Showing posts with label Tragedi. Show all posts
Showing posts with label Tragedi. Show all posts

Sunday, August 12, 2012

TAGGED UNDER: ,

Tragedi: 52 Terbunuh Manakala 46 Lagi Cedera Dalam Kemalangan Bas Di India


Sekurang kurangnya 52 orang termasuk 2 daripadanya masih bayi terbunuh, selepas sebuah bas lebih muatan terbabas lalu jatuh kedalam sebuah gaung di wilayah utara negara India.

Pemandunya dikatakan hilang kawalan setelah salah satu dari tayarnya meletup ketika melalui selekoh tajam disebuah jalan pergunungan yang terletak didalam daerah Himachal Pradesh, 335 batu ke utara New Delhi.

Lokasi Kemalangan: Kelihatan para pekerja penyelamat dan pihak keselamatan sedang berada disamping serpihan bas yang terjunam ke dalam gaung di wilayah uatar Inida

Kebanyakan penumpang yang duduk diatas bumbung bas yang mempunyai had muatan 42 orang penumpang ini terbunuh serta merta dimana 18 orang diantaranya adalah penumpang wanita.

Empat puluh enam (46) penumpang telah dikejarkan ke hopital dengan 12 orang darinya berada dalam keadaan kritikal. Jumlah kematian dijangka bakal meningkat, mengikut laporan yang dikeluarkan.

Operasi Menyelamat : Para penyelamat sedang mencari mangsa dari bangkai bas yang remuk setelah terjunam setinggi 300 kaki kedalam gaung

Seramai 39 orang termasuk pemandu maut ditempat kejadian manakala 13 orang lagi mati dalam rawatan akibat kecederaan.

Tragedi ini berlaku sekitar jam 9 pagi waktu tempatan ketika sebuah bas milik swasta sedang membuat perjalanan dari Chamba - sebuah daerah pergunungan yang terpencil dimana dilaporkan banyak kemalangan jalanraya berlaku - menuju ke Dulera.

Operasi Bantuan. Mangsa yang maut sedang diangkat kes dalam trak

Mayat mangsa yang telah dikumpulkan diselubungkan dengan kain putih  sementara pekerja pencari dan penyelamat  kelihatan sedang berkumpul dilokasi kejadian.
Sunil Chaudhury, pegawai daerah Himachal Pradesh Chamba, melaporkan, kesemua mangsa telah dikeluarkan dari lokasi kejadian namun pasukan penyelamat masih berada disana.

Empat pasukan doktor telah ditugaskan ke lokasi dimana bedah siasat juga dilakukan ditempat tersebut.

Bas dan serpihannya kelihatan bertebaran di sekitar lokasi kejadian.

Walaupun siasatan punca nahas baru dimulakan, Chaudhury bertegas bahawa kemalangan tersebut adalah disebabkan oleh keadaan bas yang padat dan lebih muatan.

Negara India memiliki rekod kematian di jalanraya yang tertinggi di dunia dimana 110,000 orang dilaporkan maut setiap tahun dalam kemalangan yang berpunca dari lebih muatan, melebih had laju, keadaan bas yang dhaif dan keadaan jalanraya.

Terjemahan Bebas Dari Sumber : Dailymail

===///===

Nota: Musim perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang nanti, kita doakan moga moga tidak ada tragedi sesadis ini berlaku dinegara kita. Acapkali kita menghadapi berita nahas yang hampir serupa akibat dari kecuaian manusia dan juga keadaan bas yang tidak diselenggara dengan baik. Moga tahun ini tragedi tidak berulang .. InsyaAllah.

Sunday, August 5, 2012

TAGGED UNDER: ,

Gempar : Lelaki Terjun Dari Pesawat Yang Sedang Bergerak Di Miri



Miri: Seorang lelaki mengambil keputusan nekad dengan melompat keluar dari pintu kecemasan pesawat Air Asia ketika ia sedang bergerak untuk memulakan penerbangan sekitar jam 7.30 malam tadi.

Akibat dari perbuatan lelaki yang berusia 24 tahun itu, beberapa penerbangan di Lapangan Terbang Miri telah tertangguh sehingga tengah malam tadi. Beliau juga dipercayai merupakan salah seorang pekerja syarikat Air Asia yang sedang bercuti dan hanya dikenali dengan nama Chong dan mendaftar masuk untuk penerbangan ke Kuala Lumpur bersama teman wanitanya.

Sebab dan tujuan yang mendorong beliau berbuat demikian masih tidak diketahui.

