Showing posts with label POLITIC. Show all posts
Showing posts with label POLITIC. Show all posts

Sunday, February 28, 2010

Pemimpin Islam jadi 'balaci'

  Zulkifli Noordin
KUALA LUMPUR 27 Feb. - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menyifatkan pemimpin Islam yang bersetuju dengan cubaan pihak tertentu membatalkan sambutan Maulidur Rasul sebagai "bajingan" serta "balaci" yang rela dicucuk hidung seperti lembu.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan pihak mana yang cuba membatalkan sambutan itu dan mereka yang dimaksudkannya sebagai bajingan tersebut.

Katanya, pemimpin Islam seperti itu umpama lalang yang akan mengikut segala rentak yang dimainkan oleh pihak yang cuba membatalkan sambutan yang menjadi syiar bagi umat Islam di negara ini.

"Dan yang paling malang, ada di kalangan kita yang bersedia menjadi bajingan dan balaci mereka, menjadi seperti lembu yang dicucuk hidung.

"Bila kafir ini meniup ke kiri, maka terkinja-kinjalah kita berjoget ke kiri. Bila mereka menghembus ke kanan, maka terkial-kiallah kita berzapin ke kanan," katanya sewaktu membacakan khutbah sembahyang Jumaat, semalam.

Entri bertajuk "Khutbah Maulidur Rasul" itu turut dimasukkan dalam blognya, http://zul4kulim.blogspot.com.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan pendedahan Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd. Nor Suhaili Jamali mengenai pembatalan perarakan sempena Maulidur Rasul oleh kerajaan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, selepas dikritik hebat dan bimbang kehilangan sokongan orang Melayu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng membuat keputusan untuk mengadakan perarakan tersebut mengikut program asal sebelum ia dibatalkan.

Malah, Guan Eng menafikan perarakan itu dibatalkan dan menuduh Utusan Malaysia berbohong dan membuat fitnah untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri.

Tambah Zulkifli, penghinaan itu berlaku kerana penyakit 'wahan' (cintakan dunia dan takutkan mati) apabila pemimpin Islam terbabit terlalu sayangkan kedudukan, jawatan dan habuan.

"Kita mengenepikan semua prinsip dan matlamat perjuangan demi mengejar impian keduniaan dan kerusi empuk kekuasaan.

"Hingga kita sampai mempertuhankan politik dan demokrasi. Kita takut kedudukan, jawatan dan habuan kita itu mati dan hilang.

"Maka hari ini kita menjadi umat yang hina di mana-mana sahaja kita berada. Yang tinggal hanya sejemput janggut dan senipis serban, kita hanya muncul Islam pada nama, tetapi tong kosong di dalam," katanya.

Jelas Zulkifli, kesatuan umat Islam bukannya bersandarkan kepada nasionalisme; assabiyah puak, kumpulan atau pertubuhan tetapi kekuatannya berpunca daripada pegangan kukuh kepada al-Quran.

Friday, October 2, 2009

AS labur RM146 juta pastikan keselamatan perairan Sabah


SUBANG 1 Okt. - Amerika Syarikat (AS) telah melabur sebanyak RM146 juta bagi memastikan keselamatan di perairan Sabah sejak beberapa tahun lalu. Duta Besar AS ke Malaysia, James R. Keith berkata, komitmen itu membuktikan negara kuasa besar berkenaan bersungguh-sungguh dalam mempromosi keamanan di peringkat global.

"AS telah melatih 1,400 pegawai dan anggota tentera Malaysia sejak 10 tahun lalu dan melabur sebanyak AS$42 juta (RM146 juta) bagi keselamatan perairan di Sabah," ujarnya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi memperkenalkan pasukan aerobatik Thunderbirds dari angkatan udara AS sempena Pameran Udara Subang 2009 di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini hari ini.

