prof cerita tentang isteri dia.. rasa untungnya isteri prof sebab ada suami macam prof... tapi masa tu tak kahwin lagi...huhu.. sekrang ni untung juga ada suami macam encik heaven.. (alamak.. ada juga perkataan 'juga'..haha.. :p I mean it's. deeply serious)

Prof juga selalu pesan setiap kali kelas... "tak ada gunanya bergaduh suami isteri..tengok.. saya dengan isteri saya tak pernah bergaduh..."... ayat ni selalu prof cakap.. sampai aku dah hafal.. and setiap kali kelas prof rasa macam pergi dengar seminar suami isteri.. hehe.. banyak pesan dan nasihat sebagai seorang ayah terhadap anak2nya... how nice...

now on... 
*tarik nafas*
alfatihah buat prof...
dan alfatihah juga buat ayah...

Moga mereka tenang disana...
jalan ni...
masih panjang..



nur insan
taman ilmu
05mei2015 (12.50pm)


Wednesday, April 22, 2015

Sem 1 (Part 2)



Ada satu kisah yang dicerita oleh Prof. Malek dalam kelas teori minggu lepas.
Ceritanya mengenai seorang jutawan dengan seorang tukang gunting rambut bangsa India.
Jutawan tersebut merupakan kawan baik prof.
Ceritanya berbunyi begini:

Manaf seorang jutawan telah ke sebuah kedai gunting rambut di sekitar tg.malim... Ketika tukang gunting rambut itu mahu menggunting rambut Manaf, dia ternampak jam tangan yang dipakai oleh Manaf..
"Wah,,, jam tangan rolex!." Tukang gunting rambut sangat teruja.
Manaf dengan tersenyum bangga memegang jam tangannya.
"Berapa you beli?." Tanya tukang gunting rambut dengan rasa ingin tahu.
Sekali lagi Manaf tersenyum bangga. Ni dah masuk kes riak ni. eh?. :p 
"You mahu tahu ke berapa ini harga?." Tanya Manaf pula.
"Ya.. ya.. berapa you beli?."
"RM 30 ribu." Manaf senyum. Sinis barangkali.
"Saya pun ada ini jam." Kata tukang gunting. Manaf terkejut bukan kepalang.
(Pergh! Macam ayat dalam buku kanak2 ribena. haha. :p .. ok continue)
"Eh.. cuba tengok jam you." Kata Manaf. Tukang gunting rambut pun mengulurkan jam tangan yang dipakainya. Serius sama!, Sebijik!.
Lalu Manaf pun bertanya, "Berapa harga you beli?."
"Ini RM30 juga boleh dapat." Kata tukang gunting rambut sambil senyum puas hati.
"Itu pasar malam. Saya original. You tak mampu punya beli." Kata Manaf riak. Tukang gunting hanya senyum dan menyelesaikan tugasnya. 
Setelah selesai menggunting rambut dan membayar harganya, Manaf ingin keluar dari kedai tersebut. Tiba-tiba tukang gunting rambut memanggilnya semula. Manaf lalu berpusing kembali...
"Encik... sekarang pukul berapa ya?." Tanya tukang gunting rambut.
Manaf terus melihat jamnya dan menjawab, "Pukul 10.30 pagi."
Tukang gunting rambut juga melihat jamnya dan menunjuk ke arah Manaf sambil berkata...
"Eh... sama lah.. jam saya 10.30 pagi juga." Kata tukang gunting sambil senyum. Manaf panas hati... Ada ke patut jam 30 ribu dengan 30 ringgit disamakan... dan cerita ini diceritakan kepada Prof. Malek...  ngeee..


 Faham apa maknanya cerita ini?...

Dalam hidup kita, kita yang memaknakan sesuatu dan setiap sesuatu hanya punya satu tujuan kenapa ia diciptakan...

Contohnya dalam cerita tadi... Jam hanya ada satu tujuan... iaitu menentukan masa...itu satu tujuan asal kenapa jam diciptakan... tapi manusia memaknakan jam dengan pelbagai makna.. contohnya Manaf memaknakan jam tangannya sebagai mungkin lambang kemegahan kerana nilainya yang mahal... sedangkan tukang gunting rambut merasakan cukup jam rolex yang berharga rm30 asalkan ia boleh menentukan waktu...

Jam tangan rolex... kedua2nya memakai yang sama... cuma seorang merasakan rolex itu perlu original.. sedangkan yang seorang lagi tidak pentingkan originaliti...

So, macam tu juga hidup.. kita memakna sesuatu perkara... hingga kerana ''makna'' tersebut kadangkala kita berdepan dengan cabaran/masalah yang tersendiri kerana ingin memenuhi makna2 tersebut..
Dan dalam hidup, kita sebenarnya mencari sesuatu yang bermakna atau benar...
Benar semestinya betul.. tapi betul, belum tentu benar...

contoh: Betul kita boleh melanggar peraturan kalau kita mahu... Tapi itu tidak benar..

dan hakikatnya, kebenaran hanya ada satu...
and this is TEORI KEWUJUDAN!.
belajar mengenai pencarian 'makna' dalam hidup...
^_^


_stuck buat asaimen.
jadi menulis untuk cari idea.
it olready week 9..
become weakness..
eh?. =;;=


nur insan.
t.g.u
22april2015 (08.00pm)

Friday, March 6, 2015

Sem 1 (part 1)


selalunya dalam perbualan, 
kita bukan cuba untuk memahami apa yang cuba disampaikan... 
tapi lebih fokus pada...

