Tuesday, October 11, 2011

testing



Testing .....

Thursday, September 29, 2011

semangat semula

salam uols..(bunyi mcm ramai sgt la kunun yg membaca kat sini kan ----> syok sendiri :). dah 3 mggu masuk keje. Life masih tunggang langgang lagi sbb asik terlajak je bangun pagi. Jadual yg terseusun sepatutnya bangun kul 5 pagi , pam susu, kejut enche suami utk exercise, sediakan beg susu then last baru kejut budak tecit bagi nyusu sblm hantar g umah BS. tapi x pernah nye dapat bangun kul 5. mesti terlajak kul 6 pagi. Pastu kelam kabut mengepam. Ngam2 5 oz, berhenti sbb nak kena susukan budak tecit plak. Pastu bukan bleh kejap2 je kan. Nanti ngamuk plak. Pastu kelam kabut sediakan beg susu. Nasib baik selalunya susu dan siap sukat mlm sblm tdo.

Stok dah makin mengurang je skang ni. Tak de sebab lain selain asik stress je. stress ngan macam2. Seriously am not good la to manage my stress. Asik berhangin satu badan je sekang ni. Sebab tu la bekalan susu mcm kais hari ni utk mkn besok ...huhuhuhu (cik puan finy yg ckp ngan i) sian anak mama tau wpun ada bagusnya sbb dia dpt susu fresh je hari2.muehehehehe.

Semalam adalah paling teruk sbb nya dah hantar kat BS 12 oz utk 4 kali nyusu sbb ada satu session aku g DF (lunch hour). Pastu terajin plak pegi bawak stok utk besoknya (4 oz) kununnya nak simpan terus la. Sekali masa nak amik ptg BS ckp yg 4 oz pun dah bagi da kat Sofya..huhuhuhu..nanges mak hoiii..x po la ckp dlm hati dr ptg sampai besok pg mesti sempat nak kumpul balik.

Balik umah ptg tuh, cik B tgh penuh sbb x sempat pam waktu ptg ms kat ofis, terus bagi budak tecit sbb dah sondol2 muka dia kan. Agaknya penuh sgt sekejap je dia nyusu terus lepas dan lelap...zzzzzz...aku usik2 pun x mo bangun. Apalagi terus la amik peluang ngepam kan. Tapi sket sgt plak dptnya, 2 oz je???? adeh utk sekali nyusu pun x cukup camni. Mlm tuh pam lagi dapat lagi 3 oz. sketnya....sedey T_T..cane nak bg mkn anak ni??

masa tuh rs give up sgt dah. tetiba rasa down sgt..terus ckp kat enche suami. Dah la, x mo BF lagi. bagi je susu FM. senang..tapi enche suami kata jangan..dia yakin aku boleh BF sofya at least sampai 6 bulan dulu. pastu kita tgk cane.lega sket rasa ada org yakin ngan kita. (tima kaseh sayang bg semangat kat reen..mmmuahhh)

Hari ni, terus cuba minum benda2 yg banyakkan susu. Waktu lunch td minum 2 kotak soya dan satu palstik besar air horlick. Kembung mak aihhhhhhh...berpinar2 mata pening..huhuhu x pe la demi anak ku telankan juga. Sat g sblm amik budak tecit nak g care4 nak cari susu nutri99. ada membe kata bleh banyakkan susu. Chaiyok mama!!! Pastu baru print ayat 60, surah Al-Baqarah buat amalan setiap kali pam susu dan ketika nyusukan anak mama nanti. Mudah-mudahan berkat bertambah2 rezeki Sofya nanti ye.

Wednesday, September 7, 2011

Sofya berpisah Mama :(

Salam lebaran. harini dah 10 Syawal dah dan da start keje dah pun. First day harini. Dan hari kedua berpisah ngan budak tecit!!!! SEDEYYYYYYYYYY T_T..actually semalam dah test hantar dah wpun blom msk keje lg. Pstu tghari g umah bs nak jenguk dia waktu tghari. Setakat 4 jam pertama ok. Tp dah pandai nanges bila dgr je suara mama. Alahai lagi mama sedey sayang!!! tp mama strong. mama x nanges pun ms tggl Sofya tuh. tahan jek.hekhek.