Menurut krew yang sedang bertugas, mereka tidak sempat untuk menghalang lelaki itu dari membuka pintu kecemasan dan melompat keluar semasa pesawat itu sedang bergerak ke landasan untuk memulakan penerbangan. Bagaimanapun hampir pasti, lelaki itu (Chong) bakal berhadapan dengan tindakan undang undang . - Borneo Post

Tuesday, July 10, 2012

TAGGED UNDER: ,

Amuk Di Putrajaya : Cemana Kalau Si Pelaku Ahli UMNO?

Foto Cilok Dari King Jason

Sebetulnya wa taknak turut serta dalam memperkatakan tentang peristiwa amukan yang telah berlaku di JPM petang semalam. Apatahlagi setelah mendengar berita pelakunya cedera parah dan akhirnya menemui ajal semasa dalam perjalanan ke hospital.

Tapi bila wa nengokkan media media termasuk blog blog chai ameno tanpa jemu memutarbelitkan cerita seolah olah ingin meletakkan kesalahan atas PAS, wa terpanggil untuk turut mengetahui lebih lanjut tentang duduk perkara yang diperkatakan.

Well, utusan meloya mendahului ramalan bangsatnya dengan cuba melabelkan sipelaku ingin menumbangkan kerajaan. Hagak hagak le weyh .. tumbangkan kerajaan seorang diri dengan bertemankan pompuan yang tak bersenjata. Susah payah kerajaan bayar gaji tentera dan polis, bagi elaun memacam, kursus tempur sana sini, tetiba ada la mamat rambo yang boleh menumbangkan kerajaan dengan sebilah pedang samurai, apa luorang ingat dia ada berkawan dengan doraemon ke hape?

Kemudiannya, bila mamat tu bertakbir, dilabelkan plak sebagai orang PAS.. ermm .. satu persangkaan yang sangat bangang. abih tu takbir raya luorang berbunyi macamana? Orang ameno bertakbir 1 malaysia 1malaysia ke ? Takbir tu memang milik semua jiwa yang mengaku Islam. kalo sebab takbir tu dia dah konfem jadi ahli PAS, maka kesemua muazzin surau dan masjid termasuk imam imam di seluruh dunia adalah ahli PAS .. sebab seruan azan bermula dengan Allahuakbar Allahuakbar .. dan setiap solat bermula dengan takbiratulihram ..yang berbunyi Allahuakbar .. ke orang ameno solat dengan takbir 1malaysia gak ??

Ada plak blogger chai yang buat kesimpulan yang sipelaku berasal dari kg medan yang diketahui sebagai lubuk PAS. Ini memang kemuncak bangang yang sangat ekstrim. Mungkin blogger ni antara yang pernah kena buli setiap hari kat sekolah, atau juga pernah terjatuh dari pokok jambu ketika nak ngintai anak dara mandi .. sampai takleh nak fikir dengan rasional akibat gegaran otak tahap kronik.

Ok .. kita berbalik pada pelaku yang mengaku sebagai Imam Mahadi ni. Secara umumnya boleh lah wa rumuskan yang beliau ni memang tak bersetuju dengan sistem pemerintahan dalam Malaysia. Dari penulisan di blognya, penulis bantai keliling termasuk Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haron Din,  Tuan Guru haji Hadi, Wali wali songo, Sultan, Menteri Kesihatan .. aik .. kena gak?? ..tapi dalam banyak banyak tu beliau tanpa berselindung mengatakan begitu mengkagumi Mahathir .. perghhhh.. nak kata apa ? Jap wa quote.

Selama-lama hari-hari puluhan tahun menangis dan meminta bercucuran airmata. Airmata siapakah itu ? Nik Aziz.... airmata siapa lagi? Hadi Awang......   lagi.. Dr Harun Din. Kamu semua solat tahajjud setiap malam mengigil-gigil dan menangis tatkala berdoa. Puluhan tahun kamu lakukan tapi aku hairan kenapa Allah Tuhanku tidak sayang sama kamu.

 Dr Mahathir pernah dikafirkan semasa mengusulkan pendapat supaya Alquran diubahkan kepada banyak bahasa supaya mudah dipelajari. Hariini cuma ada terjemahan kebahasa-bahasa lain. Terjemahan tidak sama. Itu bukan yang Dr Mahathir maksudkan. Ia berbeza dengan kitab Injil telah lama diubah dan Wal hasilnya Kristian dianuti lebih dari 2.2 bilion penduduk Dunia. Penat orang tua ni menjawap. Dr Mahathir satu-satunya manusia berjiwa besar yang aku temui diMalaysia hingga hari ini. Jika dia masih mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia pasti aku amat-amat bersetuju. Dia sudah tua dan selalu sakit-sakit tidak mungkin dia mahu. 