Hadir sama Panglima Operasi Udara TUDM, Leftenan Jeneral Datuk Seri Bashir Abu Bakar dan ketua pasukan Thunderbirds, Mejar Anthony Mulhare. Menurut kenyataan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), AS kini sedang membekalkan beberapa buah radar Inisiatif 1206 secara percuma untuk dipasang secara berperingkat bermula di Bukit Tinagat, Tawau sejak tahun lalu. Selain radar itu, AS juga membekalkan beberapa bot tempur serta aktif menjalankan latihan ketenteraan dengan ATM dari semasa ke semasa.

Kepada satu soalan, Keith menegaskan, kehadiran pasukan tentera AS dalam pelbagai operasi, latihan dan pertunjukan di seluruh dunia adalah bagi mempromosikan 'nilai-nilai Amerika' yang cintakan keamanan. "Ia bukannya untuk menunjukkan kami kuasa dunia atau bersifat unilateral dalam tindak-tanduk kami seperti yang anda katakan," jelasnya. Kata beliau, penglibatan ketenteraan AS dalam sebarang aktiviti di sini adalah bagi memastikan kegiatan ekonomi terus berjalan lancar tanpa ancaman pengganas dan lanun.

Selain itu jelasnya, kehadiran armada-armada negara itu juga membuktikan keakraban hubungan dua hala dengan negara-negara yang dilawati. Dalam pada itu Bashir memberitahu, Pertunjukan Udara Subang 2009 pada Sabtu ini mengambil masa kira-kira empat jam bermula pukul 9 pagi. "Pertunjukan udara secara percuma ini melibatkan lapan pesawat F-16C Thunderbirds dan tiga pesawat tempur paling moden yang berada dalam inventori TUDM iaitu SU-30MKM Sukhoi," katanya.

Tambahnya, dua pesawat Thunderbirds turut melakukan penerbangan di sekeliling menara berkembar Petronas di ibu negara dari Subang bagi tujuan latihan dan menghiburkan orang ramai. Bashir turut mengesahkan kehadiran pesawat pengebom B-52 milik AS pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 pada Disember ini.

Monday, September 7, 2009

Perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyampaikan ucapan pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Putra berhadapan Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri-menteri di Jabatan Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop dan Datuk Seri Idris Jala.--fotoTHE STAR oleh Rohaizat Md Darus

Nota:
Warna tali leher sama, suit sama. Inilah gambaran dan imej kesepakatan sebenar dalam 1Malaysia.

Friday, September 4, 2009

Anwar's Bid To Disqualify Prosecution A Blatant Abuse, Says Senior Federal Counsel

KUALA LUMPUR, Sept 3 (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim's application to disqualify the entire prosecution team of his sodomy trial is nothing less than a blatant abuse of the process of the court, the High Court here heard on Thursday.

Senior Federal Counsel See Mee Chun submitted that the court should dismiss the application on the ground that Anwar was seeking to prohibit the prosecution team from performing their statutory duties.

"This application is baseless. We submit that this application be struck out or dismissed with costs," See said.

She said the conduct of the prosecution in respect of the sodomy case was non-reviewable by the appelate court.

"The bid is an "outright" attack on the powers of the Attorney-General under Article 145 of the Federal Constitution," she added.

She also submitted that Anwar's application was to undermine the successful prosecution of the criminal trial.

Anwar filed an application to disqualify the entire prosecution team in his sodomy case on Aug 11, citing "a real danger of bias" as one of the grounds.

He named Solicitor-General I Datuk Idrus Harun, Solicitor-General II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, deputy public prosecutors Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman and Noorin Badaruddin, the Public Prosecutor and the Government, as respondents.

Anwar contended that Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail's signing the Section 418A certificate was strongly indicative of the fact that he was the person behind the scenes "pulling and manipulating the strings of the prosecutors to his tune."

Among others, he is seeking a declaration that the prosecution team handling his sodomy case is not qualified to represent the public prosecutor or conduct any proceeding or appeal against him.

Anwar, 62, is charged with sodomising his former aide, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, at a condominium in Bukit Damansara here on June 26, last year.

See also submitted further that allegations of bias, prosecutorial misconduct and conflict of interest against the respondents were baseless.

She said all issues related to the 1998 sodomy trial had been decided by the courts and a Royal Commission of Inquiry.

