Thursday, October 30, 2008

Doa Luqman

Teringat saya cerita Luqman, anak saya yang berusia 3 tahun malam tadi

"Mama, mama kenapa mama tak keje lagi kat shah alam?"
"Kenapa? (balas saya)
"Ye la, wan cakap, kalau mama keje kat shah alam, boleh la kita duduk kat puchong."
"Oooo...la, kalau mama ada keje kat shah alam, kita duduk puchong la. Kalau mama kena gi mesyuarat ke..." (terang saya pula)
"Bukan la!"
"Habis tu..." (Sampuk saya pula)
"Wan kata mama tu pindah la. Tak payah la kita duduk kat segamat. Macam tu la"
"Mmmm....Aman tak suka duduk kat tm(UiTM) ke?"
"Bukan la, tapi aman, aman, erm....."
"Kita ikut abah la...kalau mama pindah kita semua ikut abah" (tiba-tiba harraz menyampuk)
"Insya allah, kalau ada rezeki, mama pindah nanti kita ikut abah yer...."

Pandai pula dia bercerita, patut la, beberapa hari lepas bila saya suruh baca doa nak tidur, pandai pulak dia sambung doa lain, hehe...doa supaya mama cepat dapat pindah Shah Alam. Insya Allah!

Saturday, October 25, 2008

HBO Original Movie: The Fever

Dah lama tak duduk depan TV! Hari ini tertekan HBO, tayangan filem 'The Fever'. Very nice drama, very enlighting. Tapi isunya agak berat, immorality, civilization, history, revolution, the unjust world. Menarik, tengoklah kalau berpeluang.

Workshop Hunting

Semalam sewaktu mengambil anak pulang dari kelas Smart Reader, saya kemalangan. Alhamdulillah saya dan anak-anak tak apa-apa. Hehe...salah saya ler tu sebenarnya. Saya keluar dari simpang dengan melihat kiri kanan, jalan kosong. Tapi opppsss...saya tak jangka kereta dari tempat letak kereta berdepan dengan simpang tersebut pun keluar serentak. Makanya, kedegang!!! Yang saya langgar pemilik bengkel cat kereta, Ah Tiong namanya. Dia keluar dari kereta dengan muka tenang. Isterinya agak kelam kabut, saya? lagi kelam kelibut. Tapi melihatkan dia cam ok jer...saya 'cool down'. Selepas berjaya menyelesaikan masalah, saya mendapatkan nombor telefonnya. Saya mohon maaf, dia pun mintak maaf? Dia menyatakan kerisauan apabila melihat anak-anak saya di dalam kereta. Setelah menelefon suami (yang dalam perjalanan pulang dari KL), saya dapat berlapang dada. Saya berjanji akan ke bengkelnya hari ini.

Malam tadi, suami saya senyum tidak marah pun tidak. Tak pelah, muhasabah diri sikit, ni kira adalah dosa yang saya buat nih...tuhan nak kasi break, fikir sekejap! Tuhan itu maha mengetahui! (Ini fikiran saya yang jahil!)

Hari ini, pagi-pagi setelah mendapat info dari Kak Nosi, Ust Saidin dan pengawal keselamatan, kami ke bengkel En Hasan di Jalan Temenggung, bengkel En Fuad di Gubah, telefon Haslita Motor untuk pengesahan bengkel panel di Buluh Kasap dan akhirnya ke bengkel Ah Tiong di Bandar IOI. En Hasan tiada di bengkel, Ah Tiong sanggup membetulkan kereta saya dengan harga istimewa, yang paling best 'luka' pada kereta di aidil fitri yang lalu pun dia betulkan sekali.

Dah dapat kenalan baru ler...Ah Tiong!

Tuesday, October 21, 2008

Muhasabah diri

11 September yang lalu genap 2 tahun saya berkhidmat di UiTM Segamat, Johor. Tak sangka sebenarnya, dengan pelbagai 'masalah' dan rasa tak naknya datang ke Segamat, (yang paling best, tak pernah datang ke Segamat!).

Masih teringat lagi, hehe...punyalah terkejut dan tak tau nak buat apa bila PA dekan Pn. Zaharah (kalau tak silap saya) bagi tau yang 'TPM Scholars' perlu berkhidmat di kampus cawangan! Yang paling tak best beberapa bulan sebelumnya rakan sefalkuti yang bari balik dari Australia boleh pulak berkhidmat di Shah Alam. Oleh kerana tak berpuas hati dengan arahan (boleh ke tak puas hati...), saya dan suami cuba berjumpa dengan Dekan Fakulti ketika itu. Harapan, Shah Alam tak der! Melaka? mungkin ada, Yang dicadangkan, Kampus Seri Iskandar, Kampus Jengka dan Kampus Dungun! Dipendekkan cerita selepas setahun masih lagi tiada berita, Luqman pun dah setahun, saya rasa mungkin Segamat adalah takdir-Nya (hehe...sedih plak). Bila call jer bahagian perjawatan, setelah bersetuju, dalam minggu yang sama saya menerima surat tawaran dan arahan lapor diri ke Kampus Segamat.