'apa aku patut jawab lepas ni...'... 
:)

hingga menyebabkan kita tak faham apa yang cuba disampaikan tetapi lebih memikirkan kepada persoalan 'apa patut jawab' hingga akhirnya tak mampu memberi respond dengan baik kerana tidak memahami apa yang cuba disampaikan...

dalam teori kaunseling...
kita bukan belajar cara untuk membaca 'orang'...
tapi 
kita cuba membantu untuk individu itu sendiri memahami dirinya...
kerana itu teori kaunseling penting... sebagai alat untuk memahami kenapa manusia bertingkahlaku sedemikian dan kenapa manusia bermasalah.

manusia normal, memang normal ada masalah...
dan masalah manusia itu boleh berlaku disebabkan oleh 3 keadaan iaitu sama ada melalui 
-kognitif : pemikiran seseorang cth: ibu lebih sayang pada adik kerana selalu lebihkan adik berbanding saya
-perasaan : sedih/marah dll
-tingkahlaku: merokok/ponteng/ susah untuk mengubah tabiat lama dll.

manusia tu kan unik ;)
setiap orang ada cara yang tersendiri..
kerana itu pengajarannya setiap orang perlu diberi layanan yang berbeza-beza mengikut keperluan dan keadaan semasa...


fullstop.
class pertama teori kaunseling.
^_^
Prof Malek masih lagi menggunakan lukisan yang sama untuk describe mcm mana klien datang jumpa kaunselor dan apa perbezaan antara nasihat/bimbingan, kaunseling dan psikoterapi... lukisan lidi yang lejen. teringat sem 1 dulu... sekarang dan sem 1 semula...
tapi persekitaran yang jauh berbeza... 

btw, welcome to Malaysia mbak evi and mbak mawardah ^_^.
kalau kami rasa sukar... mereka lagi sukar kerana nak biasakan dengan persekitaran yang ternyata jauh berbeza dengan indonesia walaupun serumpun!.

tapi seperti mana kata Ellis:
'manusia menghadapi masalah bukan akibat drpd satu perkara atau peristiwa,tp disebabkan oleh pandangan atau pemikiran mrka terhadap peristiwa tersebut.'


kita kuat!
dan
saya lagi kuat!
^_^


terobek kelas pertama teori sem 1 degree:
aku dan hajar berjalan dalam panas menuju ke perpustakaan lama...
err.. sebenarnya kami tak tahu library lama tu pintu masuknya dimana...
banyak kali pusing..
tiba2 nampak dr.malek (masa ni tak jadi prof lagi)..
dengan songkok dan buku berjalan laju... 
(sekarang ni pun masih dengan songkok yang sama :) 
kami follow belakang dr..
tiba2 dr. pusing belakang..

dr. malek: kamu nak ke mana ni?
aku: nak masuk kelas dr. tapi kami tak jumpa pintu.
dr.malek: ouh... takpe2... mari ikut saya..

its one of the pick memory.. pertemuan pertama dengan dr.malek...and bila dapat tahu dr, masuk icu.. sebelum masuk sem 2... risaunya aku waktu tu... sempatlah juga melawat dekat hospital dengan Kak eizan dan kak wani...

semalam..
bila tengok sekali lagi dr. boleh mengajar dengan baik...
Alhamdulillah...
Allah masih bagi kesempatan untuk aku kutip ilmu dari dr...
^_^
kata prof  semalam masa dalam kelas...
'isteri saya kata, saya bila masuk kelas mengajar macam ada saka...'
haha...
moga Allah beri kesihatan yang baik buat prof...



menghitung hari.
mengharap semua yang bakal berlaku, 
berlaku dengan baik.
May Allah ease.


nur insan
library.
06032015(03.46pm)





Friday, February 20, 2015

from D to M...



memang belajar tu tak akan pernah habeh!.
alhamdulillah.
17 februari 2015.
officially aku jadi anak kandung suluh budiman buat kali kedua. :)
[tapi pelik juga, lepas grad degree dulu.. adakah 'anak kandung' menjadi anak terbuang?.. eh.. huhu.. apa je lah yang aku merepek?!.]


ingatkan masa hari pendaftaran tu nak snap picture dgn wan nor..
yelah..konon nak bakar semangat sket.. last2 satu pun xde..huhu..

eksited tengok 'akak2' ni still semangat nak study...
memang daebak! mereka2 ni...

memetik kata2 dekan, 'komitmen anda yang kami cari'
:)
memetik pula kata2 dekan inovasi 'much moreeee better!'.
hehe...

watever.

ye berazam nak jadi pelajar yang lebih baik even aku down juga bila dengan je perkataan 'internship'...errr.. huhu.. internship tu menakotkan kot.. 'burn out' dulu masih tersisa lagi dalam diri... maybe sebab tu aku lebih aim untuk belajar supaya 'mengajar' berbanding belajar supaya 'membantu'...

apa beza?.
jauh sangat beza in term of counselling and education.
btw, sem depan M. of Sc, In Guidance and Counselling akan dibuka untuk pengambilan pelajar baru...
oh ya Allah!
serius teruja!/
dulu, sebaik sahaja aku daftar degree... dr maklumkan yang kos psikologi akan dibuka pada sem akan datang.. now.. it happen again... ha ha... xpe la.. tunggu PhD nanti.. eh?... :p
maknanya kena cepat2 grad la kan?.. err..

ilmu tu ternyata sangat luas...
semakin belajar..
semakin seronok..


azam baru.. sempena M..
nak wujudkan label M22 and lebih aktif dari label at04 dulu...

urm..
how I miss writing....



nur insan.
T.G.U
20 februari 2015 (12.46pm)