Followers
Tuesday, June 9, 2015
Wednesday, May 18, 2011
Yang, Bobby dah mati...ye. Tengok tu tak bergerak.
Friday, May 21, 2010
Tokoh Mak Tiri
Monday, May 25, 2009
sama tapi tak serupa.
2-2 buas.
kejap2 asik ilang je.
dahla masing2 kecik. susah nak carik.
so, solution adalah meletakkan mereka dalam satu kandang kecik je.
senang.
tapi, diorang ni takde keserasian lagi.
didi kucing kecik ibu amek dari pasar ketika si kecik tu beria2 tarik ikan masin.
kesian ibu tengok. kecik2 lagi dah kena pandai2 cari makanan sendiri.
last2, ibu bawak balek.
dan tobby jadi pendengki. kalau si stacy toksah kata. lagi nyombong.
pandang pon tak nak.
bila letak tobby dan didi dalam satu kandang, nak la plak si tobby ni main.
tapi didi lak tak reti nak main. garang satu macam plak.
huhuhu.
korang agak siapa punya angkara ni?


teruk kan?
sib baik pecah satu cermin je.
panik jugak kitorang malam tadi.
dah la penat2 baru balek dari ipoh tgk ajiq demam.
skali, bila balek, ini yang dapat.
huhuhu.
sedih.
oh. en alang agak ni semua angkara kucing. sebab jaring kat luar tu macam dah tergantung sket.
aku lak dah gabra2 ingatkan ada orang pecah masuk.
tapi tgk barang2 semua ada.
alhamdulillah la kan.
kalau orang dah skali pecah masuk, mau berkali2 diorang nak masuk lagi.
takuuutttttttttt........
Wednesday, May 20, 2009
shaper ni?
tetiba ada benda terjah2 aku.
syok betul. dah lama takde benda2 camni kat umah.
tetiba ada plak yang datang menjengah.

Friday, May 8, 2009
balek kamponggg!!!!!!
esok pagi2 balek kampung en alang.
mertua aku dah bising2 lama tak balek sana.
nak wat camne mak, menantumu ini sangat sengal.
3 bulan pertama takleh drive jauh2.
skang ni plak dah batuk2.
tapi, no more alasan dah.
memang kena balek jumpa mertua dah ni.
hehehehe.
tak sabar nak balek sana.
ingat nak ajak diorang pi mandi2 kat air terjun.
best ek. sejukkkkkk.....
tapi, mesti en alang tak bagi.
:(
dia tu macam2. semua pon tak boleh. tensen!
rasa excited macam nak balek kampong johor plak.
padahal, kat bruas jek.
sape2 nak jumpa kitorang, meh le kite wat janji jumpa kat ulu licin.
mesti besttttt!!!!!!!!!!
:D
sebelum kite berakhir, aku kepilkan gambar di bawah ini:

Wednesday, March 18, 2009
dah tau dah
budak ofis jugak eh.
memang la kan.
tak pasal2 ko kena maki hamun ngan laki aku.
cian2. huhuhuhu.
so, aku dah jelaskan kat en alang.
en alang hangiiiin je.
nak wat camne kan.
bebudak tu orang bujang. takde keje nak buat.
tu yang kaco bini orang pulak.
padan muka diorang. huhuhuhu~
oh. ada yang bertanya mana aku dapat mug ni.
zaza beli kat ROMANTIKA plaza alam sentral, shah alam.
rm10 je.
murah kan?
tapi banyak tinggi oo ini mug. puas minum ayor.
hehehehe.
smalam kucing iqa, si mirmo mati jugak akhirnya.
setelah hampir sebulan mirmo ni menanggung kesakitan.
perut mirmo jadik besar, mirmo jadik pasif.
muka cengkung.
bawak ke klinik gomen, mirmo disuntik ubat demam je.
last2 ibu bawak mirmo pegi vet swasta je.
agak mahal la kan. tapi dah sayang.
weekend aritu doc warded mirmo.
bagi air glukos. masa tu memang kesian tgk mirmo.
dia angkat kepala, kepala dah start goyang2.
