It's all about my life with my family.. AZHARI, RAIYAN AZFAR DANISH, RAIQAL AZFAR DARWISH and RAISYA ARIEANNA DARWISHA...
Pages
07 May 2012
6 KEUNTUNGAN WANITA YG MEMPUNYAI RAHIM
1.) Dia bekerja denganTuhan..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..
3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia
tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami:seluruh
kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.
5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.
6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......
20 November 2011
PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”
* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”
* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”
* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”
* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’
* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”
Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.
* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.
11 November 2011
Mendidik Kasih Sayang Abang Terhadap Adik
Mendidik Kasih Sayang Abang Terhadap Adik
Biasanya anak tua kita itu akan menunjukkan rasa cemburu dengan keadaan emosi yang kurang stabil, memukul adik tanpa sebab, cubit dan sebagainya apabila 'lepa' daripada pandangan ibu atau bapa.
Panggilan Membentuk Sifat
Kebiasaannya ibu bapa membeli sesuatu khusus untuk seorang anak. Contohnya jika beli kereta mainan untuk dua orang anak, dibelikan dua buah iaitu seorang satu buah. Jika beli air kotak, juga dibelikan 2 kotak. Cuba tukar kaedah biasa ini kepada bentuk perkongsian. Ajar mereka berkongsi. Jika beli kereta mainan, pastikan berlainan supaya dapat berkongsi. Begitu juga minuman, beli satu kemudian berkongsi, kalau boleh bukan setakat kongsi tetapi abang yang suapkan kepada adik.
Keadaan begini tidak adil kepada anak sulung, malah menyebabkan jiwanya memberontak dan tertekan. Seterusnya akan menjejaskan misi kita menjadikan anak sulung sebagai pembela yang bertanggungjawab dengan ikhlas.
Hasil daripada penggunaan kaedah-kaedah yang dicadangkan memerlukan masa yang lama. Ibu bapa perlulah mempraktikkan secara berterusan dengan sabar. Insya Allah, dengan izin Allah akan berhasil.
29 March 2011
……Langkah kesempurnaan iman….
- Bersyukur bila mendapat nikmat
- Sabar apabila mendapat kesulitan
- Tawakal apabila mempunyai program/rencana
- Ikhlas dalam segala amal perbuatan
- Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
- Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
- Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
- Jangan peduli dengan kekayaan orang lain
- Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang lain
- Jangan tamak kepada harta
- Jangan terlalu bercita - cita akan sesuatu kedudukan
- Jangan hancur kerana kezaliman
- Jangan goyah kerana fitnah
- Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri
- Jangan campuri harta dengan harta yang haram
- Jangan sakiti ayah dan ibu
- Jangan usir orang yang meminta - minta
- Jangan sakiti anak yatim
- Jauhkan diri dari dosa - dosa besar
- Jangan membiasakan diri dengan melakukan dosa - dosa kecil
- Banyakkan berkunjung kerumah ALLAH (Masjid)
- Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk
- Lakukan solat fardu di awal waktu/ berjemaah di masjid
- Biasakan solat malam
- Banyakkan zikir dan doa kepada ALLAH
- Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
- Sayangi dan santuni fakir miskin
- Jangan ada rasa takut kecuali dengan ALLAH S.W.T
- Jangan marah berlebih - lebihan
- Berlatihlah konsentrasi fikiran
- Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf atas sesuatu sebab yang tidak dapat dipenuhi
- Jangan mempunyai musuh kecuali dengan syaitan / iblis
- Jangan percaya ramalan manusia
- Jangan terlampau takut miskin
- Hormatilah setiap orang
- Jangan terlampau takut kepada manusia
- Jangan sombong, takbur dan besar kepala
- Berlakulah adil dalam setiap urusan
- Biasakan istifar dan taubat kepada ALLAH
- Hiasi rumah dengan bacaan Al-quran
- Banyakkan silaturrahim
- Tutup aurat sesuai dengan petunjuk islam
- Berkahwinlah jika berkemampuan
- Hargai waktu, displin waktu dan manfaatkan waktu
- BERSATULAH KERANA ALLAH DAN BERPISAHLAH KERANA ALLAH…
kata Wanita
Ujar lelaki, wanita itu lemah.. Ujar wanita pula, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut…..besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan …kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan..
Tidak gemar bertengkar….
Tidak gemar membebel….Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam kerana makan hati….
Diam kerana kelemahan suami/lelaki…
Diam seolah-olah menerima…
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani…di rumah sebagai suri
Dalam Diam… menyediakan makanan…
Dalam Diam…melayan suami / lelaki..
Dalam Diam…melakukan semua kerja sehingga selesai dari sebelum tercalit garis putih Di subuh hingga jarum jam tegak bertindih jari..
Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat…di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah…bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah…bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah…terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju Menyiram pohon-pohon
Bunga yang mulai layu…
Sebelum solat Magrib untuk sujud…Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat selesai kerja rumah, anak-anak diajar
mengaji..
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati… Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita…. memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar tugas suami mengemas rumah,
menjaga anak, membasuh pakaian, menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam…
Wanita yang sering dianggap lemah Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
‘KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL, KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH
JAHIL, KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT’
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika diri tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa
KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH
S.A.W,
Tak guna Ada MATA kalau tak dapt
MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau
MENILAI……
Nasihat ynag berguna
NASIHAT YANG BERGUNA
1) Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
2) Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
3) Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing,berbagilah makanan kepada mereka yang kelaparan.
4) Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
5) Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah,
diperbaharui, dibentuk kembali,dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda
memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur.Dan
dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya… Tapi kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang
dunia. Karena di situlah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta ada dan dapat berkembang…
Kecantikan wanita juga bukan pada kehalusan wajahnya.Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya,yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.
24 February 2011
kos penentu harga kabinet dapur
cantikan, tapi xmampu nak buat semahal ini.. yang ini dier gunakan arkilic 3G dengan top daripada granite..
Errmm mummy tengah mencari- cari kabinet dapur yang murah untuk rumah baru.. tengah sibuk survey2 harga.. mummy sangat berminat dengan kabinet dapur high gloss kaler putih @ yang lebih menarik lagik arkilic gloss kabinet dengan top soliid surface or granit... ermm.. byk kedai yang mummy survey dengan panjang dapur 14.8 kaki + 5 kaki + meja breakfast yang mempunyai top solid surface jugak, berharga dalam lingkungan 10,000. ermmm,walau macamane pun kite kena kaji kenape harga kabinet dapur terlalu mahal.. dibawah ader jawapannye..:)
Kos membina kabinet dapur dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti berikut:-
- Saiz binaan
- Bahan dan kemasan
- Rekabentuk
- Aksesori
- Kos kontraktor
Saiz Binaan
Lebih besar saiz binaan dapur anda tentulah lebih besar juga kos membinanya. Misalnya dapur berbentuk L bersaiz 10 kaki x 10 kaki tentulah secara lateralnya akan lebih mahal dari dapur L bersaiz 7 kaki x 7 kaki. Ini kerana penggunaan bahan, buruh dan jangkamasa berkadar terus dengan peningkatan saiz binaan. Begitu juga dengan kos-kos lain. Misalnya kos pengangkutan, penggunaan mesin jentera dan sebagainya.
Bahan & Kemasan
Bahan binaan dan kemasan kabinet dapur yang dipilih juga memainkan peranan dalam menentukan kos. Badan kabinet yang dibina menggunakan kepingan chipboard tidak sama dengan badan kabinet yang dibina dengan ply bertetulang. Worktop konkrit, solid surface, chipboard, kayu atau granite pun berlainan harga. Pintu-pintu kabinet juga boleh menggunakan pelbagai bahan serta kemasan. Chipboard atau melamine board dengan ABS merupakan antara pilihan yang paling murah. Bagaimanapun harga akan meningkat apabila menggunakan bahan dan kemasan yang lebih kukuh dan berkualiti seperti ply laminasi, kayu solid, kaca, aluminium, stainless steel dan sebagainya.
Rekabentuk
Rekabentuk kabinet dapur berbeza-beza mengikut keperluan dan citarasa seseorang. Ada yang memilih untuk memiliki dapur yang berekabentuk ringkas seperti kotak-kotak modular. Ada yang inginkan kabinet dapur mereka direka dengan ciri-ciri tertentu, misalnya dinding yang lebih lebar, bentuk yang unik, unit atas sampai ke siling, kabinet gantung dan sebagainya. Jika rumit rekabentuk yang dicipta maka tentu lebih mahal kos membinanya.
Aksesori
Selain dari binaan kabinet dapur asas, anda juga perlu memikirkan tentang aksesori-aksesori yang diperlukan bagi melengkapkan dapur supaya ia menjadi lebih praktikal dan benar-benar berfungsi sebagaimana yang diharapkan. Anda mungkin mahu kabinet dapur anda dilengkapi rak pengering pinggan, rak botol, bakul tarik untuk memudahkan pengurusan stok dan barangan. Selain itu anda mungkin juga inginkan kabinet anda dilengkapi lampu-lampu bina dalam, menggunakan ensel-ensel soft-close, berhandle cantik dan sebagainya. Semakin banyak aksesori yang anda aplikasikan ke dalam dapur anda, maka semakin besarlah belanja yang perlu dikeluarkan.
Kos kontraktor
Selain dari kos komponen kabinet dapur itu sendiri, anda juga perlu melihat kos-kos yang ditanggung pihak kontraktor. Misalnya kos overhead, kos buruh, kos pengangkutan, servis lepas jualan dan sebagainya. Kontraktor yang mempunyai overhead perniagaan yang besar dan berjenama mungkin akan memberi sebutharga yang sesuai dengan kedudukannya. Tukang atau buruh yang berkemahiran tinggi perlu dibayar lebih mahal dari mereka yang kurang berkemahiran. Jarak yang jauh juga akan menyebabkan kos pengangkutan meningkat. Bagi kontraktor yang memberi jaminan atau servis lepas jualan sejumlah peruntukan perlu disediakan untuk tujuan berkenaan.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, kos membina kabinet dapur anda bukan saja tidak akan sama dari rumah ke rumah tetapi dari kontraktor ke kontraktor kerana faktor-faktor yang disebutkan di atas. Ada sebab kenapa sesuatu itu mahal atau murah. Pada dasarnya tidak ada siapa yang akan menjual murah barang mahal dan tidak ada siapa akan membeli mahal barang murah. Secara universalnya kualiti dan harga sentiasa seiringan. Kata orang putih, “when you pay peanuts, you get monkeys”.
artikel diambil dari: Nazli Kimin adalah Admin Senihias.com. Perancang Kediaman, Zolmar Enterprise
17 February 2011
TIP MEMILIH LANGSIR
Pilihan langsir yang tepat dan sesuai adalah penting untuk memberikan keselesaan dan juga menyerlahkan kecantikan rumah kediaman anda. Kini, fungsi langsir tidak lagi hanya sebagai pendinding cahaya matahari tetapi ia menjadi sebahagian aspek penting hiasan dalaman.