So, bila dah dia mengaku sebagai pengkagum kepada Mahathir, boleh ke wa labelkan sipelaku ni sebagai ahli ameno? boleh ke wahai chai chai yang terencat akal? atau sekurang kurangnya wa katakan beliau dapat arahan dari mimpi dan dalam mimpi tu mahathir bagi kebenaran untuk beliau memulakan aksi? logik ke (itupun kalau ikut kaedah chai chai ameno) untuk membuat pertuduhan gitu?.




Sebenarnya, jelas perlakuan sipelaku dengan rakan wanitanya adalah sesuatu yang memang dah dirancang atas satu sebab yang tak dapat dipastikan. Luorang boleh terus ke blog beliau dan baca dibahagian komen kerana kat situ ada menyatakan dengan jelas siapa perempuan tersebut dan apa yang diperbincangkan. Rujuk Blog Jaya Negara

Kesimpulannya bagi wa, ini adalah perilaku dari 2 orang yang memang berjiwa kacau dan dalam istilah perubatan ada kategorinya samada euphoria, dementia atau skizofrenia.. maaf wa tak arif bab tu.

Nota : Akhir zaman ni ramai sangat yang nak ngaku Imam Mahdi ..tapi 'imam mahdi' kali ni lain maciam sebab tak suka pakai baju dan pakai bandana lambang tengkorak.. huhuhu

Wednesday, June 27, 2012

TAGGED UNDER:

Tragik : Kenderaan Makan Tuan


IPOH – Kegagalan seorang lelaki menarik brek tangan kenderaan yang dipandunya memakan diri apabila maut akibat terperosok dalam longkang di sebuah tapak projek perumahan di Falim, semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 12.00 malam itu, mangsa, Chang Wing Khoon, 58, meninggal dunia di tempat kejadian setelah kereta Toyota Hilux milik syarikatnya yang diparkir bergerak sendiri sebelum merempuh mangsa dari arah belakang. 

Difahamkan mangsa cuba membuka pintu zink, ketika turun, dia lupa untuk menarik brek tangan sehingga tidak sedar kereta itu bergerak dan merempuhnya di hadapan menyebabkan mangsa tidak sempat untuk berbuat apa-apa. 

Wing Khoon yang bekerja sebagai pengurus projek ditemui orang awam dalam keadaan warna kulit menjadi lebam akibat dihempap bahagian hadapan kenderaan berkenaan. Isterinya yang ditemui di tempat kejadian, Wong Chee Yeng, 57, berkata, dia masih tidak percaya kejadian tragis yang menimpa suaminya ketika tiba di lokasi kejadian pada jam 2 pagi. “Saya cuba hubungi dia sejak jam 7 malam tetapi tiada jawapan kerana selalunya jam 6.30 dia akan pulang untuk makan malam bersama keluarga sehinggalah saya diberitahu tentang kejadian ini,” katanya. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Superitendan Ahmad Termizi Abd Haq berkata, berdasarkan laporan bedah siasat, kematian mangsa disebabkan oleh patah tulang belakang dan pendarahan dalaman. 

“Mangsa tidak sedar kereta itu bergerak mungkin disebabkan faktor muka bumi lalu menghempap mangsa sehingga terperosok dalam longkang berhampiran. “Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

**++++**

Nota Kaki : Amalkan tabiat untuk menitikberatkan hal hal yang berkaitan dengan keselamatan apabila berurusan dengan kenderaan. Malang tidak terjangka namun kita masih boleh mengurangkan risiko kecuaian jika kita lebih serius dalam isu isu yang kita anggap remeh (dalam hal ni - hand brake). 

Kepada luorang yang beragama Islam, amalkanlah doa naik kenderaan setiap kali  memandu ataupun jika sekadar menumpang. Moga terhindar dari bencana ketika dalam perjalanan sehingga selamat sampai ke destinasi tanpa apa apa kejadian yang tidak diingini. 


"Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali" - Az Zukhruf 13-14

Thursday, June 21, 2012

TAGGED UNDER: ,

Panas: Sebuah Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional ... Runtuh



Astaka di Jertih runtuh, enam terperangkap

BESUT - Sebuah astaka yang masih dalam pembinaan di Padang Astaka, Jertih di sini runtuh jam 1.30 petang tadi menyebabkan enam pekerja warga Indonesia terperangkap dalam runtuhan.

