.Awesome Blogger.

Showing posts with label ipG~. Show all posts
Showing posts with label ipG~. Show all posts

Thursday, December 15, 2011

.Sistem Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda IPG.




salam semua..


*UPDATE*

entry ni ada kaitan dengan entry Ira yang INI..ada yang tanya Ira berapa pointer cgpa untuk setiap kelas kan jadinya Ira update tentang ini..:)..



sistem kat U sama ke berbeza??

Alhamdulillah Ira tetap bersyukur walaupun hanya dapat kelas kedua tinggi...siapa yang tak nak dapat kelas pertama kan...tp tu semua salah sendiri sebab main2 masa nak exam, study last minit, suka tangguh study...heee..;p..


Ira konvo 12-14 Mac 2012...nanti datang tau bawa bunga..kekeke ;p ..opss lupa..kat PICC, Putrajaya..:).. tak tahu posting bila..kalau posting lambat pon konvo tetap tarikh tu..heeee



psss : Ira kalau boleh tak nak posting kat Melaka! korang ngada ea..hee..bosan tau dok 7 tahun setengah kat sana ( 2 thn sek. teknik, 5thn stgh IPG)....dah la 2 bulan sekali balik kg juga..wuuu...Ira nak ubah angin pula...nasib baik tak dapat si dia yang asal orang Melaka..;p..



Wednesday, December 14, 2011

. Wordless Wednesday #7 .




alhamdulillah..~



Saturday, December 10, 2011

. Temuduga = Selesai :) .



salam semua..

Khamis, 8 Disember 2011 yang lalu Ira dah selamat menjalani temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) di Melaka..

gemuruh jangan cakap lah....rasa nak tercabut jantung, limpa, paru-paru, semualah organ dalaman..heeee ;p...panelnya terdiri dari 2 orang...2-2 baik hati, tak psiko, sangat membantu tapi sedikit menggertak la..hihihi...normal lah kan...;p

temuduga dalam berkumpulan iaitu 5 orang satu kumpulan...duduk pon ikut turutan nama...tapi temuduga tetap seorang demi seorang..:)

soalan pertama setelah kami diminta perkenalkan diri dan latar belakang adalah apakah jawatan kami untuk ditemuduga ni? semua boleh jawab walaupun tak lengkap..hee..jawapannya adalah pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah DG41..senang cakap guru siswazah..

lepas tu kena laksanakan mikroteaching iaitu buat simulasi mengajar...panel tu minta salah seorang dari kami volunteer...hee...cuba teka siapa yang jadi cikgu?;p..semua orang tak nak jadi cikgu masa ni..last-last kan Ira yang jadi cikgu..percaya tak?haha..konon2 macam volunteer tapi sebenarnya malam sebelum tu, sorang kwn Ira ni dah cakap ngan Ira suruh Ira prepare jadi cikgu...nasib baik Ira dah prepare, so ala2 macam volunteer la..;p

selain itu, kami ditanye tentang teori-teori pengajaran yang Ira gunakan semasa 'mengajar' kanak-kanak tadi, isu-isu semasa seperti LIMA, Sukan SEA, SBPA....napa banyak sangat isu semasa ni?sebab kami semua jawab tak lengkap...kekeke ;p

last2 kena sound juga...jadi cikgu kena peka.....jangan PEKAK! ;p..tapi dengan cara yang lawak la..hee..kami ok je...salah sendiri...sebenarnya bukan tak tahu tapi kurang peka :(

jadi, lepas ni Ira tunggu posting pula...tak tahu di mana dan tak tahu bila..wuuu


wajah kegembiraan selepas temuduga ;p


psss : Terima kasih semua blogger yang wish Good Luck dari minggu lepas lagi..heee..

psss lagi : Ira mungkin tak online sampai hari selasa, nak balik kampung..nanti Ira BW k.. :)

bye!