Berikut adalah beberapa panduan untuk anda memilih langsir yang tepat dengan keperluan dan kehendak anda:
1. Tentukan anggaran bajet.
Kain langsir datang dengan pelbagai harga. Ada yang murah, ada yang mahal, bergantung kepada kain dan kualitinya. Ada kain langsir yang berharga di bawah RM10 semeter dan ada yang sehingga lebih RM60 semeter. Andalah yang menentukan setakat mana anda ingin berbelanja. Yang terbaik biarlah ia selaras dengan kemampuan anda. Contohnya, jika kain langsir yang anda minati berharga RM50 semeter dan panjang langsir yang diperlukan adalah 6 meter, mampukah anda mengeluarkan belanja sebanyak RM300?
2. Buat ukuran dan tentukan bentuk langsir
Ini satu aspek yang penting. Jika anda ke Kamdar untuk mencari kain langsir, perkara terakhir yang anda mahu terjadi adalah ditimpa kebingungan sewaktu menentukan panjang kain langsir. Sebagai panduan mudah, lukis secara ringkas bentuk segiempat tingkap atau pintu gelongsor (sliding door), dan ukur dimensi (panjang x lebar) tingkap tersebut di dalam buku nota kecil. Bawa buku tersebut dan tunjuk kepada pembantu jualan di kedai. Mereka yang mahir dalam bidang ini akan membantu anda membuat ukuran kain yang tepat.
3. Padankan corak dan warna langsir dengan kediaman anda
Jika dahulu pilihan corak dan warna langsir adalah terhad, hari ini tidak lagi. Kini, anda saban hari dijamu dengan rekaan langsir terkini, banyak antaranya lain daripada yang lain. Ada corak tradisional dan ada corak moden. Ada warna terang dan ada yang gelap. Ada corak melintang dan ada corak membujur. Pendek kata, anda boleh melakukan pelbagai kombinasi corak dan warna. Namun, pastikan ia kena dengan hiasan dan pandangan keseluruhan rumah anda.
4. Pilih touch up
Kini juga, langsir datang dengan pelbagai pilihan touch up. Anda boleh membuat ropol, potongan lurus, kedutan, bidai dan sebagainya. Jika anda ingin menjahit sendiri dan masih lagi berjinak jinak dengan seni jahitan langsir, dapatkan bantuan serta latihan yang mencukupi. Pelbagai panduan jahitan langsir kini boleh didapapati dengan mudah, samada menerusi buku, e-book dan juga informasi internet yang boleh didapati dengan percuma. Pilih sahaja.
5. Beli perkakas tambahan yang lain
Setelah langsir anda siap dijahit, tugas terakhir yang perlu dilakukan ialah dengan memasang langsir tersebut. Pastikan perkakasan lain, samada kecil atau besar, telah dibeli dengan lengkap. Periksa palang langsir dan buat perkiraan yang anda telah mempunyai bilangan cangkuk yang mencukupi. Jika tidak, beli cangkuk tambahan dan ia mestilah padan dengan jenis palang. Juga, tali pengikat langsir yang menarik dan sepadan adalah menjadi kemestian untuk menambah seri. Tali ikatan yang selalunya dijual asing boleh didapati antara RM10 hingga RM50, anda pilih sahaja mana yang sesuai.
02 February 2011
Malaysian baby names 2010
Malaysian baby names 2010
Whether you are looking for a unique name for a baby girl, or a traditional name for a baby boy, this list of top baby names in Malaysia can help. Our annual list of national favourites, courtesy of thousands of BabyCenter Malaysia parents who were pregnant or had a baby in 2010, may inspire you in your search for the perfect baby name.
| Top 20 girls' names | Top 20 boys' names |
|---|---|
| 1. Nur (also Noor) | 1. Mohamed (all spellings) |
| 2. Hannah (also Hana) | 2. Adam |
| 3. Damia | 3. Rayyan |
| 4. Alya | 4. Ahmad |
| 5. Zara | 5. Danish |
| 6. Arissa | 6. Hakimi |
| 7. Alicia | 7. Aqil |
| 8. Chloe | 8. Ashraff |
| 9. Adriana | 9. Danial |
| 10. Humaira | 10. Haris |
| 11. Maisara | 11. Ariff |
| 12. Aishah | 12. Haziq |
| 13. Iman | 13. Aidan |
| 14. Marissa | 14. Ryan |
| 15. Sofea | 15. Jayden |
| 16. Megan | 16.Ethan |
| 17. Victoria | 17. Marcus |
| 18. Ashley | 18. Isaac |
| 19. Elizabeth | 19. Lucas |
| 20. Sarah (also Sara) | 20. Joshua |
Cultural and religious influences
Among our Muslim parents, the richness of the Malay Muslim culture and naming traditions are clear. Babies in this community don't get just one name -- they often enjoy two, three and occasionally, even four, names. From the beautiful and simple Aina and the more esoteric Cinta, to the triple-barrel Noor Afiqah Alya, Muslim parents in Malaysia draw from a mix of Malay and Arabic cultures as well as other Muslim cultures around the world for their babies' names.(still name danish ngan rayyan jadi pilihan.. mummy pun xpernah terpikir nak letak nama danish rayyan..ntah macamane mase tengok majalah terus terbekenan ngan name tue.. rupenye bila da letak name tue baru tahu ade ramai orang yang suke ngan name tue..:)
Malaysian baby names 2009
Malaysian baby names 2009
Welcome to BabyCenter Malaysia's list of the most popular baby names in the country. Whether you are looking for a unique Malaysian name for a girl, or a typical name for a Malaysian boy, this list will give you an idea of our parents' favourite names.