Sehingga jam 3 petang, seramai empat pekerja berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan.

Pasukan penyelamat masih bertungkus lumus untuk mengeluarkan dua lagi mangsa yang masih terperangkap.

Sumber : Sinarharian

Nota: Kalau Felda dikatakan dapat 'durian runtuh' tapi Terengganu plak makin sinonim dengan 'bangunan runtuh'. Huhuhuhu

Saturday, June 9, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Arwah Koperal Mustaghni Tabri Cedera Kerana Lontaran Anggota Pasukan ??

Foto Hiasan



Alfatihah buat Koperal Mustaghni Tabri, anggota polis yang menemui ajal setelah cedera parah ketika bertugas di satu operasi lumbaharam baru baru ini.

First of all, wa memang tak suka nak memperkatakan tentang mat rempit, langsung tak berminat kerana walaupun apa kategori diowang, asalkan merempit, wa memang tetap pandang tahap  biawak je la. 

Kedua, takziah  buat keluarga allahyarham dan wa taknak komen lelebih tentang apa saja komen yang timbul dari keluarga allahyarham tentang kejadian dan suspek pelaku yang membawa kepada tragedi atas mangsa lantaran mafhum tentang kesedihan yang sedang ditanggung oleh mereka.

Apa yang wa nak perkatakan kat sini, adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah :

"Siasatan mendapati Koperal Mustaghni dicederakan bukan akibat langsung terkena pukulan helmet tetapi terkena lontaran satu objek yang dipercayai dilakukan seorang koperal lain dalam pasukan polis yang menjalankan operasi pada malam tersebut."

"Kita telah menjumpai beberapa objek dan sedang menunggu keputusan laporan forensik untuk menentukan mana satu objek yang menjadi suspek," kata Tun Hisan pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini, hari ini. Baca lebih lanjut dari sumber

Isu ini pada awalnya telah disebarluaskan dengan meletakkan kesalahan keatas mat rempit yang terbabit yang dikatakan telah memukul mangsa dengan menggunakan helmet ketika cubaan mengelak dari ditahan, namun akhirnya didapati mangsa telah terkena balingan objek dari rakan setugasnya sendiri.

Apakah SOP yang digunapakai oleh polis yang melakukan operasi sehingga perlu membaling objek yang boleh mendatangkan kecederaan malahan boleh membawa maut. Ianya adalah sesuatu perkara yang langsung tidak boleh diterima walaupun keatas nyawa mat mat rempit. Nyawa bukan sesuatu yang murah dan boleh diperlakukan sedemikian rupa. 

Dalam kebanyakan kes, mangsa bukanlah penjenayah berbahaya dan cuma mengelak dari ditahan kerana beberapa sebab kesalahan jalanraya termasuk lumba haram. 

Rujuk 2 kes :


Mungkin ada yang akan mempertikaikan sebaliknya kerana ia juga terkadang ada melibatkan nyawa anggota polis yang nyaris dilanggar ketika melakukan sekatan, namun adakah langkah langkah keselamatan ketika membuat operasi telah mengikut prosedur yang telah ditetapkan? Wa percaya, jika sekatan yang dibuat mengikut tatacara panduan yang sah, banyak kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan. 

Walau apa pun wa setuju polis hanya menjalankan tugas sebagaimana yang diperuntukkan undang undang demi keselamatan pengguna jalanraya yang lain, namun wa masih dengan harapan agar polis lebih banyak mempertimbangkan budi bicara berbanding dengan tindakan secara melulu. 

Nota : 

  • Sekali lagi takziah buat keluarga mangsa dan alfatihah untuk Allahyarham
  • Wa tetap tak setuju dengan usaha sesetengah pihak untuk memutihkan kegiatan rempit dengan menubuhkan rempit united - Rujuk Entri
  • Usahlah dipolitikkan tragedi ni wahai chai ameno weyh

Tuesday, June 5, 2012

TAGGED UNDER: ,

Belasungkawa: Ada Apa Dengan Yasmin Hunwick ??

Entri ni wa off topic dan nak share satu cerita yang tengah hangat diperkatakan dalam net, khususnya twitter dan instagram. Cerita ni berkenaan dengan seorang gadis yang sebenarnya pada hari ini hanya tinggal nama dan kenangan pada kenalan dan sanak saudaranya.

