Showing posts with label giveaway. Show all posts
Showing posts with label giveaway. Show all posts
Assalamualaikum w.b.t.

Semenjak saya mula ber'blog', saya tengok ada ramai blogger suka buat giveaway. Siapa yang tak teringin kalau tengok giveaway kan?

Kurang berminat sebenarnya nak ikut giveaway ni sebab selalunya kena ikut syarat-syarat tertentu. Saya bukanlah seorang yang rajin nak ikut segala syarat-syarat yang berderet tu. Tambahan pula saya buat blog ni saja-saja je.

Tapi nak dijadikan cerita, satu hari tu saya terbaca post berkaitan giveaway dan caranya senang. Mungkin waktu tu saya ada masa terluang, jadi saya follow arahan dia. Lepas tu saya memang tak ingat dah pasal giveaway tu. Tiba-tiba satu hari saya jalan-jalan kat tuan punya blog, saya nampak nama saya tersenarai. Oh! Sangat terkejut. Tapi saya terlambat juga tahu, selepas 3 4 hari diumumkan rasanya. Terima kasih kak Zuhaini. Saya suka giveaway tu, cantik!




Rupanya rezeki saya pada giveaway ni tak terhenti di situ je. Sekali lagi saya mencuba nasib, giveaway Ramadhan. Tajuk giveaway tu menarik, tu yang buat tu. Tak sangka plak terpilih. Tuan punya blog beri semua yang menyertai giveaway tu. Baik sungguh tuan blog tu. Kakchik, terima kasih banyak-banyak. Kakchik seolah-olah memahami citarasa saya.



Mudah-mudahan Allah murahkan lagi rezeki kalian, insyaallah.
Assalamualaikum w.b.t.

Sudah lama terbaca pasal Ramadhan giveaway kat blog kakchik tapi masa tu ada perkara lain yang perlu diselesaikan. Kemudian saya ke rumah abang dan kakak untuk menguruskan borang daftar di Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi saya terlupa terus pasal giveaway tu.

Hari ni buka blog kakchik, terbaca lagi pasal giveaway tu. Jadi sementara ada masa terluang ni, saya nak buat la satu entry untuk menyertai ramdhan giveaway ni. Mana tahu rezeki menyebelahi saya kan kakchik =).



Kakchik ajak ramai-ramai kepada sesiapa yang mahu menyertai Ramadhan giveaway ni. Tapi ada syarat-syaratnya. Jangan risau, syarat-syaratnya terlalu mudah. Mari kita tengok apa syarat-syaratnya.

Syarat-syaratnya ialah:
  1. Meletakkan LOGO RASMI di atas di sidebar blog anda dengan dipautkan ke blog ini.
  2. Meninggalkan KOMEN MEMBINA di bawah post ini untuk TOPIK 'Apakah perkara paling menarik tentang Ramadhan bagi anda?' (WAJIB)
  3. Peserta yang sudi membuat post khas mengenai 'Ramadhan Giveaway' ini di blog masing-masing insyaallah akan mendapat bonus istimewa dengan syarat anda meninggalkan URL di KOTAK KOMEN di bawah.(OPTIONAL)
  4. 5 Pemenang akan dipilih secara rawak kerana semua jawapan adalah betul. Kakchik akan cetak setiap jawapan dan buat cabutan (divideokan nanti, insyaallah). Hanya KOMEN MEMBINA diambil kira.
  5. Tarikh tamat 'Ramadhan Giveaway' ini ialah pada 31hb. Julai 2010 jam 7.00 petang waktu Malaysia.
  6. Tulis email anda di bawah jawapan supaya senang dihubungi jika anda MENANG.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertainya, boleh klik sini ye.

Topik "Apakah perkara paling menarik tentang Ramadhan bagi anda?". Walaupun topik ni sepatutnya dimasukkan ke dalam kotak komen di keluargakusayang, saya kongsikan juga la di sini. Buat ingatan diri saya sendiri. Takpe kan kakchik?

Bagi saya bila tiba Ramadhan, perkara yang menarik adalah solat terawih di malam harinya. Solat terawih yang Allah sediakan istimewa hanya di bulan Ramadhan. Masa ni kita akan berkumpul bersama-sama menunaikan ibadah kepada Allah. Bukan la waktu lain kita tak berkumpul untuk beribadah, tapi berbeza suasananya dengan solat terawih di bulan Ramadhan ni. Bila dah berkumpul tu, tentu sekali akan terjumpa kawan-kawan yang lama tak jumpa, tak kira la kawan yang muda atau yang tua. Macam saya kat kampung ni, time macam ni la dapat jumpa makcik-makcik sekampung yang jarang jumpa. Kalau nak ziarah rumah ke rumah tu, entah bila la agaknya.

Ramadhan juga menarik bagi saya sebab bulan Ramadhan ni la adik beradik dapat berkumpul kat kampung. Abang-abang dan kakak-kakak saya semuanya sudah berumahtangga dan tinggal berasingan dari mak. Jadi bila tiba bulan Ramadhan, mereka akan cuba juga pulang ke kampung walaupun sekali sebab nak ambil peluang berbuka dengan keluarga terutamanya mak. Saya suka sangat suasana tu, sangat-sangat suka. Duduk berbuka ramai-ramai, ditambah dengan riuh rendah anak-anak saudara. Ah! Saya rindukan saat tu. Saya dah lama tak berpuasa di Malaysia. Tahun lepas cuma dapat beberapa hari je berpuasa di Malaysia. Saya tunggu sangat saat begitu Ramdhan tahun ni. Mudah-mudahan Allah beri saya peluang untuk merasainya lagi.

Bulan Ramadhan juga adalah bulan yang dituntut untuk kita khatam satu Al-Quran. Jadi saya akan ambil peluang tu untuk saya khatamkan Al-Quran di bulan Ramadhan. Bukan la maksudnya bulan lain saya tak boleh nak khatamkan, cuma bila tiba Ramadhan, semangatnya berbeza. Ditambah dengan tadarrus Al-Quran di surau, masjid dan sekolah juga (ketika saya di zaman sekolah). Sebaiknya Al-Quran haruslah kita baca pada setiap hari. Al-Quran adalah salah satu pendinding untuk diri kita dari perkara yang tidak baik, jadi tak perlu la nak pakai tangkal dan sebagainya, cukuplah Al-Quran yang Allah turunkan.

Lagi satu yang menarik adalah bazar Ramadhan. Oh! Tak tahu kenapa saya sangat suka pergi bazar Ramadhan. Kat bazar Ramadhan ni juga tempat mengeratkan hubungan kita sesama manusia terutamanya mualim. Percaya tak? Sebab setiap kali saya pergi bazar Ramadhan, ada saja saya jumpa orang yang dah lama saya tak jumpa. Tak kira sanak saudara yang jauh mahu pun dekat, guru-guru saya, kawan-kawan saya, orang kampung dan ramai lagi la. Tu sebab kadang-kadang saya pergi bazar Ramadhan tak beli apa pun, cuma seronok jumpa orang yang dah lama kita tak bersua.

Cukup la setakat itu, kalau nak cerita semua, alamat esok lusa pun tak habis hehehe.

Terima kasih kakchik yang sudi buat Ramadhan giveaway ni. Semoga Ramadhan tahun ini akan lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Tinggal beberapa hari je lagi, mudah-mudahan Allah panjangkan umur supaya dapat merasai ramadhan pada tahun ini dan yang akan datang.  Ramadhan kedatangan mu ku sambut dengan hati terbuka dan gembira.