This is our very first list, as we just turned one year old. Read more about BabyCenter Malaysia.
The official BabyCenter Most Popular Names lists have been a hit with parents and parents-to-be all over the world, and the launch of BabyCenter in Malaysia in December 2008 has finally allowed us to generate a list specifically for Malaysia, with data compiled from thousands of names supplied by BabyCenter Malaysia members who gave birth or were expecting a baby between January and December 2009.
So, whether you're looking for a name that will stand out from the crowd or something more traditional, here are the national favourites for 2009!
10 most popular boys' names
1. Adam
2. Danish
3. Aqil
4. Jayden
5. Ethan
6. Irfan
7. Rayyan
8. Isaac
9. Ian
10. Ryan
10 most popular girls' names
1. Alya
2. Hannah
3. Zara
4. Nurul
5. Sarah
6. Alyssa
7. Qaseh
8. Arissa - bakal nama adik danish jugak
9. Adriana
10. Qistina
A word about our boys' names
Names for boys that are popular the world over also made it into our list, albeit with a Malaysian twist. Welcome Rayyan and Jayden.
And while Adam, Ethan, Ian, Ryan and Isaac are familiar names, Aqil, Irfan and Danish are interesting additions – no doubt contributed by parents looking for something more unique to add to our muhibbah heritage.
Something for the girls
Again, it is interesting to see that names for girls that are popular all over the world are popular in Malaysia, too. Hannah, Adriana, Sarah (or Sara) and Zara have always been perennial favourites in other parts of the world.
Meanwhile, if you're still thinking about a name, try our baby name finder where you can search by origin or meaning, as well as alphabetically. You can also get more ideas for baby names according to your culture, religion and preferences.
And finally, if you have a few names in mind, but are just not sure which to go with, create a baby name poll and let other BabyCenter parents help you and your husband decide!
26 November 2010
Petua Supaya Anak Ikut Cakap Ibu Bapa
ini juga untuk peringatan kepada saya..:) semoga anak- anak saye menjadi anak yang soleh dan solehah.. sentiasa mendoakan kedua ibubapa apabila ibubapanya telah tiada didunia ini..AMIN
1.Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.
2.Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut.
3. Bacakan al Fatihah dan Alam-nash-rah... hingga habis.
4. Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya".
5. Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.
13 October 2010
Tanda-tanda kematian
40 hari sebelum kematian:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian:
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir sebelum kematian:
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.
3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.
08 July 2010
Gangguan Tidur pada bayi
Ya, bayi dan anak juga dapat mengalami gangguan tidur. Dan Masalah tidur pada anak-anak lebih mudah untuk dicegah daripada diubati. Tapi bila hal tersebut sudah terjadi pada anak anda, jangan kuatir, tangani masalah ini adalah dengan kesabaran dan ketekunan.
Apakah anak anda mengalami gangguan tidur?
Mengetahui apakah anak anda mengalami gangguan tidur? Sebelumnya kita perlu mengetahui bahwa lamanya waktu tidur tergantung dari usia bayi atau anak anda. Seorang bayi yang baru lahir sampai kurang lebih usia 3 bulan akan memerlukan waktu untuk tidur hampir seharian (> 20 jam/hari). Anak-anak akan memerlukan waktu untuk tidur selama 8-14 jam tergantung dari usia anak tersebut. Tapi tentu saja hal ini berbeda-beda tergantung juga dari anak yang bersangkutan
Anda sebaiknya mulai melihat bahawa bayi anda mempunyai masalah tidur, bila bayi anda:
–Terbangun hampir setiap malam;
–Mempunyai jam tidur yang hampir sama dengan anda;
–Tidur terus pada siang hari ;
Jadi apakah bayi atau anak anda mempunyai gejala diatas----jangan berkecil hati selalu ada jalan mengatasi semuanya.
apa yang dapat dilakukan, bila bayi anda mempunyai masalah gangguan tidur?
Yang pertama adalah periksakan bayi anda ke doktor untuk memastikan tidak adanya kelainan yang membuat bayi anda tidak dapat tidur.
Setelah kita sudah menyingkirkan bahwa tidak ada kelainan secara medis pada bayi anda, maka hal terpenting yang anda harus lakukan adalah menciptakan waktu rutin tidur yang baik yang dimulai sejak bayi kecil. Dan ini memerlukan kesabaran dan ketekunan anda.
Dibawah ini terdapat beberapa petunjuk untuk menciptakan waktu tidur yang baik bagi bayi anda;
- Berusahalah menidurkan bayi anda pada jam yang kurang lebih sama setiap malam, hal ini akan menciptakan kebiasaan waktu rutin tidur yang baik buat bayi anda, mulailah sejak bayi kecil.
- Jangan membangunkan bayi anda hanya untuk ditimang-timang dan dikagumi orang.
- Bezakan antara tidur dan tidak tidur, sehingga bayi akan belajar bahawa tidak tidur berarti makan, bermain, dan ditemani; dan tidur berarti tidur. Jadi pastikan bahawa ia tidak tidur selagi makan. Dan buatlah aturan jam makan yang teratur untuk bayi.
- Tidurkan bayi pada ruangan yang cukup hangat dan tenang, jangan membiasakan bayi anda tertidur setiap malam, diruangan tamu, dengan televisi dan ditemani; diayun-ayun atau selalu tertidur dipangkuan anda, sebab sewaktu ia terbangun ditengah malam dan tidak mendapati rutin tidur yang ia kenal, ia akan sulit untuk tidur kembali.
