Assalamua'laikum wrt wbt.
Bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat ilahi dengan limpah kurniaNYA sampailah ke semester akhir sebagai pelatih paramedik.
setelah sekian lama tiada menaip di sini, atas belas ehsan TMwifi di asrama dapat jualah menaip kembali. Sikit lagi lupa password.heheh. Macam kaku dah bakat menaip..erkkk
Alhamdulillah, setahun praktikal di hospital miri dan hospital umum sarawak sudah tamat. Terlalu banyak pengalaman dan ilmu yang diperolehi. Membuat diri semakin kerdil disisi Pencipta. Kini,kembali sebagai pelatih teori di KSKB Kuching untuk menyempurnakan praktikal yang dipelajari semasa penempatan.
Semester 6, semester terakhirku. Moga lancar segala urusan sepanjang 6 bulan ini (julai-disember). amiin. di suruh pilih 3 negeri untuk posting. Dengan yakin pilih (1) negeri sembilan (2)selangor (3)pulau pinang. Entah mengapa tergerak hati menulis sedemikian..
oktober 2016, konvo.bi iznILLAH..lambat sebab kena tunggu k2/13. sebab konvo hanya setahun sekali..
#genap 5 tahun menjadi student yang belum juga nak grad...untung lain kos..adeh...dari engine ke medic~
Rabbi yassir wala tua'ssir