sebab satu badan lembik je.
isnin petang, ibu bawak balek mirmo. sebab doc kata mirmo dah takde harapan.
dia cuma bergantung ngan air glukos tu je.
pulaknya, mirmo masa nak mati tu,
dia gigit ibu jari ibu aku.
malam semalam, dah start bengkak2 dah ibu jari tu.
kitorang pujuk ibu pi hopital hari ni.
so, skang ni ibu, ajik ngan iqa kat spital.
oh. mirmo disyaki dijangkiti virus.
virus ni memang bahaya.
so, sesiapa yang ada kucing2 tu,
kalau tetiba je kucing korang jadik pasif, tapak kaki pucat, muka cengkung, mata dan hidung kering je,
cepat2 pi vet ok?
gambar mirmo takde.
puas aku cari. takde dalam simpanan aku.
mirmo kucing berbulu panjang.
ekor dia, leh buat feather duster tau. lembut je bulu dia.
senang dengar cakap. tak susahkan orang.
warna bulu mirmo 70% warna coklat gelap, lagi 30% kaler putih.
aku saspek mirmo ni kacukan kucing siam ngan parsi.
sebab bulu dia takla lebat, tapi panjang2.
bulu mirmo lebih kurang sama ngan kucing ni. part ekor tu memang sebijik. cuma kaler je lain. mirmo ada setahun umurnya.iqa menangis bagai nak rak smalam.
mata sembab je.
cian dia.
tapi, tak sampai 2jam mirmo mati,
dia dah tanya kat ibu bila nak amek kucing baru.
boleh?
Wednesday, December 24, 2008
been rejected and move on!

nampak tak kucing2 kat atas ni? yang atas tu nama stacy, yang bawah ni nama mimi. lena tul tido. kucing2 ni kucing iqa. ni dalam bilik dia la ni. besepah tak hingat. huhuhuhu~ (gambar tiada kaitan dengan entri)pepagi on way pi keje,
sudah mestila pasang radio kuat2 dalam kereta kan?
tetiba, pagi ni
aku dengar stesen radio bahasa omputeh.
pelik gak, slalunya aku dgr era. takpon hotfm.
camne lak leh bertukar bahasa ni?
tetiba *pling!*
ohh...ajik pinjam kete aku kuar jalan2 round pusing stewan-manjung-lumut malam tadi.
so, misteri dah terungkai.
tapi, aku layankan je la stesen radio ni.
tapi, tak dapat nak tangkap apa la nama stesen radio ni.
aku saspek flyfm.
masa baru nak layan lagu,
tetiba ada orang kol.
alkisahnye,
ada la sorang pompuan ni sudah kol ini stesen sebab nak luahkan isi hatinya kepada seorang jejaka.
then, dj2 radio ni pon pi la sambungkan minah ni ngan mamat ni.
so, minah ni borak2 la ngan mamat ni.
tentang hubungan diorang and so on...and on..and on.
dan bercerita tentang last christmas.
jadinya, sempena christmas esok, itu minah sudah propose mamat ni ajak kawen.
mamat tu pon ala2 tergamam.
then, mamat tu kata la dia speechless and dia anggap itu minah sebagai kawan je.
nak tau apa jadik lepas tu?
minah tu tergelak2 (cam buat2) sambil kata, "oohh...i'm just kidding."
boleh?
tapi aku saspek minah tu cover balek sebab proposal dia telah ditolak. di radio nasional. aku agak paling kurang dalam 10ribu pendengar yang dengar proposal dia direject ni.
dan mamat tu kata dia dah nak kawen ngan org lain next year.
kesian kan?
dan itu minah cepat2 cakap dan terus letak phone. mestila malu.
pastu, dj2 tu dah rasa serba salah. diorang call balek and guess what?
itu minah nangis teresak2 ok!
kesian gile la.
but hey, look at the bright side,
itu minah dah tahu yang selama ni itu mamat dah permain2kan perasaan dia saja.
so, kepada korang2 tu,
jangan la mesra sangat sampai bagi wrong impression kat kawan2.
sampai dia dah terjatuh hati pulak.
dah jadik camni, sape yang susah kan?
aku risau minah tu depress lalu bunuh diri ke hape ke.
ishh..mintak jauh la kan.
aku harap mamat tu pi la pujuk balek minah tu dan minta maaf cara elok.
sebab masa perbualan diorang tu, takde pulak aku dgr mamat tu minta maaf ke hapa.
edit jam 1.24pm:
sah! memang fly fm. sebab kat entri shafa pon ada citer pasal benda ni. check this out ---> http://shafa-mylife.blogspot.com/
ok?