- Sesudah menidurkan bayi anda, bukalah pintu kamar sedikit sehingga bayi dapat mendengar bunyi-bunyi dirumah dan tidak merasa sendirian dan terasing.
- Jika bayi anda menangis,pergilah kepadanya cepat-cepat, tetapi ingat jangan langsung mengendongnya kecuali kalau ada yang tidak beres atau memang sudah waktu untuk makan. Karena jika anda membiarkan bayi anda menangis, ia menjadi ketakutan bahwa anda tidak berada disisinya dan menjadi lebih tertekan, tetapi jika anda langsung mengendongnya maka ia akan belajar bahwa menangis berarti digendong.
- Berikan sesuatu untuk digunakan pada waktu tidur dan menjadi sesuatu untuk diasosiasikan dengan tidur, berikan barang yang dapat diganti karena kalau tidak, bila ia kehilangan barang itu, ia tidak dapat tidur. Misalnya selimut, kaos atau popokyang tipis dsb.
- Jadi ciptakanlah waktu tidur yang rutin dan meletakan bayi anda ditempat tidur sewaktu ia belum tidur, dengan mainan kesayangan jika ada, sehingga ia akan mengasosiasikan tidur dengan tempat tidur, dalam ruangan tersebut, dengan mainan tsb, dan belajar untuk tidur sendiri. Jadi apabila ia terbangun pada tengah malam, segala yang ia asosiasikan dengan tidur ada disana, dan ia akan tidur kembali.
15 January 2010
Kenapa kita melahirkan anak?
Tetiba terbaca pasal info kenape kite melahirkan anak.. mama pun nak syer info nie ngan kawan2 mama yang da ader anak.. hehheKeindahan sebuah perkahwinan sering digambarkan oleh setiap pasangan yang bakal berumah tangga. Ia bukan sahaja menggambarkan keseronokan menjadi isteri atau suami, perkahwinan itu juga sebagai mengerat kasih saya mereka selama ini. Di samping itu, pasangan juga inginkan anak yang ramai sebagai penyambung zuriat. Adakah anda tahu tujuan sebenar melahirkan zuriat??
Antara tujuan mengapa kita wajar melahirkan zuriat:
1.Amanah – anak ialah amanah Allah yang perlu dipelihara dengan sempurna dan dilunaskan segala keperluannya sehingga baligh bagi lelaki dan berkahwin bagi perempuan.
2.Tanggungjawab – anak bertanggungjawab menghormati ibu bapa dan menjaga ibu bapa yang sudah tua. Ini ialah harapan setiap pasangan. Ketika usia meniti senja mereka perlukan belaian dan kasih sayang orang yang hampir dengan mereka, misalnya anak-anak.
3.Penawar – anak sebagai cara meleraikan kekusutan perhubungan suami isteri yang bermasalah atau mengeratkan perhubungan yang renggang.
4.Keseronokan – kehadiran bayi dalam sebuah rumah tangga ialah sebagai pengerat kasih sayang pasangan.
5.Keturunan – anak bukan sahaja penyambung keturunan, sebaliknya anak ialah pembela nasib ibu bapa. Di samping itu, anak bakal mewarisi harta atau hutang yang kita tinggalkan.
6.Bukti kesuburan suami isteri – kelahiran anak sebagai bukti pasangan mampu melahirkan zuriat iaitu tidak mandul.
7.Penyambung – anak adalah penyambung hasrat ibu bapa yang selama ini tidak mampu dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu. Misalnya, ingin menjadikan seorang yang berjaya atau berpelajaran tinggi. Tetapi hasrat itu tidak tercapai kerana pelbagai faktor, misalnya kemiskinan. Dengan lahirnya anak, mereka berhasrat ingin jadikan anak ini sebagai penyambung keinginan mereka. Jadi, mereka berusaha mendidik anak ini agar mampu menyampaikan hasrat mereka selama ini.
8.Pembantu – anak boleh membantu ibu bapa ketika susah misalnya sakit atau membantu tugas ibu bapa mencari nafkah.
30 November 2009
KeLaHiRaN MaSYaRaKaT MeLaYu
Macam sesuai jek info nie dengan ain.. 4 my bestfren nurain arshad with becoming Adam..kiter same- same belajar erk?Anak adalah merupakan sesuatu yang amat bernilai bagi setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga. Ini kerana di samping menceriakan suasana rumahtangga, anak merupakan zuriat penyambung keturunan bagi sesebuah keluarga. pasangan yang bakal menimang cahayamata juga dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan bacaan surah-surah yang terpilih dari Al-Quran, misalnya Surah Yusof dan Surah Muhammad. Surah Yusof diamalkan untuk memperolehi anak yang elok rupa parasnya dan Surah Muhammad diamalkan dengan harapan anak yang bakal lahir akan cerdik dan pandai serta mempunyai sifat terpuji.
Mengikut adat dan kepercayaan Melayu, barang-barang persiapan untuk menyambut kelahiran bayi seperti peralatan bayi, buaian, mandian dan pakaiannya tidak boleh disediakan selagi kandungan ibu belum mencukupi lima bulan. Ini kerana dikhuatiri sesuatu yang buruk akan menimpa bayi tersebut, seperti keguguran ataupun mengikut kepercayaan akan dicuri Orang Bunian.
