... inilah kehidupan ,di luar jendela kayu , kedengaran hujan mencurah derassesekali guruh dan kilat saling berbalassuara si kembang bergema nyaring , barangkali terkena tempiasbingit diserata ruang rumah , akibat terjahan air hujan yang menghemtam bumbungtiada apa yang dapat aku buat dalam suasana hujan , guruh , kilat aku toleh dari bangku kayu ...' cocik ' lena atas bakul kain ' re ' melingkar di anak tangga paling atas' tam ' selesa berguling depan TV
... inilah kehidupan ,
aku keluarkan buku catitan kecil dari handbag hitam
buku kecil penuh coretan , cerita dari hati seorang pekerja
lembar demi lembar aku selak hingga terhenti pada satu tarikh
tertera ' jangan ganggu Ramadhan ku ' yang aku tulis untuk luah getaran rasa di jiwa ketika itu
satu hari yang penuh keletihan , lara yang tidak terucap kata
menahan pedih , mengganti amarah dengan sabar
aku bukan sesiapa , tidak upaya melawan kata
kuasa dan perintah sentiasa berlegar mendekati dari segenap penjuru
aku penuh rasa percaya ... akhirnya terperangkap antara kuasa , perintah dan percaya
... inilah kehidupan
suatu ketika tersebarnya al kisahmaka bersembanglah mereka dengan ceriabangga kerana tahu semua ceritaaku yang terdengar ... x tahu nak kata apa sekadar mengeluh sahaja yang terdayainilah kehidupan kan !
... inilah kehidupan ,
lalui sahaja segalanya dengan bersahaja dan bergaya
( ... meminjam idea yang agak kelakar dan brutal Akmal Arif )
dan sentiasa kekal dengan motivasi diri
Allah kan ada ...