Aquileo | Bally.Da.Shoe: tips
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Monday, July 29, 2013

Gastrik di bulan2 Ramadhan T.T

Dah lama sangat aku menyepi... takdak kabar berita entah hidup entah mati.. tup tup jengoi(muncul) kat sini.. huhu tiba2 rasa terpanggil nak menulis balik... banyak benda berlaku lately ni sayang pulak kalau tak dicoret..

Tahun ni Ramadhan datang lagi... aku bersyukur sebab daat berjumpa lg dengannya.. cewah.. tapi ada ja yang selalu nak mengacau.. Gastrik memang berleluasa di saat ni... sakit tahap guling2 ni. Sebab tak tahan sgt aku godek2 sket kat gugel jumpa la info sket pasal makhluk alah ni..



Gastrik adalah kesakitan yang disebabkan oleh hakisan dinding permukaan di dalam perut oleh 'gastric acid'. Senang cerita ianya asid yang dikeluarkan oleh perut untuk mencernakan makanan. Hakisan permukaan perut disebabkan oleh asid ini tak hanya berlaku sehari dua. ia mengambil masa berbulan2 sebelum seseorang itu mendapat simptom2 gastrik seperti :-

1. Rasa loya
2. Berat badan susut
3. Hilang selera makan
4. Pedih dan sakit perut
5. Kembung perut selepas makan
6. Cirit birit yang teruk melebihi 3 hari
7. Perut berbunyi kuat adakalanya terlalu kuat
8. Muntah (disebabkan oleh tolakan gas daripada perut)
9. Senak, rasa berangin dan tidak selesa di bahagian perut.


Penghidap gastrik yang kronik kebiasaannya dinasihatkan untuk tidak berpuasa kerana boleh memudaratkan. Menurut sumber daripada internet, Penghidap gastrik paling ramai di kalangan penduduk China, Taiwan, Jepun dan Korea. Ini mungkin juga disebabkan faktor pemakanan kerana asia terkenal dengan makanan yang berlemak, pedas, berasid, makanan yang mengandungi bawang, kopi dan minuman berkarbonat. ia juga sememangnya menu2 kegemaran rakyat Malaysia. Di Malaysia, Negeri Sembilan dan Kedah memang terkenal dengan makanan pedasnya. Mungkin aku patut cari statistik pesakit gastrik di kedua negeri ni.

Sebenarnya gastrik ni tidak hanya disebabkan oleh faktor makanan yang diambil oleh pengidap sahaja, ia juga boleh disebabkan oleh amalan waktu makan yang tidak teratur dan selalu 'skip meal'. Sekejap sarapan pukul 8pagi sekejap pukul 12 tengah hari... budaya sebegini memang senang nak kena 'ambushed' dengan gastrik. Pengambilan ubat-ubat penahan sakit seperti ponstan dan voltaren dalam jangkamasa yang panjang juga boleh menyebabkan gastrik. Helicobacter pylori, sejenis kuman yang menyebabkan gastrik. Jangkitan oleh bakteria ini kemungkinan besarnya dari makanan dan air yang tercemar dan melalui hubungan dengan orang yang mempunyai bakteria ini. Tekanan/ stress yang tak terkawal juga menjadi penyebab kepaada gastrik. er..er.. akhirnya.. punca yang terakhir ni macam sesuai pulak dengan aku =P. Akhir sekali adalah tabiat merokok. Percaya tak kalau merokok ni boleh menyebabkan gastrik.. sila gugel.. 


 Jadi apa perlu aku buat ? 

1. Makan secara teratur 
2. Elakkan makanan yang pedas dan masam 
3. Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan Nescafe 
4. Mengawal stress dengan bijak 
5. Elakkan minuman berkarbonat 
6. Berhenti merokok **ni la benda paling susah bagi perokok2** 


Itu je lah yang aku nak tulis pun... mungkin terlalu panjang entri ni untuk orang seperti aku.. huhu. tapi sebelum tu nak tanya...Bila datang gastrik saja mesti orang suruh minum susu. Kalau ada sapa2 yang tahu bolehla kongsi.

+biarjasajadikenangan+

Saturday, July 28, 2012

Siapa mabuk laut angkat tangan!!


Selepas gigih aku berpuasa 2 hari, hari ni tak bangun sahur pulak.. memang naisss~. Aku baru ja balik dari outstation kat Langkawi dengan Penang. Seingat aku la, Sepanjang2 aku melancong ke Langkawi sebelum ni takdak pulak ombak seganas baru2 ni. Macam nak karam feri dibuatnya. Manusia2 dalam feri jangan cerita la, masing2 muka dah biru... ‘lava’ dalam badan dah sampai ke tengkuk, tinggal nak sembur ja. ** itu aku lah tu**

Aku terfikir, kenapa aku mabuk sangat ni... sebab baru2 ni jugak aku ada pi mencandat sotong di Kemaman. Dia punya mabuk jangan cerita. Aku fikir aku mengalami fobia yang membuatkan aku mabuk dengan semua pergerakan. ** okay aku saja buat terok** “ pssttt!! Si bali tu memang ada motion sickness, saja takmau mengaku la tu”.

Untuk menyedapkan hati yang aku tak fobia, aku google la cari info pasal mabuk laut ni. Mabuk atau kinetosis, juga dikenali sebagai mabuk perjalanan, merupakan satu keadaan di mana berlaku perbezaan antara apa yang kita rasa dengan apa yang kita lihat ketika kita berada dalam kendaraan yang bergerak. Ia boleh berlaku di dalam kapal (mabuk laut), dalam kereta atau apa saja benda bergerak.

Aku bagi contoh Feri atau Bot. Dari dalam kabin, kita dapat rasakan yang kapal sedang naik turun mengikut gelombang. Kita akan mencatatkan gerakan itu dalam telinga (Tiub Eustachio). Telinga akan bagi tahu otak yang kita sedang bergerak. TETAPI...kepitelete ni... Bagi mata pulak, bilik di sekeliling kita (suasana dalam kabin) seperti tak bergerak. Mata kita akan hantar maklumat ke otak mengatakan yang kita tak bergerak. Ini menyebabkan otak konfius.. “yang mana satu betul ni?”


Pening, letih, dan loya adalah simptom yang paling biasa jika mengalami mabuk perjalanan. Jika loya ni tak diatasi, muntah la jawabnya. Cuma, muntah dalam konteks mabuk perjalanan lebih cenderung tidak melegakan rasa loya itu. So kita akan muntah kuning, muntah merah, muntah muntah, dan muntah hijau. euww~ habis toksik keluar. 

Macam panjang ja entri ni... OK, last dah ni, masa aku mencandat hari tu banyak petua aku dapat dari member2, pensyarah, saudara mara, pakcik bot... semua aku sebat... Ditopup sket dengan sumber internet. Petua2 menghilangkan mabuk adalah :

Urut ginjal dibelakang telinga terutama bila mula merasa pening. Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan selain melakukan senaman ringan mampu menghilangkan rasa mabuk laut. **internet**

Minum air laut masa mula naik bot. Kalau nak minum sampai kembung pun boleh. Ini kerana rasa masin boleh menahan tekak dari merasa loya. **Petua pakcik kedai pancing dekat downtown mines**

Makan ubi keledek mentah. Keledek mentah mempunyai sedikit getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya. Pisang kelat, air limau pun mempunyai ‘efek’ yang sama. ** internet**

Selit atau ikat kangkung dipinggang atau poket. **Petua epong** Terasa asli pulak ikat kangkung dipinggang. =P

Tumbuk lada hitam yang dicampur dengan halia bara, kemudian sapu diperut terutama dibahagian pusat sebelum ke laut. Nak lagi senang tampal ja koyok dekat pusat.. pasti berangin~ **Petua Doc Mano**.

Sebelum turun ke laut atau travel, elakkan makanan berkrim, berminyak atau bersusu... Lagi bagus kalau bawak air oren... masam2 boleh menghilangkan rasa loya. **Petua Doc Mano**

Ok enuf!! Itu saja.. panjang sangat dah ni. Renung2kanlah dan selamatt beramal! **ucapan bajet ada orang baca** Kbai.

+biarjasajadikenangan+

Friday, December 17, 2010

langit bilek~

[Ceilling gantung]
Hari ni aku banyak berjaya siapkan ceilling bakal bilek tidur aku..yeay!!! tepuk sikit..penat woo~ buat... Hmm mulanya aku buat dengan ayah tapi dipertengahan jalan ada musibah sket so aku terpaksalah teruskan sendiri.

Huhu bilek aku tu dah lama dah aku buat tapi tak siap2 lagi... maklumlah benda buat sendiri...buat sikit2...ada mood buat xde diam kejap... sekadar mengisi masa lapang bila cuti... Bosan juga kadang2 bila terpaksa share bilek dengan adek...bila aku g merantau.. bilek aku diconquer...huh~ naseb perantau memang mcm ni...bukan apa...dah peringkat tua2 ni perlu banyak ketenangan.. =p

Ada sapa2 tanya dak ceilling apa aku pasang...takdak ae? takpa cerita p lah....ceilling gantung jer pun hahaha =p kalau nak dibandingkan dengan ceilling kayu or syiling tampal...tu lah ceilling yang paling mudah sekali nak pasang...susah2 aku tak reti...mudah2 saja.

[Ceilling grid]


Bahan2:
Ceilling grid - untuk rangka besi bagi ceilling
Ceilling ( yg tebal ) - ukuran satndard 2" x 4" secukup bilangan
Alat pertukangan
Paku simen (bukan paku tangan) (T_T)


cara2 pemasangan:

1) mula2 pasang bingkai uatama dulu... paku pada dinding menggunakan paku simen. (tapi kena timbang air betul2 takut senget)
2) Pasang alang utama ( ukur+potong+pasang) sesimple itu...hihi =p
3) Pasang cross-T (alang melintang) semudah plug n play~ dah ada lubang siap...kita pasangkan ja
4) Pasang hanging wire (dawai untuk gantungkan alang2 besi agar lebih kukuh bila letak ceilling
5) potong ceilling ikut ukuran dan pasangkan
6) Jika nak pasang lampu tanam pada ceilling, kena tebuk lubang...jika tak...dah setel~

Syiling sedia untuk dilihat siap....

Selamat beramal...huhu korang kalo ada apa2 cadangan perkara yg boleh dibuat dirumah sebagai mengisi masa lapang, share2 la sket...buhsan duduk melangut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...