Selain itu, perlakuan si ibu sepanjang tempoh mengandung akan turut mempengaruhi bayi apabila lahir kelak. Maka, orang tua-tua berpendapat bahawa ketika mengandung, si ibu perlulah sentiasa bermanis muka dan ringan tangan supaya anak yang bakal dilahirkan akan bersifat sedemikian setelah lahir.
Setelah genap sembilan bulan, kelahiran bayi akan disambut dalam suasana yang penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh seisi keluarga. Selepas dibersihkan oleh bidan, sekiranya bayi tersebut lelaki, si bapa atau datuknya akan mengazankan di telinga kanannya, manakala bagi anak perempuan akan diiqamatkan di telinga kirinya. Ini adalah ritual yang pertama sekali dilakukan ketika menyambut kehadiran satu lagi insan di dalam dunia ini yang dilahirkan dalam adat Melayu. Kemudian, tali pusat akan dipotong bagi memisahkannya dari alam yang gelap di perut ibu ke alam baru yang menantinya. Menurut sesetengah kepercayaan, bayi dikatakan menangis ketika dilahirkan kerana terkejut melihat keadaan alam yang penuh dosa. Ada pula yang mengatakan bayi tersebut ditakut-takutkan oleh hantu syaitan, dan tidak kurang juga ada yang mengatakan bayi tersebut menangis kerana takut dengan beban yang bakal dipikulnya dalam kehidupan kelak.
Setelah selesai dimandikan, si bapa akan berperanan menanam uri bayi seperti upacara pengkebumian jenazah. Ini kerana uri dianggap sebagai saudara kembar dan teman bayi sewaktu di dalam perut ibu. Ia perlu ditanam dengan sempurna supaya tidak datang mengganggu bayi. Di antara pantang larang menanam uri ialah uri tidak boleh ditanam di luar rumah kerana dipercayai anak tersebut apabila dewasa akan sukar dikawal perlakuannya. Ini juga bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan oleh pihak tertentu yang ingin menjalankan upacara perbomohan atau pemujaan.
Kesemua adat dan upacara menerima kehadiran orang baru ini termasuk dalam salah satu jenis ritual iaitu dinamakan Rites of Initiation.29 November 2009
Bayi Belajar Sambil Bermain
Setiap aktiviti permainan mudah seperti menggoncangkan alatan yang berbunyi memberi kesan terhadap perkembangan derianya. Bayi belajar memfokus penglihatan dan pendengarannya terhadap objek berkenaan. Sekiranya aktiviti ini diulang-ulang, bayi akan belajar menggoncang alatan dan menyebabkan berlaku kebisingan.
Antara perkara yang boleh anda lakukan dalam ‘mengajar’ bayi anda adalah:
* Lakukan aktiviti yang boleh merangsang 5 deria utama manusia iaitu penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan sentuhan.
* Sentiasa memberi perhatian padanya melalui eye contact semasa bercakap dan bermain dengannya.
* Bantu perkembangan bahasa dan visualnya dengan menunjukkan padanya sesuatu objek nyata seperti botol, menerangkan padanya mengenai objek berkenaan dan sentuhkan tangannya ke objek itu.
* Ajarkan mengenai kepelbagaian emosi dengan menggayakan ataupun membuat mimik muka seperti gembira, sedih dan sebagainya.
* Perkenalkan kepelbagaian padanya dengan menunjukkan objek yang sama dalam warna dan bentuk berbeza ataupun menyanyi pelbagai lagu supaya bayi tidak mudah bosan.
* Beri respons terhadap sebarang pergerakannya. Contohnya sekiranya bayi menangis, dakaplah bayi dan sekiranya bayi tersenyum, senyum dan ketawa bersamanya. Ini akan memberi bayi keyakinan ia boleh mengawal persekitarannya.
PeRKeMBaNgaN bAYI
Bayi 4 bulan hingga 6 bulan
Pada peringkat ini, deria penglihatan bayi sensitif terhadap cahaya dan warna. Walaupun fokus penglihatannya masih belum membangun sepenuhnya, bayi mampu melihat dalam jarak yang dekat. Koordinasi otot tangannya juga sedang berkembang pesat. Sesetengah bayi sudah mampu memegang objek tertentu di tangannya.
Pada masa inilah, anda seharusnya memperkenalkan padanya pelbagai tekstur objek sama ada licin, kesat dan sebagainya. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah:
- Galakan bayi menyentuh pelbagai jenis objek yang mempunyai pelbagai tekstur seperti kain sutera yang lembut, tuala, permaidani yang berbulu halus dan lembut, kotak dan sebagainya.
- Berikan mainan yang membuat bunyi bising seperti itik yang berbunyi sekiranya ditekan.
Dapatkan objek pelbagai bentuk seperti bulat, tiga segi, empat segi dan sebagainya.
Bayi 6 bulan hingga 1 tahun
Keadaan fizikal bayi adalah stabil pada masa ini. Kepalanya lebih tegap malah boleh digerakkan ke pelbagai arah. Kemampuan verbalnya juga begitu menggalakkan. Bayi akan cuba meniru pergerakan bibir anda, tanda ia bersedia untuk bercakap, walaupun dalam bahasa bayinya sendiri.
Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah:
- Dapatkan mainan yang ada elemen memeranjatkan. Contohnya, kotak yang apabila dibuka akan mengeluarkan badut dan sebagainya. Namun begitu, berhati-hati, kerana dikhuatiri bayi anda terperanjat sehingga mencederakannya ataupun melukakan dirinya.
- Anda boleh memperkenalkan muzik kepadanya. Dapat-kan alat mainan seperti drum, tamborin dan sebagainya.
- Ajarkan kepada bayi anda bermain sorok-sorok. Permainan di mana sorokkan mainan kegemarannya di bawah tilam dan lihat reaksinya.
Bahasa digunakan ibu bapa setiap hari dapat membentuk minda bayi membentuk bahasanya. Ibu bapa perlulah faham mereka seharusnya memberikan perhatian terhadap perkembangan bahasa bayi dan membantunya dengan berbual mesra. Bahasa juga penting untuk seseorang mempelajari keadaan sekelilingnya kerana melaluinya kanak-kanak boleh melafazkan kehendaknya, bertanya, meminta dan mengeluarkan pandangan berhubung sesuatu perkara.
Bayi yang selalu menangis tentu kurang berkebolehan menerima persekitaran serta orang sekelilingnya. Ada ibu bapa yang membiarkan anak menangis sendirian dan cara itu perlu dielakkan. Sebaiknya, ibu bapa memujuk dan memahami apakah yang diperlukan anak mereka atau mendodoi dengan mesra.
Bermain dengan bayi amat digalakkan. Jarinya boleh dicium dan kedua tangannya ditepuk supaya mindanya terangsang serta berasa gembira. Selain itu, persekitaran bayi boleh diperkayakan dengan melakukan pelbagai bunyi menarik seperti lagu dari peti muzik atau gambar berwarna warni. Untuk merangsang bayi ibu bapa digalakkan berkomunikasi, menyanyi atau membaca bagi membantu proses perkembangan bahasa dan minda.
Justeru itu, ibu bapa digalakkan menggunakan perkataan yang sesuai ketika berinteraksi. Apabila perkembangan bahasa kanak-kanak dipercepatkan, prestasi perkembangan kognitif atau inteleknya turut meningkat dari semasa ke semasa.
*INFO INI ADALAH BERDASARKAN KEPADA PEMBACAAN, BOLEH DIPERCAYAI ATAU TIDAK TERPULANG KEPADA INDIVIDU ITU SENDIRI*
PeRKeMBaNgaN bAYI
Bayi Baru Lahir Hingga 4 Bulan
Pada peringkat ini, berikan peluang kepada bayi anda bagi meneroka persekitarannya menggunakan kekuatan ototnya. Perhatikan apabila bayi menangis, ia akan menggerak-gerakkan kakinya seperti menendang dan menggapai-gapaikan tangannya. Pergerakan ini sebenarnya adalah satu stimulasi dan kesan daripada aktiviti penerokaannya menggunakan ototnya. Elakkan daripada terlalu melindunginya dengan sentiasa mendukungnya kerana ia membantutkan usaha penerokaannya. Letakkan bayi anda di atas lantai dan biarkan dia meneroka kekuatan kaki, tangan dan kepalanya. Sekiranya anda mampu, anda boleh menghiasi persekitaran penerokaannya dengan pelbagai permainan yang pelbagai warna dan corak. Hati-hati dengan barang permainan kerana dikhuatiri akan menjerut lehernya ataupun mengakibatkannya tercekik. Antara aktiviti permainan mudah yang boleh anda lakukan dalam merangsang bayi anda adalah: Gerakkan lidah anda ke luar dan ke dalam beberapa saat. Berikan sedikit masa kepada bayi anda meniru lagak anda.
Sentuh anggota badannya seperti menggeleteknya. Per-hatikan responsnya. Sekiranya bayi anda sudah belajar cara untuk senyum, anda akan dapat melihat senyuman di bibirnya. Tambahkan pengalaman pembelajarannya dengan mem-bawanya keluar bersiar-siar di halaman rumah anda ataupun membawanya melawat pelbagai tempat di dalam rumah sendiri sama ada dapur, ruang tamu, bilik tidur dan sebagainya.
*INFO INI ADALAH BERDASARKAN KEPADA PEMBACAAN, BOLEH DIPERCAYAI ATAU TIDAK TERPULANG KEPADA INDIVIDU ITU SENDIRI*25 November 2009
TIPS UNTUK BUAT BABY JADI CERDIK
1-BERTENTANG MATA
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.
2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.
3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN
Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..
4-JELIRKAN LIDAH
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.
5-HASILKAN BUKU BINATANG
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.
6-GELETEKLAH BAYI ANDA
Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah
7-TUNJUKKAN PERBEZAAN
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.
8-BERKONGSI PANDANGAN
Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.
9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin...."). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.
10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.
11-SENTUH DAN RASA
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.
12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.
13-BERI KATA KUNCI
Jika anda berkata, "umi nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.
14-BERI KEJUTAN
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.
15-SEDIAKAN BANYAK TISU
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.
16-BACA BUKU
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.
17-MAIN CAK-CAK
Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.
18-JANGAN LUPA REHAT
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.
19-MAIN DENGAN WARNA
Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.
20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.
21-ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.
22-BIAR DIA MEMBEBEL
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.
23-LATIHAN MENEKA
Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.
24-BINA LALUAN HALANGAN
Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.
25-IKUT RENTAKNYA
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.
26-BUAT MUKA LAWAK
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.
27-RASA SEKELILING ANDA
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.
28-CERITAKAN KISAH DONGENG
Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.
29-BAYANGAN WAJAH
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.
30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS
Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.
31-GOYANGKAN BADAN
Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.
32-JADILAH TAMAN PERMAINAN
Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.
33-KIRA SEMUANYA
ira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.
34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA
Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")
35-TUTUP TV
Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancang
36-TUKAR PEMANDANGAN
Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.
37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA
Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .
38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA
Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.
39-MAIN HUJAN
Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.
40-MENANGKAP SERANGGA
Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.