Siapa Yasmin Hunwick dan kenapa tetiba namanya jadi trending di twitter??

Difahamkan gadis ini mempunyai hobi bermain twitter seperti gadis-gadis lain. Apa yang membuatkan ramai yang ingin tahu ialah arwah telah memuatkan satu gambar buku yang bertajuk 7 Malam Pertama Di Alam Kubur pada hari dia meninggal dunia.


Dalam satu post yang lain sebelum ini, arwah juga menceritakan sesuatu yang berkaitan dengan mimpinya. Boleh baca dengan lebih lanjut tulisan tentang cerita ini dari blog beliau - Mimpi ngeri


Dan ini adalah laporan kemalangan yang melibatkan arwah yang berlaku tidak berapa lama selepas post post diatas.

LANGKAWI: Tiga remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya Kuah di sini, tengah malam tadi.

Pegawai Penyiasat Polis Trafik Langkawi Insp Fairus Mohd Ghazi berkata ketiga-tiga mangsa iaitu Yasmin Suhari, 17, Nor Hazwani Mansor, 16, dan Nur Afipah Aaina Ridzuan, 19, berasal dari Kuah dan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri di sini. 

"Mereka yang menaiki sebuah motosikal dari arah lampu isyarat Sungai Menghulu bertembung dengan sebuah van dari arah Batu Asah di simpang berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam tadi," katanya hari ini. 

Katanya ketiga-tiga mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.


Mayat mereka dibawa ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing hari ini, manakala enam orang yang menaiki van tidak mengalami sebarang kecederaan. - Bernama 5/6/2012

Erm .. dan kiriman kiriman yang berkaitan ..






Berikut ialah sedikit maklumat tentang arwahyarhamah...
(dikutip terus dari blog)

Nama Sebenar : Yasmin Johan Eusoffe
Nama Samaran : Yasmin J Hunwick
Tarikh Lahir : 22.2.1995
Asal : Georgetown, Penang
Menetap : Langkawi, Kedah
Status : Yang pasti aku tak kahwin lagi
Seorang yang : periang, tidak suka perkara remeh-temeh, suka berkawan, agak kasar, open minded, pendiam pada mula berkawan tapi akan mula menggila kemudian, pemain piano, catur, arimathical, cheerleader.
Tinggi : 164 cm
Berat : 43.2 kg
Blog : http://www.misschronicz.blogspot.com/
Ciri-Ciri Fizikal : Sangat kurus, berdarah kacukan Melayu-Inggeris

Nota :

  • Semuanya berkemungkinan dan mungkin ajal dan postnya tidak berkaitan sama sekali
  • Wa selalu dengar cerita tentang manusia yang seakan tahu bahawa mereka akan pergi meninggalkan dunia yang fana ini, tapi cerita tentang Yasmin Hunwick ini adalah yang 'live' dan terakam.
  • Alfatihah dan sama sama kita doakan yang terbaik buat Allahyarhamah ..

hrmmmm


Tuesday, May 22, 2012

TAGGED UNDER: ,

Terbaru : Footage Video - Kemalangan Ferrari Dan Teksi Yang Mengakibatkan 3 Kematian

Nota: Video kemalangan ngeri ini dikeluarkan sebagai peringatan. Jangan klik video kalau rasa rasa tak kuat semangat. Berita tentang kemalangan ini pernah tersiar dalam banyak blog dan entri ini adalah yang terbaru apabila video kejadian kemalangan dikeluarkan.



Tiga mangsa terbunuh apabila sebuah Ferrari 599 GTO melanggar sebuah teksi ketika sedang memecut disebuah persimpangan pusat bandar di Singapura.

Pemandu Ferrari tersebut mati serta merta sementara pemandu teksi beserta penumpangnya tidak lama kemudian.

Penumpang Ferrari yang berwarna merah itu bagaimana pun terselamat dan telah dihantar ke hospital, begitu juga dengan seorang pembonceng motorsikal yang turut terlibat dalam kemalangan.

Polis tidak mengeluarkan anggaran rasmi berapa kelajuan Ferrari tersebut namun berlaku hentaman dengan kelajuan tinggi dan boleh dilihat dari video yang disertakan.

Pegawai polis sedang menyiasat kemalangan, namun, sebagaimana laporan yang dikeluarkan oleh Motor Authority, saksi mengatakan, pemandu Ferrari, Ma Chi yang berusia 31 tahun, melanggar lampu merah sebelum menghentam sisi teksi biru terbabit.