Earlier, Anwar's counsel R. Sivarasa submitted that leave for judicial review should be granted to restrain the respondents from exercising their powers maliciously against his client.

"In exercising their powers they must perform their duties impartially and in accordance with the basic notion of natural justice," argued Sivarasa.

He said the application should not be misunderstood as an intent to stop or derail the sodomy trial.

"What we are saying is that these seven respondents are tainted with bias, the Attorney-General has many other prosecutors to take over this trial," added Sivarasa.

Justice Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin fixed Sept 15 for a decision on the leave application.

-- BERNAMA


Tuesday, August 25, 2009

Ummah boleh capai lebih banyak kejayaan jika bersatu

Gambar Hiasan:"Bertapa Manisnya Hidup jika Umat Islam Bersatu Padu"

PEKAN: Umat Islam mampu mencapai lebih banyak kejayaan apabila bersatu padu dan mengamalkan lebih permuafakatan kerana ia adalah inti pati dan falsafah penting dalam membina tamadun Islam yang gemilang, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, umat Islam pada masa ini perlu mengambil contoh kejayaan umat Islam terdahulu sehingga mampu membina tamadun Islam yang berjaya dan diiktiraf dalam lipatan sejarah kerana perjuangan mereka berasaskan perpaduan dan disiplin yang kuat.

"Namun, apabila perpaduan berkecai dan disiplin longgar menyebabkan umat Islam tewas begitu juga dengan tamadun yang sudah dibina ratusan tahun dahulu.
"Ia kerana umat Islam tidak pentingkan lagi perpaduan dan disiplin iaitu nilai-nilai untuk membina tamadun yang kukuh," katanya berucap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan peribadi kepada 144 golongan kurang berkemampuan di Masjid At-Taufik di Peramu Tiga, di sini petang semalam.

Hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib dan Rosmah kemudian turut berbuka puasa bersama lebih 100 penduduk tempatan. Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan juga meminta rakyat meningkatkan amalan infaq, iaitu pemberian kebajikan seperti mengeluarkan zakat dan bersedekah sempena Ramadan ini.

"Infaq adalah satu daripada tiang utama kepada konsep ekonomi dalam sistem sosial Islam dengan mengamalkannya dengan baik mampu memberi kejayaan kepada umat Islam," katanya.

Pada majlis berasingan, Najib dan Rosmah turut meluangkan masa untuk bersembahyang sunat tarawih bersama kira-kira 200 penduduk di Taman LKNP, di sini serta menyampaikan sumbangan wang tunai dan hamper kepada 19 orang yang kurang berkemampuan.

Terdahulu, Najib yang berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada wakil daripada 55 masjid dan 153 surau di kawasan Parlimen Pekan, di Dewan Umno, di sini, meminta jawatankuasa masjid dan surau memikirkan pendekatan terbaik bagi menarik minat golongan muda menghayati serta mengikuti pelbagai aktiviti keagamaan di institusi berkenaan. Perdana Menteri berkata, ia juga bertujuan membolehkan kumpulan remaja dan belia tidak hanya pergi ke masjid secara bermusim seperti dalam bulan Ramadan untuk membaca al-Quran atau bersembahyang sunat termasuk bertarawih secara jemaah.

"Sepanjang Ramadan ini kita boleh lihat rumah Allah (masjid) menjadi tumpuan golongan tua dan muda. Oleh itu, terlintas di hati saya adakah keadaan ini dapat dipertahankan selepas tamatnya bulan Ramadan?

"Oleh itu, penting bagi kita dan jawatankuasa masjid dan surau dapat memikirkan serta mengambil langkah untuk memastikan golongan muda datang ke masjid untuk menghadiri majlis keagamaan selepas ini. Kita tidak mahu selepas Ramadan, masjid dan surau sepi," katanya.

Beliau berkata, ahli jawatankuasa masjid dan surau mungkin juga boleh mengadakan pelbagai kegiatan dan aktiviti sepanjang bulan bagi menarik minat golongan muda untuk mendekati masjid.