41-BERGURAU- SENDA
Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.
42-MAIN DENGAN PAKAIAN
Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.
43-AJAR TENTANG ISIPADU
Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.
44-HASILKAN ALBUM KELUARGA
Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.
45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA
Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.
46-PERGI KE PERPUSTAKAAN
Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.
47-CONTOHI CARA SESAME STREET
Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.
48-MAIN BERULANG-ULANG
Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.
49-MAIN "TIRU-MENIRU"
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.
50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN
Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti..
huhuhu.. ni la tips untUk melaTih aNak jadI bIjak.. huhuhu.. sebenaRnya banyak laGi taPi tak laRAt nak taIp laGi...
DaniSh CeRdiK
WELCOME
danish progress
15 months-weight 9.2kg@
12 months-weight 8.5kg@81cm
10 months-weight 7.4kg@78cm
8 months- weight 6.9kg@74cm
6 months- weight 6.7kg@70cm
5 months- weight 6.4kg@65cm
4 months- weight 6.2kg@65cm
3 months- weight 5.4kg@63cm
2 months- weight 5.0kg@58cm
1 month- weight 4.2kg@53cm
0 month- weight 2.8kg@49cm
FOLLOWER LIST
FAMILY HEAVEN

DANISH@MUMMY

MEI 2008

DANISH 13MONTHS

RAYYAN AZFAR DANISH BIN AZHARI

RAYE 2009

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "
31 MEI 2008

Satu fakulti, tapi tak pernah kenal pun sebelum nie..Dinner sekali tapi tak pasan pun sape mamat nie.. Inventori kat Taman Negara Terengganu mule kenal.. pastu mule2 jadi rapat then 1st date 31 Ogos 2007, Berazam tak mau kawan lama2 buat dia melamar awal.. 23 Februari 2008 tunang n 30 Mei 2008 Nikah..5 Mei 2009 lahirnye permata hati kami..
FEBRUARI 2008

MAJALAH PILIHAN
MY DEAR
click to create your own
MY FAMILY
MUTIARA KATA
- @ Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa yang anda dapat
- @ Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada beliau mencintai lelaki tersebut
- @ Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan seumur hidupnya.
- @ Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan
- @ Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah
- @ Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari...
- @ Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali
- @ Tangan yang menghayun buaian itu mampu menggoncang dunia
- @ Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini.
- @ Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
- @ Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia
- @ Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka
JOM KLIK SINI
WELCOME
About Me
- FaRiNa'S
- huhu!! saye sudah menjadi seorang isteri dalam usia 25 tahun.. bile menjangkau usia 26 tahun saye telah dikurniakan seorang cahaya hati iaitu Rayyan Azfar Danish Bin Azhari.. susah nak pecaye sebenarnye.. btul ke saye nie dah jadi seorang mommy.. itulah hakikatnye..
LABELS
- ABOUT MY PROFESSION (1)
- AMALI/LAWATAN (7)
- BABY CONTESTS (22)
- BIRTHDAY (10)
- BISKUT RAYA (1)
- BLOG CONTEST (9)
- CoRaT-CoReT (15)
- D.A.N.I.S.H (65)
- Danish punye (22)
- DEKO - DEKO (17)
- FAMILY (15)
- GALLERYFARINA'S PAGE (4)
- INFO (21)
- INFO KESIHATAN (2)
- JALAN - JALAN (17)
- Jom Shopping (7)
- KENDURI (6)
- KURSUS (1)
- LUAHAN HATI (6)
- MaCaM - MaCaM (7)
- Mari Ke Dapur (39)
- MOMMY PUNYE (7)
- MY 2nd JOURNEY (11)
- MY SWEET HOME (15)
- Pengalaman (2)
- R.A.I.Q.A.L n R.A.I.S.Y.A (6)
- Raye (18)
- REUNION (4)
- TAG N AWARD (8)
- W.A.N.I.T.A (6)
- WORLD OF STUDENT (17)
IMPORTANT DATE
26 JUN 1983 - MY BESDAY
31 OGOS 2007 - 1ST DATE
23 FEB 2008 - TUNANG
30 MEI 2008 - NIKAH
05 MEI 2009 - DANISH DAY
JOM BORAK..:)
WHAT TIME??
Get your own Digital Clock![]()
VISITOR'S
MOST VISIT
CERITA MEREKA JUGA MENARIK
-
-
Tersentuh Sebab Surah Maryam1 year ago
-
Day 5 : Cappadocia7 years ago
-
MY NOT SO LITTLE SISTER ANYMORE9 years ago
-
Precious Moments with Kids10 years ago
-
Telekung kanak210 years ago
-
Harga Terbaru Produk Vken 201510 years ago
-
-
ReSePi : PaVLoVa11 years ago
-
3rd Journey.. TiJu (Third Jr)13 years ago
-
My New Site Is Live13 years ago
-
Nasi lemak buah bidara14 years ago
-
mengemas sawang2 sempena raya14 years ago
-
1 MALAYSIA DIGITAL PRINTED (2)15 years ago
-
-
-
SUDUT MEMBELI
-
-
-
-
-
noor syuhaida13 years ago
-
-
Ready Stock 114 years ago
-
Britannia Stadium, Stoke15 years ago
-
End Year Sale!!!15 years ago
-
-
-
SUDUT MEMASAK
-
RESIPI KEK PAUN OREN2 years ago
-
Talam Lapis Surabaya10 years ago
-
-
-
VICTORIA SANDWICH CAKE11 years ago
-
Russian Black & White Chocolate Cake13 years ago
Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.


