Perlanggaran itu telah dirakamkan dari dalam sebuah kereta dipersimpangan Rochor Road - Victoria Street.

Cheng Teng Hock
Penumpang teksi, seorang perempuan yang berumur 20 tahun, mati didalam teksi yang dipandu oleh Cheng Teng Hock, 52, bapa kepada 3 orang anak.

Cheng Teng Hock pula mengalami kecederaan otak yang parah dan menemui ajal ketika sedang dirawat dalam unit rawatan rapi di Hospital Tan Tock Seng awal bulan ini.


Nota : Kejar lampu merah memang dah jadi amalan biasa pemandu kat Malaysia. Apa yang wa boleh kata, ubahlah sikap gini.. tak jadi tak pe, tapi bila dah jadi, tak pasal pasal orang lain yang jadi mangsa. 


Saturday, May 12, 2012

TAGGED UNDER: ,

Update Nahas Sukhoi Superjet: Ekslusif - Foto Anak Kapal Dan Penumpang Sebelum Nahas


Refer pada posting Tragedi Pesawat Sukhoi Superjet Russia: Dijumpai Terhempas Manakala Nasib Penumpang Belum Diketahui, kemaskini dari media di Indonesia telah mengesahkan tiada mangsa yang terselamat dalam kejadian nahas. 

Pasukan penyelamat mengalami kesukaran dalam usaha untuk membawa keluar mangsa dari tempat kejadian berikutan bentuk muka bumi yang curam dan sukar untuk diakses. 

Menurut saksi yang pertama tiba di lokasi, keadaan mayat mangsa tidak sempurna dan ada potongan manusia disana sini. Belum ada jumlah mangsa yang diputuskan namun menurut pasukan penyelamat, mereka telah mengumpulkan mayat mangsa ke dalam 6 kantong untuk diterbangkan dengan menggunakan helikopter. 

Dibawah ini adalah antara foto foto yang sempat dirakam, sebelum pesawat itu melakukan penerbangan yang berakhir dengan tragedi.



Kapten & Co Pilot

Kru Penerbangan

Mengalukan kedatangan penumpang


Taklimat sebelum boarding


Antara aksi terakhir

Sejurus sebelum pintu ditutup

Push Back sebelum berlepas
Alfatihah buat mereka yang beragama Islam. Semoga usaha mengeluarkan semua mangsa berjalan lancar. Ameen.

Nota: Kesemua foto wa cilok dari live journal photographer Sergey Doyla

Friday, May 11, 2012

TAGGED UNDER: ,

Tragedi Pesawat Sukhoi Superjet Russia: Dijumpai Terhempas Manakala Nasib Penumpang Belum Diketahui



Pesawat penumpang buatan Russia telah terhempas, ketika membuat demonstrasi penerbangan dengan membawa bakal pembeli berpotensi dan juga wartawan.

Serakan serpihan pesawat telah dijumpai dengan menggunakan helikopter, namun masih tidak terdapat tanda tanda mangsa yang masih hidup dan terselamat. Pasukan Pencari dan Penyelamat sedang dalam perjalanan ke tempat nahas ketika rencana ini ditulis.


Keluarga mangsa, yang kebanyakannya menunggu perkembangan berita dari lapangan terbang sepanjang malam sejak dari kehilangan pesawat itu dilaporkan, tidak dapat menahan tangisan apabila laporan kemalangan dikeluarkan hari ini. Malah ada yang masih kurang percaya dengan berita yang diterima.

  • Pesawat dijumpai terhempas di tebing yang curam diatas sebuah gunung berapi tidak aktif
  • Tidak terdapat tanda tanda penumpang yang berjumlah seramai 47 orang terselamat
  • Sukhoi Superjet-100 adalah keluaran pertama negara Russia semenjak kejatuhan Soviet Union
  • Pesawat meninggalkan Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta pada petang hari Rabu


'Dari gambar yang kita perolehi, kelihatannya seperti tidak ada apa lagi yang tinggal' Ujar Daryatmo, Ketua Agensi Pencari Dan Penyelamat Nasional, begitu juga pendapat ramai orang di indonesia apabila imej pertama disiarkan dalam televisyen tempatan.



Pesawat Sukhoi Superjet-100, yang merupakan pesawat penumpang yang pertama dikeluarkan oleh negara Russia sejak kejatuhan Soviet dua dekad lalu, telah dijumpai berserakan di atas curam berdekatan puncak Gunung Salak, sebuah gunung berapi yang terletak 30 batu barat daya dari Jakarta.