Thursday, July 23, 2009

Nizar sepatutnya tidak hadir nyalakan lilin – Dewan Ulama Pas

Nizar sepatutnya tidak hadir nyalakan lilin – Dewan Ulama Pas
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR 22 Julai – Dewan Ulama Pas menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai meragukan.

Sehubungan itu Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu. Menurutnya, Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu.

“Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya? “Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas dan gambar majlis itu disiar oleh New Straits Times pada Sabtu lepas.

Bagaimanapun Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dalam laporan akhbar hari ini mempertahankan tindakan Mohammad Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir pula ketika mengulas isu itu telah meminta ulama Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohammad Nizar.

Dalam pada itu, Harun berkata, beliau tidak pasti sama ada Mohammad Nizar sedar atau tidak mengenai garis panduan berkenaan. “Ini bukan satu fatwa tetapi inilah ketetapan atau garis panduan yang telah kita putuskan selama ini.

Monday, July 13, 2009

24 jam sehari tidak cukup

"24 jam sehari tidak cukup"
Najib Tun Razak diwawancara oleh Sayed Munawar Sayed Mustar pada rancangan Khas - 100 Hari Pentadbiran Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung oleh TV1 RTM, malam tadi. - UTUSAN/Halim Khalid


KUALA LUMPUR 12 Julai - Kesibukan Datuk Seri Najib Tun Razak berkhidmat untuk rakyat menyebabkan beliau merasakan tempoh 24 jam sehari tidak mencukupi untuknya. Perdana Menteri berkata, beliau sangat sibuk kerana sepanjang 100 hari mentadbir negara ini, terdapat pelbagai ujian yang perlu dihadapinya khususnya bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan. ''Jadi Perdana Menteri ini lain, kerana saya rasakan 24 jam itu tidak cukup. Saya beritahu isteri (Datin Seri Rosmah Mansor) masa siang kini adalah lebih panjang dan masa malam juga makin singkat.

''Masa untuk tidur juga sudah kurang kerana banyak program dan ini tidak pernah saya alami sebelum jadi Perdana Menteri," ujarnya. Beliau berkata demikian dalam sesi wawancara eksklusif sempena 100 Hari Pentadbiran Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung melalui saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini malam ini. Menurut Najib, masa terluang ketika di rumah juga digunakan untuk berfikir mengenai langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah rakyat.

''Ramai yang tidak faham kerana ingat apabila Perdana Menteri berada di rumah dia free. Duduk rumah bukan bererti bersantai kerana kalau tidak berfikir saya akan baca buku atau (sediakan) ucapan esok. Tengok fail atau tandatangan sijil yang saya tidak dapat lakukan di pejabat," jelasnya.

Menyentuh tentang gagasan 1Malaysia, beliau menjelaskan, tumpuannya kini adalah untuk mendapat sokongan daripada kumpulan yang faham dan menerima pendekatan itu serta kumpulan yang tidak berapa faham tetapi yakin kepada kerajaan. Sebelum mengakhiri temu bual itu, Najib juga sempat berpesan kepada semua rakyat supaya menganggap apa yang telah dilakukannya dalam tempoh 100 hari hanya sebagai satu titik permulaan.

''Saya telah bina asas permulaan dan saya memohon supaya rakyat akan bersama-sama kerajaan dalam perjalanan selanjutnya ke arah negara Malaysia yang semakin berjaya, hubungan kaum semakin mantap dan imej kerajaan semakin positif. ''Ini adalah bagi membolehkan saya memperkenalkan pembaharuan dan meneruskan kesinambungan pemimpin sebelum ini,'' ujarnya.
UTUSAN

Sunday, July 12, 2009

KERAJAAN PERPADUAN

“Pertentangan ini hanya akan berakhir apabila kedua-duanya bersatu dalam Islam atau keluar daripadanya. Jika bersatu dalam Islam, Allah akan mempertemukan mereka dengan musuh baru yang menentang Islam,” -NIK ABDUH NIK AZIZ-Exco Pemuda PAS.