Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Tuesday, January 5, 2016

Pacific Regency Hotel Kuala Lumpur


Masih lagi dalam mood nak habiskan cerita cuti-cuti hujung tahun 2015. Target nak kembali aktifkan blog ni lah kononnya. Dah kata jobless kan...takkan tak de masa? Padahal makin bizi adalah...hihi. Alhamdulillah, rezeki mencurah-curah semenjak jadi stay-at-home-mom ni. Holiday kali ni sambung lepas Janda Baik, balik kampung Jelebu jap... pastu settle kan urusan bisnes kat KL sambil2 bawa anak2 makan angin keluar asap.

   

Kali ni aku booking Pacific Regency Hotel berdekatan Menara Kuala Lumpur. Kalau tak silap katanya hotel bertaraf lima bintang. Rate sekitar RM 240 semalaman kot. Lupa dah. Padahal baru beberapa bulan yg lepas...haha...ok, malas nak tengok bil.

Kenapa hotel ni jadi pilihan? Meh tengok ruang dalam bilik!






See...luas giler kan. Even though ada 1 je katil King size tapi tak kisah la. Budak2 ni mmg tido berhimpit pun kalau dalam aircond, yg penting ada tempat untuk anak2 membuas.



Siap ada dapur letrik lagi tu. Tapi tak masak apa2 pun. Sebab makan kt luar.


Yg ni pun kriteria penting jugak. Bath tub like a must kalau bawak anak2. Kalau tak de, kena cari yg ada pool. Baru la diorang enjoy.




Pool pun ada...tapi kat rooftop. Melawat je. Tak berendam pun. Sebab kebetulan ada pelancong2 asing yg berpakaian sangatlah tak sesuai untuk tontonan anak2 dan bapak nye...haha



Janda Baik - The Best 2015 Family Short Vacation!

Assalamualaikum...phewww... lama betul entry ni terperap as draft. Maklumlah bisneswoman kan bizi...kihkihkihhh...padahal line slow nk sumbat gambar bebanyak memang la kann...

Holiday kali ni sangat2 lah last minit preparation. Alamak! Lupa dah bila ni...malas nak flahback tengok date. Tapi kira-kira one week before school holiday around November 2015. 1 family dpt berkumpul kecuali second sibling with his wife yg baru balik honeymoon... tak dapat nk join lah kan dh banyak amik cuti.

Percutian kali ni ditaja penginapannya oleh Dapurshaz Enterprise (baruuuu je register kat SSM semalam! hahaaa). Ok, since last minit booking..dapat lah booked Ena's Place. Tengok review kat blog pun macam ok..so proceed!


Utk chalet yg ada 2 bilik ni, rate per night RM 300. Tambah RM 50 sebab kitorang sewa dapur skali. Yg dapur n food ditaja oleh cik Misi.



Chalet ni ada ruang makan berasingan. Ala2 camping pun ada. Kat bawah ni bilik dapur yg kitorang sewa. Complete peralatan nak masak. Nak BBQ pon buleh.




Permintaan ayahanda nak makan sandwich.


Lambat nauuu nk hidupkan apinya...last2 otai turun padang...haha







Muat 4 bijik skali susun kt depan chalet. Kat bawah ni gambar kt dalam. Ada connecting room kira sesuailah kalau nak dtg dlm group yang besar... Apa2 pun semua enjoy, umi siap request nak datang lagi. Ye la..dah tua2 ni kan ni lah masanya diorang nak rest and relax. Insya Allah.



Thursday, September 17, 2015

Tok Aman Bali Beach Resort Part II ~ Facilities

Ok let's explore next section... antara yg ada di Resort Tok Aman Bali ni.
(klik SINI untuk gambar bilik).

Kalau siapa2 nak berkunjung ke Kelantan untuk release tension (bukan nak shopping) memang aku suggest Tok Aman Bali. Sebab ini je satu2nya resort yg terjaga kemudahan lainnya. Kat KB pun tak ada resort setaraf ini tau.


Ada buaian besar, nak berayun satu family pon boleh. Best ni kalau dapat layan novel sambil2 baring dalam ni.

Buaian ni terletak tepi jalan nak ke Thai restaurant (lokasi breakfast)

Kids Playroom pun ada sempat la masuk kejap sementara tunggu dinner dihidangkan.

Pool paling besar kot di KB. Siap ada slide lagi. Port kegemaran anak-anak. Pool ini khas untuk pengunjung resort sahaja.Tak dibuka kepada umum.







Selain dari gambar2 ni, ada juga menara look up point yg memang tak de maknanya la aku nak naik, sayang lemak nok ukah tanggo 3 tikat.

Ada jugak mini zoo - tapi tak sempat jenguk binatang apa je yg ada.

Paling best, staff semua peramah, jumpa je senyum. Ok, next entry aku review makanan kat sini ye.

Tok Aman Bali Beach Resort Part I

Assalamualaikum. Akhirnya... bercuti di kampung sendiri sempena hari Malaysia semalam :-)

Ye kawan2, resort ni terletak dekat kampung ku tanah tumpah darah ku di Pasir Puteh Kelantan. Walaupun dah hampir 5 tahun rasanya resort ni.. tapi baru ni berpeluang nak merasa menginap kat sini.

Tok Aman Bali Beach Resort.

Kalau x silap resort 4 bintang. Jom kita terokai kelayakan bintangnya....hehee.. Our short vacation ni sangat la last minit perancangannya. Book siap2 kat booking.com tak perlu bayar apa2 dan juga free cancellation.

Pukul 1 lebih kitorang bertolak dari Kota Bharu. Dalam pukul 2 sampai kat sana ngam dengan waktu check in. So ini lah biliknya. RM 238 semalam. Dah termasuk GST juga sarapan pagi untuk 2 orang. Tapi kitorang 5 beranak x dikenakan caj tambahan pun. Maybe anak2 pun kecil2 lagi kan.

Mula2 masuk bilik, ok not bad. Exactly macam dalam web. Cuma lantai sedikit berpasir dekat2 balkoni tu.

TV LCD 32" ada ASTRO tapi channel sikit je.

Katil saiz Queen, ada sofa bed jugak kat hujung tu.

Haaa..nampak tak see through glass wall tu... senang nak pantau anak-anak berendam dalam bath tab

Port besantai-santai di balkoni 

                                                    


 


Dalam bilik air...



Sampai-sampai je check wifi. Stable connection untuk handphone. Tapi lappy lembab sikit. So tergendala la hasrat nak live update dari sana semalam.
Next kita check menu. Sebelum ni tak pernah pun order through room service ni. Sebab kalau gi mana-mana, weols lagi teruja nak cuba makanan setempat. Tapi memandangkan ni kat kampung sendiri so memang dah biasa dgn makanan tempatan tu, dengan perut lapar tak lunch lagi-just call for room service lah. Sepinggan aje pon...haha... sebab bubur untuk anak2 dah tapau siap-siap.

Nasi goreng - not bad ok la..

Tak brapa best sebab peti ni berbau sikit

Wardrobe ada ukiran

Complete dgn safety box, sejadah, iron.





Next Entry ~ Tok Aman Bali Resort: Facilities

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...