Logo biru dan putih milik pesawat tersebut terlihat jelas di bawah deretan pokok di tempat kejadian.

Lokasi kejadian tersebut agak menyukarkan usaha untuk menyelamat menurut jurucakap Agensi Pencari Dan Penyelamat Nasional, Gagah Prakoso, dan beliau juga menambah, mangsa terpaksa ditarik naik ke helikopter dengan menggunakan tali dan jaring.

Pesawat berlepas dari lapangan terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta untuk penerbangan pendek dalam usaha untuk menarik perhatian pembeli pembeli yang berpotensi.

20 minit berlepas, anak kapal telah meminta kebenaran untuk mengurangkan ketinggian dari 10 000 kaki ke paras 6 000 kaki, ujar Daryatmo.

Pesawat itu telah hilang dari radar sejurus selepas itu. Adalah tidak dapat dipastikan mengapa juruterbang dan pembantunya meminta untuk menurunkan paras ketinggian, lebih lebih lagi kerana ianya berdekatan dengan gunung yang berketinggian 7 000 kaki. Juga tidak dapat dipastikan samada permintaan itu diluluskan.

Pita perbualan antara juruterbang dan kawalan trafik udara sedang dikaji, menurut Tatang Kurniadi, Ketua Keselamatan Pengangkutan Nasional.



Lebih dari 1 000 orang, termasuk tentera dan polis, mengambil bahagian dalam usaha mencari dan menyelamat awal hari ini. Bagaimanapun, kawasan nahas itu telah berjaya dikesan oleh sebuah helikopter yang sedang menjalankan kajiselidik udara.

'Mereka mempunyai pemandangan yang lebih jelas' ujar Prakoso. 'Tiada maklumat tentang penumpang ... kami cuba untuk mendekati kawasan nahas tapi ianya hanya boleh dilakukan dengan berjalan kaki'.

Industri Angkasa Russia melalui masa yang buruk kesan dari kejatuhan ekonomi ekoran kejatuhan Era Soviet pada tahun 1991.

Superjet tersebut - dibina oleh divisyen pesawat awam Sukhoi dengan mendapat kerjasama rakan dari Negara Barat - merupakan harapan besar negara itu untuk kembali mendapat tempat dalam pasaran pesawat penumpang antarabangsa.

Program Welcome Asia! yang juga termasuk perhentian di Pakistan, Myanmar dan Kazakhstan, dirancang untuk meningkat sokongan bagi tujuan tersebut.

Sunaryo, wakil dari PT Trimarga Rekatama, syarikat yang terlibat dalam penganjuran acara itu kelmarin berkata terdapat 47 orang penumpang dalam pesawat tersebut yang kebanyakannya merupakan pembeli pembeli yang berpotensi dan juga wartawan.



8 orang daripada mangsa adalah terdiri dari rakyat Russia, yang mana kesemuanya dari syarikat Sukhoi, manakala 37 orang lagi adalah rakyat Indonesia.

Seorang konsultan rakyat Amerika yang bekerja untuk PT Sriwijaya Airline dan seorang warga Perancis dari syarikat pembuat enjin pesawat, Snecma, turut menaiki pesawat.

Pesawat Superjet, yang mengandungi 75 - 95 tempat duduk, dikatakan bakal menjadi pesaing dalam kelasnya kepada jet Bombardier dari Kanada dan jet Embraer buatan Brazil. ia membuat penerbangan komersial rasmi yang pertama pada tahun lepas.

'Ia merupakan harapan besar mereka untuk memasuki pasaran pesawat penumpang dengan lebih meluas dari apa yang mereka ada sekarang, kerana kita semua tahu, Russia mempunyai rekod yang cemerlang dalam bidang ini pada waktu yang lepas, maka pesawat ini adalah sangat penting bagi industri mereka' ujar Tom Ballantyne, pakar penerbangan yang berpangkalan di Sydney.

Dengan tanda harga yang boleh dikatakan murah, iaitu sekitar BP(British Pound) 27.7 juta, pesawat itu telah berjaya mendapat sebanyak 170 tempahan.

Indonesia, negara kepulauan yang mempunyai seramai 240 juta orang penduduk, dengan kelas pertengahannya mengalami pertambahan pesat, adalah merupakan pelanggan yang mempunyai potensi yang terbesar.