Atas rasa ingin tahu, sebulan sebelum saya menelefon bahagian perjawatan, saya sekeluarga meninjau-ninjau Segamat. Yang paling ngeri, jauhnya nak sampai. Jalannya pulak ala-ala jalan ke Jerantut! Orang pertama yang saya sapa adalah Kak Ami, pengawal keselamatan. Dia lah orang yang telah mencadangkan saya untuk berjumpa Prof. Madya Zaluddin Sulaiman, TPHEP. Orang yang paling tepat. Dalam hati jauh lebih baik daripada apa yang saya fikirkan.

Bersambung....

Friday, October 17, 2008

Terkesan...

Pertamanya,

Tahniah buat kumpulan Satria dan Technolicious yang telah bertanding di Konvensyen KIK peringkat seluruh sistem UiTM. Bukan mudah untuk melayakkan diri. Tahun ini banyak perubahan yang dibuat oleh pihak penganjur Shah Alam. Antaranya, setelah menilai 27 kumpulan yang bertanding dan juga di atas faktor kekangan budget, hanya 20 kumpulan sahaja akan membuat pembentangan. Selebihnya 7 kumpulan akan masuk dengan tiket penyertaan poster sahaja. Bayangkan gundah juga hati setelah berhempas pulas menyediakan projek, hanya untuk poster? Namun alhamdulillah daripada 2 kumpulan yang dihantar, Technolicious layak untuk membuat persembahan, Satria pula akur dengan persembahan poster. Sebagai penyelaras yang mampu saya katakan, jangan patah hati, kita dah pun menang, ada hikmahnya.

Melihatkan pembentangan dari kampus lain, gerun juga. Tapi masih ada harapan, hehe...Dan tugas saya sekarang adalah untuk menimba ilmu dan mencari nasihat dan cerita pengalaman daripada kampus-kampus lain.

Tapi alhadulillah, tak menang anugerah besar tapi UiTM Johor menang anugerah kumpulan berpotensi! Memang tak disangka!! Memang seronok tengok reaksi kumpulan technolicious.....

Insya allah saya berdoa moga tahun depan lagi banyak kumpulan dari UiTM Johor akan bergiat aktif dan menaikkan nama kampus!!

Tahniah kepada semua dan terima kasih kepada semua.

Tuesday, October 14, 2008

Presentation

ergh......ada ada yang buat hal tak datang buat presentation lepas tu buat muka 'welfare'

geramnya...

Rindu

Rindu?...Rindu untuk menulis di blog sendiri, tapi minggu-minggu kebelakangan ini ternyata agak sibuk.

Berita gembira, hari ini, Ida (Rakan di universiti dulu) baru sahaja menimang cahaya mata, Marissa Zoey Firdaus. Bilalah agaknya dapat menjenguk...

Hari ini juga akan bertolak ke Ilham Resort, PD. Ke Konvensyen KIK UiTM 2008. UiTM Johor menghantar 2 penyertaan; poster dan pembentangan. Mohon agar mereka berjaya, insya allah!

Friday, October 10, 2008

Harraz nak lari dari rumah!!!

Ni kisah lawak serius. Harraz nak pindah a.k.a lari dari rumah!!

Alkisah, pada malam selasa yang lepas, ketika saya sedang 'online' dengan ibu saya, si Harraz menjerit-jerit di tepi telinga saya. Tanpa saya sedari, Luqman menampar (tak kuat pun) abangnya yang tak reti nak senyap tu. Tiada reaksi daripada Harraz, dan dia masih lagi terjerit-jerit. Oleh kerana geram, saya berhenti seketika dan mencubit pehanya. Dia senyap! Alpa seketika saya terus bercakap dengan ibu saya.

Rupa-rupanya, dia senyap dan menangis. Selesai bercakap, saya menoleh ke arah Harraz, alahai rupa-rupanya air mata sudah pun membasahi bantal. Hmmm....kesian pulak. Membatalkan niat nak 'lecture' Harraz 'on good manners when mama talks on the phone' (ala-ala playhousedisney channel),

'Kenapa Harraz nangis?'
'(sambil tersedu-sedu) Aman pukul, mama cubit.....Abang long nak pindah.'

Saya terkedu. Dalam hati teruknya aku, sampai anak pun nak pindah! Saya perlu pujuk.

'Janganla macam tu.....kenapa nak pindah, ni kan rumah harraz.'

Saya menoleh ke arah Luqman, secara spontan:

'Aman tak nak pindah, abang long jer....'

Saya menahan gelak. Macam episod drama.