Tp yg x bestnya ms g jenguk tuh mama dukung Sofya. Pastu dia batuk sket2. Tetiba dia muntah berlambak2. Sampai lencun baju mama. Naik takut tgk.Sian sgt.Memerah muka dia sakit agaknya bila muntah banyak tuh.Sebelum ni Sofya biasa da minum ebm dan mmg x penah sekali pun muntah even sket pun. Tp bila tgk smlm mama da x sedap hati. Susu semua ok sbb sblm mama pack pg tuh mama rs dulu. Mmmg ok la rasa dia.Pastu Sofya terus termenung je. Xde respon pape. Mama agah pun x mo senyum. Dia pun terkejut agaknya bila muntah tuh. Siannya anak mama. Nak kata bg lebih, mama da sukat siap2 dah utk every session 3 oz. BS cuma perlu panaskan aje. Mama check suhu badan dia 37oC. Demam ke tapi x la panas sgt pun.

Then petang masa amik BS dah siap mandikan. Pastu mama cium bau muntah je baju dia. MMg kenal sgt la sbb sebelum ni dia x muntah kan. Bau masam je. Haihhh risau la kalu cenggini hari2. Balik tuh dari jam 6 ptg sampai kul 11 mlm dia tdo je. Mama kejut gak nak bg nyusu, dia hisap sekejap pastu tdo balik. Kenapa ek??? Sblm ni kemain katif asik terjerit2 + gelak2 je bila diagah. Ni x mo langsung. Merajuk ke? Ke kesan muntah banyak sgt???

ok itu cerita masa mggu lepas hari khamis. hari ni Isnin. Harini dia sgt2 ok dan dah tak muntah lagi. Actually mungkin cara menyusukan guna botol tu x berapa ok kot. Sbb hari kedua tuh g ajar BS cara peganga botol baru ok dan dah x de muntah lagi dah. setakat tghari td alhamdulillah ok je. Sofya pun nampak happy sgt. Mama pun happy :)

Friday, August 12, 2011

bersarang sudah...

Umang haiiyhh.. da bersarang da blog ni punya la lama. Dekat sebulan tak menulis..too many things happened lately..dgn jiwa kacau nye...dgn nak menstabilkan mental la..plus budak tecit yg kekadang ok kekadang x ok ni..life has been so serabut + sesak. Ramadhan yg sgt berbeza dari yg sebelum2. mudah-mudahan diberi kekuatan olehNya utk meneruskan kehidupan serba baru ini walaupun diduga lagi dgn dugaan yg sangat haibatt. InsyaAllah...

Dah la tu. Semua yg sedeh2 x mo igt da. Meh citer psl budak tecit ni. 6hb ogos hrtu g bawak cucuk utk 2 bln. Seperti biasa budak ini tidor sajor masa kena cucuk..heeekkkkkk lebih kurg 5 saat pastu pengsan balik. Dokter pun gelak je ngan ini budak. Pastu timbang la sekali. Kali ni mama sgt suker Berat baby bertambah banyak.1.3.kg drpd last month nye berat. Dari 3.1 kg naik ke 4.4kg.yeay anak mama membesar dgn sehat. Alhamdulillah syukur wpun ada je lagi org kata anak mama ni halussss sajor mama x kesah. Yg mama tau anak mama sehat dan aktif je. Tgn kaki kemain aktif menghdayun. Pastu da pandai gelak bila kena agah. Dah mula ngiring2 kan badan. Nak meniarap tak lama lagi agaknya.rr.

Tapi..ceh ada tapi pulak. Budak tecit ni da start jaga malam pulak. Ms lps pantang hrtu da ok. Bila start 1 Ramadhan je terus meragam je malam sampai ke pagi. Kekadang kul 8 pg baru dia tdo. Mamanya la yg rasa sgt nak pengsan. Satu mlm bleh thn lagi tp kalo da tiap2 mlm mmg lebammm la mata mama ni. Skang ni pun da pukul 4 pg terkebil2 lagi Mata dia. Da dekat nak sahur da ni. Owhhh anakku sayang tdo la. Mata mama pun da makin kecik ni.