Kartika Airlines dan Sky Aviation - diantara syarikat yang muncul di Indonesia dalam sedekad yang lepas, untuk memenuhi permintaan syarikat tambang murah - telah pun menempah sekurang kurangnya 42 buah pesawat.

Mereka yang terlibat dalam cadangan pembelian tersebut berkata mereka akan menunggu hasil laporan siasatan sebelum memberikan pertimbangan yang sewajarnya. Apa yang paling penting adalah untuk mengetahui samada ianya adalah masalah mekanikal ataupun hanya kecuaian juruterbang.

Pihak berwajib Indonesia telah merumuskan bahawa hanya ada 2 kemungkinan yang menyebabkan nahas - samada ianya terhempas ataupun berlaku rampasan.

Sumber dari tentera Indonesia pula mengatakan, adalah jelas bahawa jet tersebut 'telah jatuh dari langit' selepas ia tiba tiba hilang dari radar pada ketinggian 6 200 kaki didalam kawasan pergunungan.

Pesawat itu, yang tiba di Indonesia pada hari Rabu, adalah merupakan destinasi ke empatnya selepas Myanmar, Pakistan dan Kazakhstan. Ia selanjutnya bakal meneruskan demonstrasi penerbangan di Laos dan Vietnam.



Pesawat Russia tersebut diwar warkan menawarkan 'penerbangan yang sempurna' kepada penumpangnya, dengan konfigurasi empat tempat duduk yang memberikan suasana kelas perniagaan yang sebenar, memberikan setiap penumpangnya keselesaan yang samarata.

Terjemahan Bebas : Karmic
Artikel Asal : Richard Shears
Sumber Artikel : Dailymail.co.uk

Tuesday, May 8, 2012

TAGGED UNDER: ,

Mati Digigit Anjing Ketika Berjogging

Anjing spesis Pit Bull

Subang Jaya: Seorang lelaki yang berusia 74 tahun maut setelah diserang oleh seekor anjing ketika sedang berjogging dikawasan perumahannya awal pagi itu.

Yip Sun Wah, menemui ajal ditempat kejadian setelah digigit oleh anjing itu di lehernya dan juga menyebabkan telinga mangsa hampir putus, dalam kejadian jam 9 pagi tadi.

Adalah difahamkan, Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya telah pun menangkap haiwan tersebut.

Ketika dihubungi, OCPD Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli mengesahkan polis ada menerima laporan tentang kejadian serangan. 

Sumber : The Star

!update dari Twitter Hannah Yeoh


Tuesday, February 1, 2011

TAGGED UNDER: ,

Stadium Runtuh : Kambing Kena Himpap


KUALA TERENGGANU: Seorang jurutera perunding hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen berhubung kes runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak di sini pada Jun 2009.

Wan Manan Wan Ali, 51, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menipu dengan berpura-pura bertindak sebagai pemeriksa yang diiktiraf mengeluarkan dokumen bertarikh 15 Januari 2009 iaitu dokumen mengenai sistem teras bumbung utama dan kerja yang berkaitan dengannya, bagi cadangan untuk membina dan menyiapkan stadium utama atau kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Dia didakwa memberi dan menandatangani dokumen berkenaan kepada Pengarah JKR negeri, Rosli Zainal, dan turut  bertindak memperdaya Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong, untuk mempercayai dia adalah pemeriksa yang diiktiraf.

========================

Weyh ..wa dah agak dah .. 
Kambing memang tak selamat 
Lagi lagi plak yang hitam berkilat
Sebab gerenti kena perhambat 
Buat tukar ganti si musibat 
kah kah kah 


Weyh .. wa dah agak dah ..
Luorang baca secara terperinci
Bukti jelas ketirisan JKR dan SUK Negeri
Apa diowang tak reti nak cek proposal yang diberi
Ke dah kenyang belasah duit kopi ?
kah kah kah 


Weyh .. wa agak dah ..
Konsultan tu dikatakan pura pura 
Abih pihak yang berwajib dok buat apa ?
Ini kerja bukan calang calang punya 
Ke memang tahap projek mee segera ?
kah kah kah 

Weyh .. wa dah agak dah 
Semua pihak gerenti nak lepas tangan
Adoih .. sape nak ngaku berak tengah jalan
Mujur masa runtuh .. tak ada penganjuran sukan
kalo tak ... sape yang nak dipersalahkan ??
resaksa atau gaban ?
kah kah kah 

Sape nak jawab neyh ?? .. Nasib lu la kambing .. sape suh lu bubuh kaler hitam .. kah kah kah kah 

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top