24.11.09

MENCURI TU KAN BERDOSA?


Isu foto kena curi ni bukanlah isu baru. Dah ramai yang kena. Fotografer ternama mau pun yang tak ternama...macam aku.Sebelum nie 3-4 orang kawan aku dah kena sebelum ini. Kena rembat buat cover paperback Jabatan Tindakan Perlancongan Johor, Jadi Banner Hari Raya DBKL, masuk majalah orang kawin la...jadi gambar hiasan artikel suratkabar tabloid la.

Kali ini giliran aku pulak. Jadi gambar kalendar E-Kasih. Ramai yang mintak aku saman. Tapi bukan senang nak saman agensi kerajaan.(Sendiri mau ingat la sebab apa) Lagipun diorang tau apa pasal benda ni?. Aku rasa yang buat mesti la vendor/ kontraktor printing/ grafik designer. Sebelum nie pun ada satu mamat penulis novel bertaraf ustaz rembat gambar aku dari forum dan post kat blog dia...aku dah maklumkan dia, tapi sayangnya macam tak der maklum balas je. Camner ni Ustaz? Mencuri kan berdosa? Awak dah lupa ke? Basic tuuuu...belum sekolah pun dah diajar benda tu...ye tak?

Untuk sedapkan hati aku, aku anggap dia rembat, mungkin pasal gambar tu lawa.
Satu penghargaan secara tak langsung. Tapi ini semua kerja tak beretika. Ketua jabatan yang berkenaan pun sepatutnya semak la dulu. Pasal kerajaan buat akta hakcipta. Tapi jabatan kerajaan juga yang langgar akta. Camner orang-orang awak nie Dato Jip? Jangan cakap tak serupa bikin. Kecik ati orang-orang yang tengah merangkak macam aku nie..tau?

Doa aku..satu je. Aku tak halal duit yang kau dapat dari hasil kontrak kalendar tu selagi kau tak mintak maaf kat aku.

5.11.09

Dah update!

nak update..tapi x der citer
tension gua!

23.9.09

Dilema Duit Raya


dulu-dulu kalau duduk depan pintu mesti dapat duit raya,
sekarang duduk depan pintu mesti kena bagi duit raya.

kena didik budak-budak sekarang,
datang berziarah dan bermaafan,
bukan mintak duit raya.

15.9.09

ORANG JB

"Orang JB pandu macam sial"-Orang KL
"Lu baru tau?"-Orang JB

13.9.09

SPEED TRAP

Speed test


Lu ingat senang?
Menaip,merokok dan baca blog.
Lu tak percaya. Lu cuba.

10.9.09

15 days before

2 minggu lalu gua berpeluang untuk guna segala pengalaman selama 5 tahun sebagai Peon untuk bekerjasama dengan photojournalist Itali yang juga United Nation Goodwill Ambassador bagi UNODC(United Nation office On Drug and Crime). Tukang Gambar Alessandro Scotti dan Tukang Tulis Cristina Gerosa. Kolaborasi (wow..big words) untuk projek fotografi “The Dynamics of Fast growing Cities” atas tugasan UN-Habitat yang beribupejabat di Nairobi, Kenya. Salah satu agensi dari United Nation bagi Kajian Penempatan Penduduk(Human Settlement). Johor Bahru terpilih sebagai salah satu dari lima bandar dunia untuk projek ini. Sebagai wakil Asia Tenggara.Empat bandar lain adalah Tetouan di Morocco, HungChung di China, Sao Jose do Campos di Brazil, Onitsha di Nigeria. Semua hasil dari projek ini akan dipamerkan di 2010 Shanghai World Expo dibawah pavilion Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.

Kerdil rasanya bila bekerja dengan mereka. Mana taknya. Gua bukannya tinggi sangat pun. Itu baru bab fizikal .Kalau dari segi pengalaman. Kalah teruk gua.Selama 21 hari jugalah gua berkeliaran diseluruh pelusuk bandar Johor Bahru. Habis semua tempat gua redah. Bawah Jambatan Second Link, Sambungan Jambatan Bengkok ke Singapura, Perkampungan Setinggan Antarabangsa dan Lokal,Bangunan Pencakar Langit, Kota Pentadbiran Kota Iskandar,Pelabuhan,Hotel Mewah 5 bintang, Kawasan Rumah Mewah berpagar tinggi, Lorong belakang yang pelik, Perumahan Murah berbau hancing dan Pasar Malam Kg. Melayu yang mahsyur. Cuma Zoo Johor dan lorong belakang Jalan Susur gua tak sempat pegi.

Dan tiba-tiba gua jadi peramah.Berbual mesra dengan semua orang. Tak kira dia India mabuk kat rel keretapi, Security Guard kat City Square, Ketua Trafik Johor, Awek receptionist babydoll Thistle, General Manager di Kelab Golf taraf dunia, Apek di Flat Larkin dan Nonya tua kutuk tauke Car Wash, kerek nak mampus macam jalan tu tok nenek dia punya yang naik kereta Vios merah kat McD, Permas Jaya ( yang kalau dalam keadaan biasa gua dah baling kepala babi kat pintu rumah dia).Dan rasa seronok bila semua orang sibuk nak berbual-bual dengan gua.Walaupun sebenarnya diorang nak berbual dengan si Cristina. Gua tolong translate sebenarnya. Berhabuk-habuk broken English gua.Bukan senang nak mengelak dari jadi perhatian ramai kalau berjalan dengan tangga dan tripod sepuluh kaki tinggi.Ada saja yang nak menemubual. Orang Malaysia memang peramah.

Tapi yang seronok sekali bila dapat buat gambar atas Perling Interchange (Persimpangan Pelik antara Taman Perling dan Lebuhraya Pasir Gudang). Tak pernah gua mimpi dapat buat gambar sambil di-escort “kuda putih” , Dapat buat “the art of creating a massive traffic jam” di Interchange terpelik Johor Bahru itu.. Tapi yang palatnya kena tolak “kuda putih “ tu pulak. Bateri abis. Tak boleh nak hidup enjin. Hampas! Gua syak ada antara lu semua yang lalu jalan tu menyumpah kami malam tu.
Dan yang paling gua bangga sekali dapat buat Aerial Photography.Yang mana selalu gua buat cuma bila aircraft Air Asia nak take-off atau landing yang selalunya lebih banyak gambar sayap dari bumi.Kali ini gua naik helicopter semata-mata untuk buat gambar. Gua perhatikan, untuk dapatkan gambar yang baik, ada banyak benda yang gua tak ada. Contohnya, keazaman, kemahiran berkomunikasi (PR) samada dengan subjek atau pihak berkuasa dan keberanian. Gambar dulu, akibatnya kemudian. Itu yang gua nampak. “Kamera apa, gear apa, setting apa tu pekara nombor 8, Yang penting gambar.”.Kata Alessandro. Gua cuma angguk-angguk kepala.

Pada ke malam ke-5 ramadhan ,Alessandro dengan murah hati berkongsi pengalamannya dalam satu sessi Borak Photo anjuran tukang gambar tempatan. Biasanya mereka panggil tukang gambar papan atas tanahair. Berbayar. Tapi kami berbeza. Kami pentingkan kasih sayang."Sharing is Caring" .Ini cara orang Johor Bahru.Rock & Roll Capital of the Nation.Gerek.Komen mereka.Tapi ramai tak puas hati bila aku suruh mereka datang dengan rambut bersikat.

“Masih ada yang percuma rupanya” kata Tok Rimau , Award Winning Indie Filmaker pada malam birthday beliau. Selesai Borak Photo, kami bilas dengan Screening sebuah filem Indie "Bumbung Aku, Lantai Orang" terbitan Flip Flop Pictures konco Tok Rimau.Filem kisah pengalaman hidup di flat murah di bandar Johor Bahru.Dan malam itulah kali pertama gua pakai jacket ala Thom Yorke dikhalayak ramai. Memang rugi siapa yang tak datang.

Malam ke-8 Ramadhan, Usai semua kerja kami. Kami celebrate di sebuah café ala Retro di Jalan Dhoby dengan sebaldi minuman seorang. Ya! sebaldi!..kenapa?..tak percaya?...


Gua juga dapat belajar makan Pasta dengan betul…jadi lepas ini si Wak Nan dah tak boleh tipu gua lagi. Katanya Maggi tu salah satu dari jenis pasta.Chess! Lepas lu orang dah boleh belanja gua makan di restoran 5 bintang..tanpa segan...ada sesiapa nak belanja?


Borak Photo fotos courtesy of EK Photography

3.9.09

Orang Besar, Orang Atas, Orang Kecil


Bila Orang Besar nak datang, Orang Atas semua jadi panik.Mula gelabah, telefon sana-sini, suruh siap itu-ini, Tanya pasal kemajuan, tanya pasal payment, tanya itu tanya ini. Mangsanya?..Orang-orang kecil, Orangorang yang tak berkuasa nak melawan. Ikutkan sahaja. Kita Mentimun, Mereka Durian. Bekerjalah mereka siang dan malam bagi menjaga nama dan kepentingan orang atas.

Bila Orang Besar datang, Semua mulai sibuk. Meja yang dulu kosong kini penuh dengan fail. Yang pejabatnya di kantin tiba-tiba jadi rajin. Yang ada kuasa, nak jadi Superhero. Semua diarahnya. Gua syak diorang semua ada darah Hitler.Ada sahaja yang tidak kena.Mungkin cuba nak tingkatkan KPI-nya. Yang tak ada kuasa mula cari alasan bersuara, Barangkali biar mudah diingat namanya. Semua isu dibangkitkannya.Dari soal biskut dalam pantri hingga ke hal-hal keselamatan. Gua syak orang ini cuma pandai cakap, tapi tak pandai buat.Harap misai saja tebal.

Gua.. cuma tunggu peluang nak carutkan mereka semua.

29.8.09

Happy Birthday

Happy Brithday Malaysia

Harap-harap tahun ke 52 merdeka nie orang-orang Malaysia berjaya
mengubah cara memandu mereka yang macam hamjadah.

Harap-harap tahun ke 52 merdeka nie orang-orang Malaysia berjaya
mengubah kerenah birokrasi mereka yang macam hamjadah.

Harap-harap tahun ke 52 merdeka nie orang-orang Malaysia berjaya
mengubah tahap kesedaran sivik mereka yang macam hamjadah.

Harap-harap tahun ke 52 merdeka nie orang-orang Malaysia berjaya
mengubah tahap budi bahasa mereka yang semakin macam hamjadah.

Harap-harap tahun ke 52 merdeka nie polis-polis Malaysia berjaya
mengubah
tahap keselamatan disini yang dah semakin macam hamjadah.

Harap-harap selepas 52 merdeka nie anak-anak kita tak hidup dalam keadaan yang
serba macam
hamjadah.

22.8.09

I believe I can Fly


gua dah malas naik kereta..asyik sangkut dalam jam aje.
gua ingat nak tangkap satu la helicopter camni.


ada sesiapa nak jual?


Wishing All Muslim Friends
"Selamat Berpuasa"

19.8.09

Malaysian Style


just found out..this afternoon..this one made it too..
after 8 months submitted...

................


this made it to World Architecture News.com

................................


amacam gerek tak motor baru gua?

16.8.09

shooting above ground

penat..have 20 more days of photographing to do..