Wednesday, November 19, 2008
Bagai bertandang ke rumah janda.
budak ni bukan milikku.telah diberikan kepada orang lain.
tapi dina janji nak beri kitten yang lain.
huuuuuuuuu.....
semalam en alang dok rungut2 tak dapat baby boo.
tu la. en alang ni sabtu keje.
mana boleh nak turun kl balek hari kan. tak puas.
kitorang tak dapat baby boo sebab kitorang amek dia lambat sangat. bulan 12.
kawan mama dina berkenan ngan baby boo dan lagi satu sibling dia.
dina, please give me the pictures of those kittens please? (wah! speaking london lagik)
ntah nape,
aku skang ni tgh bengang gile ngan 'bos' tapi bukan bos aku.
dia ni pompuan.
tak suka staff pompuan lain.
aku pelik la apsal ngan dia ni.
kalau ngan staff lelaki, kemain manja lagik.
boleh tak,
last week.
aku pi jumpa dia.
nak tanya kan pasal aku nak ammend report yang aku buat.
bukan susah mana pon, dia just baca, nanti aku ammend la.
so, perbualan kami macam ni,
aku tgh tunggu dia kat tepi meja. dia tgh discuss ngan account exec.
dia: hah intan. ada apa?
aku: takdela kak ___. ni tolong tgk kalau2 ada word yang akak nak saya take out.
dia amek kertas kat tangan aku sambil muka dengan tak semenggah.
aku sabar je lagi.
dia: hah. word ni tak valid. buat apa letak kat sini? kat report tetengah tu kan dah sebut?
aku: saya tulis ikut apa yang berlaku masa meeting.
dia: (muka tak puas hati) lain kali, kalau nak datang ofis saya, interkom saya dulu.
aku dalam hati, "what the hell! f*** la ko! aku nak jumpa MD pon tak payah nak interkom2 bagai".
aku terus je amek kertas tu kat tangan dia, dan aku blah macam tu je.
takde word terima kasih, nak senyum2 lagi. muka dia sendiri macam la**nat!
aku terus jumpa bos aku.
aku: mr. ___, saya dah tak nak berurusan ngan orang macam tu. menyampah saya.
mr. ___: aiya, you biarkan je dia. you banyak2 bersabar la intan.
aku: dia ingat, kite ni mintak sedekah ke kat dia? suka2 nak saya interkom dia dulu sebelum datang bilik dia? saya tak suka la macam ni mr.___. MD sendiri pon takde wat perangai macam tu. (ye, aku skang kuat ngadu)
mr. ___: takpe2. kite beralah je la. biarla dia.
aku: dah2. lepas ni, mr. ____ nak saya pi jumpa dia ke, memang saya tak nak dah. menyampah saya
mr. ___: (senyum je)
sampai skang ni, aku dgr suara dia pon aku rasa menyampah satu macam.
hati ni membara2 je.
korang tau,
aku nak jumpa bos aku sendiri pon takde makna nak interkom2.
slalu aku redah je. dia pon tak kesah aku redah2 bilik dia.
ini, bukan pon bos aku, berani nak suruh aku macam2?
bagi aku, jumpa in person lagi sopan dari ko angkat gagang nak discuss2.
jumpa in person lagi boleh eratkan silaturrahim.
jumpa in person lagi senang nak kenal personaliti seseorang.
jumpa in person boleh tingkatkan metabolisme dengan berjalan atau berlari2 anak ke bilik orang tu.
there. aku dah luahkan. rasa lega sket.
kalau tak, terpendam terbuku je dalam dada.
maksud peribahasa hari ini,
Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa.
Wednesday, October 29, 2008
baby boo dan tag oleh dalie.

seperti yang korang sedia maklum,
aku ada wat poll kat column sebelah ni kan.
so, majoriti membuat pilihan supaya aku digalakkan membela haiwan lain dan haiwan itu adalah kucing.
:)
hehe~ part ayam tu pon ada jugak orang vote kan ye.
bagus jugak tu.
dah puas bela, leh la makan daging ayam. ye dak?
part haiwan eksotik tu plak, memang takkan la kan.
en alang kan penggeli ular.
dia kalau tgk ular dalam tv pon leh geli2 kaki.
tak paham aku.
maybe ada orang tau, ada jugak yang tak tau.
aku akan ambil kitten dari dina.
gambar kat bawah ni adalah kitten tu.
buat masa ni, aku namakan dia, baby boo. (kalau dia gemuk2 nanti, boleh panggil boolat!)
comel tak?
tak sabar nak tunggu bulan 12.
masa tu, ceera kawen kan. dah tentu2 aku turun kl.
dan masa tu la aku akan amek baby boo ni.
(dan harap2 masa tu bonus dah masuk! *cross finger*)
dengan harapan leh la jumpa blogger2 lain.
jom korang!
kita wat gath kecil2an.
(yok! yok!)
nak wat tag.
budak ni tag aku. budak yang dah tak reti2 nak jumpa aku ni.
biasa nii..nak kena babap ni.
:P
nyah! bila ko free? aku malas nak kaco ko on weekend. aku tau ko mesti bz punyee...
umah aku sentiasa terbuka utk ko. ok darl?
mmuahhh!!!
1. The rules of the game get posted at the beginning
2. Each player answers the questions about themselves
3. At the end of the post the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog
Starting time : 0905H
Name : Intan, Lynn, Along.
Sisters : 2
Brothers : 2 (sorang dah disimpan)
Shoe size : 8@9. yeah..aku ngan dak dalie ni satu size. slalu gak main try2 kasut ngan dia.
Height : 162cm. ntah brape kaki la ni.
Where do you live : sri manjung
Have you ever been on a plane : pernah
Swam in the ocean : takat celup2 badan boleh la.
Fallen asleep at school : ntah la. slalunya aku ni memang susah nak tertidor ke hape ke. eh...pernah! slalunya kelas agama. hehehe~
Broken someone’s heart : ntahla. ada kot. ;P
Fell off your chair : pernah. biasala. kat skolah suka duduk jongket2 kerusi..
Sat by the phone all night waiting for someone to call : harus la kan. bercinta sememangnya memerlukan bill telefon yang tinggi.
Saved e-mails : (aku memang slalu save email. dan sort by categories.)
What is your room like : penuh dengan bantal. atas katil, atak carpet..semua bantal!
What’s right beside you: masa bila ni? skang ke? kalau skang ni, adalah jiran cubicle aku.
What is the last thing you ate : biskut gula.
Ever had…
Chicken pox : pernah. masa form 2.
Sore throat : pernah
Stitches : tak ada lagik. (akan ada..i hope!)
Broken nose : tak lagi.
Do you Believe in love at first sight : :) mestila. aku ngan en alang kan love at first sight gitu.
Like picnics : baru je weekend aritu pi piknik kat teluk batik. best!
Who was/were…
The last person you danced with : my dear beloved husband. kami ni pasangan agak mereng. suka2 je nak menari2 dalam umah. baru semalam belajar menari tango dari dvd.
Last made you smile : en alang. hari ni dia pi keje ngan short dan sweater. comel sangat2!
You last yelled at : semalam kat iqa . bukan yell la. more to shout i think.
Today did you…
Talk to someone you like : musti la.
Kissed anyone : of course!
Get sick : kaki agak sakit sket2.
Talk to an ex : hohoho~ nak mati kena sembelih ngan en alang?
Miss someone : hari2. rindukan en alang. skang ni pon tgh tersenyum sorang2 teringat kat dia.
Who do you really hate: orang kencing tak flush. (yup. aku kenal orang itu)
Do you like your hand-writing : ikut mood.
Are your toe nails painted : inai kira painted ke ek?
Whose bed other than yours would you rather sleep in : takde sape kot. (gile baik aku ni)
What color shirt are you wearing now : pakai baju kurung hijau.
Are you a friendly person : yup. sangat2 friendly.
Do you have any pets : kucing iqa termasuk ke ek? ada2. stacy dan bobby.
Do you sleep with the TV on: suka banget.
What are you doing right now : jawab tag sambil goyang2 kaki dan tersenyum2 teringat kat en alang.
Can you handle the truth : saya adalah orang yang berpijak pada bumi yang nyata.
Are you closer to your mother or father : ibu . ayah rapat jugak. tapi jarang jumpa.
Do you eat healthy : heh? apa tu? ;)
Do you still have pictures of you & your ex : ada. en alang tak tau ni. shhhh...~
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : en alang. dan ibu.
Are you loud or quiet most of the time : most of the time? loud i think.
Are you confident : hmm...ntah. tgk jugak la.
5 things I was doing 10 years ago
2. lepas spm, kerja kat Pan Pacific Resort Pangkor as account clerk.
3. dilamar oleh bell boy resort tu. terus membuatkan aku berhenti kerja.
4. isi borang UPU
5. masuk KMK (kolej mara kulim)
5 things I would do if I were a billionaire
5 of my bad habits
5 places I’ve lived/living
5 people I tag
kemborku lindosh. adina. pu3nemo. zuraida. zaza.
Monday, October 13, 2008
selamat tinggal ateh, en alang juga meninggalkanku

ateh dah mati.
ye...ateh mati tanggal 11 oktober 2008.
hari sabtu. tatkala aku kelam kabut nak ambil ibu bawa ke stesen bas.
en alang tanam ateh di laman rumah ibu. bawah pokok kedondong.
tak puas bermanja ngan ateh lagi.
ateh selalu saket2.
tapi, jumaat malam sabtu tu dia dah nazak.
dah dengar 'kroh,kroh' dari ateh.
tapi aku menidakkan kenyataan.
dengan anggapan ateh cuma saket2 biasa.
lagipon, what can go wrong?
aku kan dah bagi dia makan ubat?
semalam, semasa ambil baju2 en alang kat rumah,
ternampak2 ateh main sorok2 kat balek kaki kerusi makan.
ternampak2 ateh suka lepak belakang pintu bilik.
terasa2 dia menyondol2 kaki aku sedang tengok tv.
tak cukup lagi,
en alang pon dah tinggalkan aku sorang kat sini.
dia ke jb lagi.
seminggu lagi kat sana.
jumaat petang,
en alang call aku tak dapat2. sebab aku tertinggal phone kat umah.
so, sesampai je aku kat umah,
aku call dia, tanya ada benda urgent ke.
dia cakap dalam nada sedih, 'abang kena ke jb lagi'.
'kalau abang tak pi jb, abang takde peluang nak ke miri.'
miri. sarawak.
en alang tak sabar2 nak ke sana.
sebab ada kursus peningkatan skill kat sana.
dia suka timba ilmu. tapi family dia kan orang susah,
jadinya, memang takkan ke ipt la kalau lepas spm.
terus kerja saja.
ini pon, en alang dah planning nak ambil kursus komputer.
aku cadangkan belajar di KEMAS.
korang nak tau?
betapa aku tak merelakan en alang pergi ke jb dan en alang juga tak nak ke jb tu?
kami berdua menangis ye.
yup!
bukan aku sorang, tapi kami berdua!
en alang memang tiap2 malam selimutkan aku.
tapi, malam tu aku merajuk ngan dia, bila dia nak selimutkan aku je,
aku tolak selimut tu.
then, dia selimutkan aku lagi,
aku tolak lagi,
sampai kali ketiga,
en alang selimutkan aku sambil cakap,
'nanti, seminggu abang tak dapat nak selimutkan ayang tau. bagi la abang selimutkan ayang...'
dalam nada seorang lelaki sedang menangis.
aku apa lagi,
biila dengar dia nangis,
aku pon meraung la.
bagai nak rak ok!
pastu,
korang pandai2 la pikir apa terjadi lepas tu.
hehehe...~
memang malam yang penuh air mata.
dengan ateh nazaknya, en alang plak kena pi jb seminggu.
sedih sangat hati kitorang.
tak terbendung lagi.
jap..jap.
terpandang entri si adina.
dia nak bagi kucing!
wahhh!!!
dina, yang kaler oren tu dah ada orang chop ke?
nak! nak!
tak kesah la..babies pon ok gak.
yang besar sekor tu pon ok gak.
:)
Tuesday, August 19, 2008
susah juga ye nak jadik mak kucing ni
bangun pagi,
solat subuh.
masak air,
buat breakfast,
en alang siap2, breakfast,
en alang pegi keje.
pastu, bersihkan kandang ateh,
sapu2 sisa pasir yang berterabur,
ganti air dan makanan,
buang sisa2 buangan ateh,
bersihkan taik mata ateh,
cium2 dulu,
masukkan balek dalam kandang.
then,
pi mandi,
siap2 pi office,
sampai office,
start rutin kerja pulak.
*rutin pagi di rumah ini akan diulangtayang semula setelah pulang dari kerja. bezanya, rutin didahulukan dengan urusan ateh dulu, kemudian baru buat kerja2 rumah yang lain.*
see?
betapa seboknya aku pagi2.
mengalahkan macam aku ni ada 5 anak ok!
aku rasa, bela anak lagi senang kot dari bela kucing.
hmmm...~
sepanjang weekend,
stacy (kucing iqa) asik ajak ateh bergurau senda.
tapi ateh hati keras.
buat bodoh je.
stacy ni agak ligat, lompat sana, ambush sini...
ateh plak jenis slow-mo gitu.
bila stacy terkam ateh nak ajak bergurau,
ateh kuar kuku ajak gaduh plak.
tak ke haru.
huhuhu~
kalau ikutkan firasat aku la.
aku rasa si ateh ni dah selesa hidup sorang2.
macam anak tunggal gitu.
mintak apa pon dapat.
tak biasa dengan kehadiran kucing2 lain.
actually, dia tak heran pon ngan kucing2 lain.
aku pon pelik.
dia lagi selesa dengan orang2 sekeliling.
pulaknya, dia ni jenis mengekor.
mana aku pegi, dia nak ngikut.
selalu jugak la terpijak kaki atau ekor ateh.
hehehe~
semalam,
tengahari dapat text sms dari wife sepupu aku, kaka mas mengatakan anaknya masuk ward kerana cirit-birit dan muntah-muntah.
dia minta aku temankan anaknya kat spital sementara dia balek umah ambilkan susu dan baju2 untuk tidor semalaman kat spital tu. sepupu aku tu plak takde, ada karnival sukan peringkat kebangsaan antara skolah teknik kat batu pahat plak tu.
aku ajak en alang pi skali ngan aku lepas ofis hour. en alang setuju. ye la kan, anak sedara faveret dia plak tu yang saket. huhuhu...~
susah jugak la nak ambil hati budak ni.
memula2, dia tido,
tapi bila dia terjaga, ibu dia takde,
terus nangis2...
plaknya, dia ni jenis rebel.
huhuhu~ aku just buat tak tau je memula.
en alang suruh aku pujuk dia last2.
aku letak tangan kat kaki dia, dia tolak,
kat kepala, dia tolak jugak.
nasib la anak orang kan.
kalau la anak aku, memang dah kena dah.
hohohohoho!
kakak kimi ni, chiqah pon demam jugak. lesu je.
tapi dia ni tak banyak kerenah.
biarpon tak lalu makan nasi, pisang sampai 2 biji dia balun sorang.
pisang jenis besar2 plak tu.
kesian aku tgk budak berdua ni.
ingat, kalau kimi masih kat ward, nak pi tgk jap.
:)
nuff
lalu-lintas Intan & The Boys |


















