Petik dari Utusan Online :
Apa lagi
orang Melayu mahu?
Zaini
Hassan | 03 Disember 2014 1:13
AM
Adakah kita terlalu “bangang”
UMNO telah selesai bersidang. Semua
sudah pulang ke lubuk masing-masing. Tahun hadapan, insya-Allah bertemu semula.
Agenda akan berulang. Berulang dan
berulang. Jika ada pemilihan pucuk kepemimpinan, maka suasana akan berbeza.
Lebih panas, mendebarkan dan cah keting. Sekarang pun ada yang berkata
bunga-bunga pemilihan sudah berputik.
Namun semalam saya menerima satu
WhatsApp yang membuatkan saya berhenti sejenak untuk berfikir, merenung bagai
Mat Jenin dan menginsafi diri sebagai Melayu. Di mana silapnya bangsa aku ini?
Begini bunyinya. Ia ditulis dalam
bahasa Inggeris. Datang dari seorang bernama Melayu Islam, yang tidak perlulah
saya siarkan namanya.
Katanya. UMNO telah memerintah
Malaysia selama 57 tahun dan masih menangisi bagi mempertahankan (safeguard)
hak keistimewaan Melayu, Melayu masih terancam, Melayu hidup di bawah
kemiskinan dan lain-lain dan lain-lain.
Beliau bertanya:
Selama 57 tahun UMNO memerintah
negara ini, Islam ialah agama rasmi, apa yang telah UMNO lakukan sekiranya
Malaysia dan Islam berada di bawah ancaman?
Beliau berkata faktanya ialah:
- Malaysia ada sembilan Sultan dan
Raja. Mereka semua Melayu.
- PM dan TPM, memegang jawatan
paling berkuasa di Malaysia adalah Melayu.
- Sejak 1974, Menteri Kewangan
adalah Melayu.
- Selain Pulau Pinang, semua KM dan
MB adalah Melayu.
- Majoriti Menteri Persekutuan adalah
Melayu dan Kementerian-kementerian berpengaruh dan penting dikuasai Melayu.
- Daripada 222 Ahli Parlimen, lebih
daripada 50 peratus adalah Melayu.
- Lebih daripada 93 peratus
Jabatan-jabatan Kerajaan, dari bawah ke jawatan tertinggi adalah Melayu.
- DEB dirangka untuk orang Melayu.
- Sebanyak 80 peratus kuota
universiti diperuntukkan kepada Melayu.
- Diskaun istimewa untuk pembelian
rumah dan saham-saham untuk orang Melayu.
- Pangkat tertinggi dalam polis dan
tentera kepada orang Melayu.
- GLC atau syarikat-syarikat milik
kerajaan dikuasai Melayu.
Beliau berkata, bagaimana Melayu
yang menguasai sepenuhnya sedang diancam dan berkedudukan di bawah daripada
kaum-kaum minoriti? Adakah ia satu strategi untuk pemerintah terus berkuasa
dengan menjadikan orang lain sebagai kambing hitam? Apa sebenarnya berlaku.
Adakah orang Melayu ini terlalu “bangang” sehingga mereka terus menerus perlu
merayu, menagih, meminta untuk terus hidup di bumi bertuah ini.
Adakah kita ini semua masih menjadi
bahan ujikaji sosio-politik? Di mana silapnya? Apa lagi kita mahu?