Sempat lg kot kalo nak tdo dlm 15 min ke kan sblm sahur.zzzzzz tdo dulu

Thursday, July 14, 2011

mengong...mengong...mengong...

tensi la ngan blog ni. apsal org x leh nak komen ek?, yun- aku dah check kat comment nye setting x de yg berubah pun. seyes aku x godek pape pun tetiba je jadi cenggini. mak menci la camni!!!! patutnya hari2 bleh menghapdet (i kan surirumah skang) tp blog yg mengong ni telah mematikan mood i nak menulis ...sesapa bleh tlg tak ???

(oppss x de sapa leh komen kat sini kan. sesapa yg baik hati meh la tlg pm kat inbox FB i cemana cecara nak betulkan bendalah ni. enche suami cadangakn terminate je blog ni pastu buat blog baru> erkkk??)

Monday, July 4, 2011

Kena tinggal..

Hmmm... dah 2 minggu berturut2 asik kena tggl je ngan inchi suami. Sian Sofya. Rindu kat papa dia. Ye ke Sofya yg rindu ke mamanye??? ehehe..dua2 la rindu kat papa. Tak tau la sejak ada baby ni sensitif terlebeh sudaaa... Kalah masa ngandung dulu. Actually masa ngandung pun slalu kena tggl gak ngan inchi suami tapi x kesah pun. Skang ni bila tggl berdua rasa macam lost aje. Macam x de semangat je nak buat apa2. Cuma buat benda rutin. Susukan baby, mandikan baby, tdokan baby. Utk mak nye plak cuma buat rutin org berpantang. Selebihnya melepek je depan tv menunggu bila la papa nya nak balik. Pastu rasa sayu je hati ni bila kena tggl. Walaupun happy ngadap baby hari2 tapi bila papanya takda mama rasa mcm x best sgt. Padahal lebih kurang je waktu inchi suami pegi kerja hari2. Bape jam je jumpa dia sbb dia slalu balik lambat skang ni. Tapi at least dapat gak jumpa, sembang walaupun sekejap. Entah la..mungkin sbb dah bosan dok umah sorg2 x de kawan nak cakap kot...uhuk..uhuk..uhuk...

Dah la x de mood nak sambung. Dah kul 12.00 mlm dah. Sofya dah hek..hek..nak g bagi mkang dia.

(n3 yg x de motif)

Thursday, June 30, 2011

kena cucuk

Harini genap Sofya (mama & papa ) / Mia ( org lain pggl) 29 hari. Harini gak 1st appointment Sofya utk kena cucuk hepatitis B dos kedua. Nasib baik klinik bg appointment ptg khas utk baby umur sebulan. Sofya dpt giliran no.2 Alhamdulillah. Mmg awal gle dtg td sbb papanya x dpt nak half day pun. Sibuk sgt dgn keja.

Dan seperti biasa budak tecit ni kalo siang tdo manjang. Sib baik mama sempat kejut sblm gerak ke klinik utk bg nyusu dia. Masa kena cucuk dia hek..hek.. sket je pastu sambung tdo balik. Haihhh ikut perangai sapa la anak mama ni kuat tidoq sungguh.

Pastu timbang berat. Skang dah 3.2kg. Masa lahir 2.7kg. Panjang bertambah 4cm jadi 52cm drpd 48cm ms lahir. Ukur lilit kepala naik 4 cm gak drpd 32 ke 36 cm. Alhamdulillah. Dah besar sket anak mama ni. Tp nurse tu ckp berat dia sket sgt naik. Nanti kena monitor. Ada sesapa tau tak bape sepatutnya naik berat baby dari lahir hingga sebulan. Naik setengah kg tu x cukup ek. Rsnya da banyak da bg dia nyusu. Mula la mama rs x best ni. Anyone yg da ada anak tu mai share info sket. Tq :)