Tuesday, November 15, 2011

. Dinner | Arabian theme .



salam dan morning semua..:)

yeayyyyy yipiii yayyyyyyyy! Ira dah habis exam! thankss atas doa kalian..;p




kiranya Ira dah 'not officially grad' lah sekarang..heeee...

tapi minggu depan ada Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) plak..ada exam gak..huuu...tu kena amik juga sbg slh 1 syarat penjawat awam..

so malas nak cakap banyak...

nak tengok gambar dinner Ira kan..

tema : Arabian..

tapi Ira ikut tema tang eyeliner lentik sikit kat mata ngan pkai jubah dress je..muahaha..;p...not niqab semua..beria la plak kan??huhuhu...

so jom tengok ;)


entrance hostel..
entrance hotel..
retis..haha..
melaram habis diorang ni..;p
with cleopatra..
lecturer BM..
lecturer plg sporting..ahha

tak sedapp..wuuuu
king n queen of syria (lcturer) ..queen of bla bla (students)
my classmate..20 orang..:)
with pengarah, KJ HEP dan lecturers..

makanan tak sedap langsung..huhuhu..

ada ke tema arabian makan western..??

psss : Malam ni entry blogger bertuah utk GA| Ole2 Cameron bakal menyusul !:)

byeee...wanna go dating with someone..not my ehem2okey..;p..

Tuesday, November 8, 2011

. Away for a while .



salam semua..

sorry sebab tak dapat nak balas jejak korang kat blog Ira ni..

Ira dah sibuk dengan final exam untuk final sem ni..:)

ni pon curi masa sebab stress baca nota.. =_______=

JADUAL EXAM :

9 Nov 2011 2.30 pm Asas Kepimpinan
10 Nov 2011 2.30 pm Guru dan Cabaran Semasa
14 Nov 2011 2.30 pm Pengurusan dan Pentadbiran PK
Wish me Luck!


ni makanan bekal dari rumah untuk malam tadi (Isnin) dengan sarapan pagi ( selasa )..;p


psss : Kalau sempat, Ira akan update tentang GA lepas habis exam kedua k..;)





Wednesday, November 2, 2011

. Wordless Wednesday #4 .





just one word : Alhamdulillah.. Syukur Pada Allah..


pss : Cuba cari nama Ira yang sebenar..;p

Monday, October 31, 2011

. Skematic .



salam semua...

alhamdulillah masih berpeluang bernafas di bumi permai ini..

sihat semua??

Ira ada masa lebih kurang 3 minggu sebelum tamat pengajian ijazah sarjana muda ni.. yipppi!!!

seronoknya Ya Allah tak terkata..;p

tahun depan dah kerja... ada duit sendiri...best2..ehehehe


mudah-mudahan semuanya berjalan dengan baik dan peperiksaan yang hampir menjelang ni dipermudahkan olehNya...

doakan Ira yea...


pssss : disebabkan entry jd skema hari ni, jadi ada kata-kata hikmah juga..hee


: : Jika kita tidak dapat membahagiakan orang lain, cukuplah dengan tidak memberikan beban dalam hidupnya : :


pssss lagi : Thank you so much pd yang follow..nanti Ira jenguk korang k.. line broadband kat Melaka agak lemmmbap sikit..sorry tau!


Tuesday, October 4, 2011

. Bahagia yang amat membahagiakan! .



salam semua..

lama dah tak menulis di sini...

memang sangat sibuk... tahun akhir faham-faham je la kan.. :)

sekarang, Ira dah tak sibuk dah... malahan lega sangat...

sebab 'tanggungjawab' yang paling berat dah terlaksana...

lega memang lega...

alhamdulillah Allah permudahkan...

minggu lepas merupakan minggu paling mencabar yang mana Ira dan rakan-rakan yang lain membentangkan kajian tindakan yang telah dilaksanakan pada tempoh praktikum yang lalu..

tajuk kajian tindakan Ira adalah " keberkesanan penggunaan doh dalam meningkatkan kemahiran menulis huruf vokal a, i dan o.. khas untuk murid pendidikan khas.. :)

Ira bersyukur sangat mendapat penilai yang walaupun tetap bertanyakan soalan ( memang sangat nak elak tapi tak boleh..hee ) yang membina dan bukan nak memprovok...

nak tengok gambar Ira bentang?hee..jom2...



siap bawa nota lagi masa bentang..hee...

2 orang penilai yang membina.. :)

muncung tak tahan..hahaha...;p

emcee, penjaga masa dan penjaga slide..:)

pensyarah lain yang turut hadir...En Azman dan En Mustafa..

pensyarah penyelia Ira pon turut hadir memberikan semangat... :)


last but not least...

rasa dah grad walaupun tak ambil exam lagi..heee...

hanya tinggal sebulan lebih je sebelum Ira grad...

doakan Ira!




. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails