JOM JENGUK BLOG SAYA

Wednesday, 9 May 2012

haha.. lamenya den x buka blog ni.. sampaikan dah hampir lupa passwordnya..

Wednesday, 14 December 2011

Kata Nama Am

Kata nama am ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang, binatang, benda, dan tempat secara am atau umum.



1.  Benda : permaidani, tongkat, tikar, langsir, kotak, komik, biskut, roti, gelas, pinggan, piring, tempayan, botol, sangkar, selipar, kalendar



Ayat Contoh

1. Almari itu berpintu dua.

2. Kipas itu berpusing ligat.

3. Ayah membeli dua buah komputer baru.


2. Haiwan : monyet, bangau, siamang, landak, ular, serigala, singa, cacing, siput, jengking, kijang, seladang, pelanduk, tenuk



Ayat Contoh

1.  Burung itu terbang tinggi di udara.

2 . Pak Lebai membeli dua ekor lembu jantan.

3 . Leher zirafah itu panjang sekali.


3. Manusia : penghulu, pekebun, wanita, pelajar, jurubina, pensyarah, emak, adik, tukang masak, penyelia, juruwang, wartawan, pengarah, seniman, pengetua



Ayat Contoh

1.  Wanita itu paling dikehendaki oleh polis.

2. Adiknya bekerja sebagai seorang juruteknik.

3.  Ibunya jarang menjenguknya di asrama.


4. Tempat : bank, klinik, perpustakaan, asrama, hospital, plaza tol, pawagam, kafe taman bunga, pasar malam, pam minyak, pejabat, bengkel, restoran, universiti, maktab



Ayat Contoh

1. Mereka sering berkelah di pantai itu.

2. Orang ramai berkumpul di balai raya itu.
3. Kita digalakkan menyimpan wang di bank.


 A. Dalam penulisan, kata nama am ditulis dengan huruf kecil pada pangkal katanya.

Contoh:

1. Encik Wong membeli sebuah kereta baru.


B.  Kata nama am hanya ditulis dengan huruf besar pada pangkal katanya apabila digunakan pada permulaan ayat atau memulakan ayat cakap ajuk.

Contoh:

1.  Masjid itu baru siap dibina.

2.  “Ayam jantan saya berkokok pada setiap pagi,” kata Salman.

Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang, haiwan, benda dan tempat  yang tertentu atau khas


1. BENDA
        Contoh : Perodua Kelisa, Colgate, Nissan Sentra, Polo, Bata, Utusan Malaysia, Salem, Reebok, Pensonik, Guess

Contoh Ayat:
1.Encik Ali memandu kereta Proton Perdana.
2. Abang memakai seluar jean berjenama Levis.
3. Adidas  merupakan jenama aksesori sukan yang terkenal di Malaysia


2. HAIWAN
      Contoh : Sang Belang, Si Tompok, Si Comel, Sang Bedal, Bujang Senang, Raja Rimba, Putih, 


Contoh Ayat :
1. Anak kucing kesayangan adik saya bernama Si Comel.
2. Singa juga dikenali sebagai Raja Rimba.
3. pada waktu siang Si Belang tidur dengan lena sekali.



3. MANUSIA
      Contoh : Ali, Fatimah, Jasmin. Dalip Singh, Sameoon, Obama, Diana


Contoh Ayat:
1. Zaki lulus dengan cemerlang dalam ujian memandu yang didudukkinya semalam.
2. Wak Jeman berasal dari negara Indonesia.
3. Jamal jarang datang ke sekolah.


4. TEMPAT
     Contoh : Tanjung Pagar, Langkawi, Pasar Pudu, Stadium Nasional, Batu Pahat Mall, Malaysia, Johor.

Contoh Ayat :
1. Ibu saya bekerja sebagai akauntan di Bank Negara.
2. Saya dan keluarga bercuti di Langkawi selama seminggu.
3. Pahang merupakan negara yang terbesar di Semenanjung Malaysia.




Sunday, 4 December 2011

Pantun teka-teki

Ada tubuh ada tangan,
Tiada kepala tiada kaki;
Sangat berguna waktu hujan,
Apakah dia yang dimaksudkan ini.

Jawapan: Baju Hujan

Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?

Jawapan: Buah Hati

Budak-budak ramai di pekan
Hari raya membakar petas
Kalau adik pandai kiasan
Apakah buah gugur ke atas?

Jawapan: Buah Melaka

Tinggi duduk di atas sekali,
Bukan bulan bukan matahari;
Bila malam ia berseri,
Bila siang ia berganti.

Jawapan: Bintang

Tarik pukat dari pangkalan,
Gula Melaka dibuat inti;
Bila diikat ia berjalan,
Bila dibuka ia berhenti?

Jawapan: Kasut Bertali

Cik Limah bersama anak lelaki
Duduk makan keropok lekor
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor?

Jawapan: Ular Dan Katak

Pergi umrah setiap tahun,
Moga sentiasa murah rezeki
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi?

Jawapan: Lemang

Bila kecil boleh ditiup,
Sudah besar janganlah lagi,
Kalau tercucuk ia meletup,
Kalau terlepas terbangnya tinggi. 

Jawapan: Belon

Mulut manis hati nak baik,
Itulah amalan turun temurun;
Benda apa yang akan naik,
Apabila saja hujan turun.

Jawapan : Payung

Friday, 2 December 2011

CONTOH RPH


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


MATA PELAJARAN              : BAHASA MELAYU

TAHUN                                    : 1 AMIN

BILANGAN PELAJAR          : 30 ORANG

TARIKH                                   : 9.11.2011

MASA                                     : 8.00 PAGI HINGGA 8.30 PAGI

TEMA                                     : MARI BERTANI

TAJUK                                    : BUAH-BUAHAN

   FOKUS UTAMA                   :

2.2    Membaca dan memahami perkataan, rasa dan ayat  

         daripada pelbagai  sumber dengan sebutan yang betul.

    2.2.3 Membaca dan memahami ayat tunggal daripada pelbagai

         bahan bacaan dengan sebutan yang betul

3.3    Membina dan menulis perkataan,  frasa dan ayat dengan

         betul

3.3.2 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi

         diftong, vokal  berganding, digraf dan konsonan  

         bergabung dengan betul


HASIL PEMBELAJARAN : Pada akhir pengajaran , murid dapat :

1.    Membaca lima ayat tunggal daripada pelbagai bahan  

                                                           bacaan dengan sebutan yang betul.

2.    Membina dan menulis lima perkataan dengan betul


PENGISIAN KOKURIKULUM : i.   Ilmu  :  Sains,  Muzik  dan kesihatan

        ii.  KBT   :  Belajar Cara Belajar  -  Kontekstual

SISTEM BAHASA                 : Tatabahasa   :  kata nama am, kata adjektif

MEDIA                                     : Bahan maujud, kad gambar, CD  lagu, video





MASA

AKTIVITI

PENGISIAN KURIKULUM

CATATAN


Induksi Set

5 minit


1. Guru menunjukkan sebuah  

     bakul

2. Guru memberi klu

3. Guru meminta murid meneka isi

    kandungan yang terdapat di

    dalam bakul

4. Murid yang betul meneka diberi

    Ganjaran


Kotak


Langkah 1

5 minit


1.Guru menunjukkan gambar      buah-buahan 

2 .Guru meminta murid meneka

    dan mengeja  nama buah-

    buahan yang ditunjukkan

3.Murid menulis perkataan nama

   buah-buahan di papan putih

   berdasarkan gambar  yang    

   dipaparkan.

4. Murid mengeja beramai-ramai.


KBT :

Kontekstual

Kajian Masa Depan

Fasa imaginasi

Fasa tindakan

Keusahawanan

Nilai:

Bersyukur, rajin

Ilmu :

Kesihatan


Kad perkataan

Kad gambar

-          Mata kucing

-          Laici

-          Nona

-          Limau bali

-          Delima


Langkah 2

7      minit


1. Guru membaca petikan pendek tentang buah-buahan

2. Murid  membaca petikan secara kelas

3. Murid membaca secara individu dan rakan lain menyemak

4.  Guru dan murid bersoaljawab tentang petikan yang dibaca.


Sistem Bahasa:

-Kata nama am

-Kata adjektif


Petikan cerita

-          lampiran


Langkah 4

10 minit


1.  Muird mendengar arahan guru

2. Murid memadankan gambar

    yang betul berdasarkan  

    gambar.

3.  Murid mewarnakan gambar


KBT :

Kontekstual

Ilmu:

Kesihatan

Lembaran kerja


Penutup

3 minit


1.  Murid membaca seni kata lagu secara kelas.

2.  Murid menyanyi mengikut rentak seni kata lagu ‘ Buah-buahan’ mengikut visual yang dipaparkan.


KBT :

Kontekstual

Ilmu:

Muzik

Lampiran 1

Senikata lagu



Pentaksiran

1.  Murid membaca kata nama am dan kata adjektif yang terdapat dalam petikan.


Sistem Bahasa:

-Kata nama am

-Kata adjektif


Pemulihan

1.  Murid  membaca kad perkataan berdasarkan gambar.

2.  Murid memadankan gambar dengan perkataan .

Kad perkataan

Kad  gambar

Thursday, 24 November 2011

contoh kad bacaan

    
  jarum
   
lembu
       
sampan
                    
malam
jambatan
cempedak
betik
balak










Tuesday, 22 November 2011

BACAAN AWAL MURID-MUIRD TAHUN 1


     cawan

Ini cawan.
Ini cawan kaca.
Cawan ini cantik



       awan

Itu awan.
Itu awan putih.
Awan putih berarak laju



        rotan
Ini rotan.
Ini rotan hutan.
Rotan berwarna coklat

                                         rambutan

Ini rambutan.
Ini rambutan merah.
Rambutan ini rasanya manis

                                 cendawan   
Ini cendawan.
Ini cendawan busut.
Cendawan busut enak rasanya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...